
Setiap individu pastinya mempunyai transformasi terhadap diri sendiri baik dari segi luaran mahupun dalaman.
Bagaimanapun lain pula halnya dengan pelakon Fatin Afeefa sering dihujani komen netizen yang menganggap perubahan dirinya dahulu dan kini sangat berbeza.
Sering berkongsi gambar OOTD dan swafoto di Instagrammya, Fatin mendapat komen berbaur sinis apabila ramai yang beranggapan bahawa perubahan fizikalnya sangat berbeza.
Antara komennya seperti;
“Dulu dagu kotak,skrg dagu tajam bentuk V,” komen netizen.
“Dulu hidung kembang kemek skrg hidung tinggi mcm minah saleh,” komen netizen.
“Dulu hitam skrg melepak beb!,”komen netizen
“Dulu bini org selekeh, skrg dh jadi janda hot siaaa,”balas netizen menerusi gambar tersebut.
Selain aktif drama, Fatin sebenarnya mula dikenali menerusi filem Tentang Bulan pada tahun 2006 dengan mendukung watak tomboi. Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Aedy Asyraf,Erin Malik dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Pernah Dapat Tawaran Macam Ini,” – Zaki Yamani Sasar 7A Dalam SPM, Jadi Ikon Pusat Akademik

Penyanyi Zaki Yamani bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dan menyedari kesibukan kerjaya seninya Zaki, 17, atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas tusyen.
Pastinya, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI menjadi pilihannya sejak penghujung tahun lalu.
Zaki yang juga pemenang program Famili Duo musim kedua bersama abangnya Yamani Abdillah berkata, dia mahu memantapkan lima subjek sebagai persediaan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.
“Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu ‘kejar’ semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni. Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan.
“Alhamdulillah, saya bertuah kerana cikgu di PTTI semuanya ‘sporting’ dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ. Pendek kata, saya tak berasa terasing pun. Malah mereka menyambut baik.
“Diakui pada awal kelas tu agak kekok juga, tapi apabila dah lama saya mula faham apa yang diajar. Sesi yang diikuti memberi banyak kesan pada prestasi pelajaran saya. Macam subjek Matematik misalnya, ada peningkatan. Kalau soalan dari cikgu di sekolah, saya boleh jawab lebih baik berbanding dulu,” katanya.
Bukan sahaja pelajar, malah Zaki turut dipilih sebagai Ikon PTTI. Sehubungan itu, Zaki berkata, dia perlu memberikan contoh terbaik kepada semua pelajar baik dari segi disiplin mahupun keputusan peperiksaan.
“Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebabai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.
“Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan.
“Untuk SPM 2023 saya menyasarkan 7A. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Zaki yang bercita-cita menjadi pensyarah berpesan kepada semua remaja dan golongan selebriti yang masih bersekolah untuk tidak mengabaikan pelajaran.
“Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tusyen untuk ‘cover’ semula apa yang tertinggal di sekolah.
“Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai satu hari tidak terbabit dengan seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu. Jadi, jangan sesekali abaikan pelajaran kerana ia akan membantu pada masa hadapan,” katanya.
Bersempena kemenangan Zaki dalam Famili Duo baru-baru ini, PTTI turut menawarkan 10,000 buku percuma untuk semua pelajar SPM di seluruh Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Jadi Anak Teruna, Zarina Zainuddin Minta DM Siapa Yang Sudi Jadikan Azal Sebagai Suami

Pelakon, Zarina Zainuddin mendedahkan salah seorang anak istimewanya, atau lebih sinonim dipanggil Muhammad Raizal Azrai Azal atau sinonim dipanggil Azal ada memberitahu ibunya, berhasrat mahu mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dimaklumkan Zarina menerusi Instagram, hari ini.
“Azal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya. #netflixmovies.
“Azal cakap semalam dia nak kawin siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya
Tapi azal nak perempuan rambut panjang putih melepak tinggi lampai dan pandai baca AlQuran,” tulisnya bersama entri video pendek anaknya itu.
Nyata aksi gurau spontan di antara dua beranak ini membuatkan ramai terhibur, apatah lagi apabila melihat gelagat si anak yang tersipu malu apabila ditegur si ibu.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Menjengah ke ruangan komen, para peminat mendoakan agar Azal ditemukan dengan jodoh yang baik, suatu hari nanti.
Selain Azal, Zarina turut mempunyai seorang lagi anak kembar autisme bernama Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali dengan nama Azil.
Foto: Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menimba Ilmu, Tiada Had Umur Dan Masa,” – Tumpang Bangga, Siti Nurhaliza Puji Semangat Dr Azizan Osman

Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga atas kejayaan tunjang utama Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Datuk Zafrol Rizal Mat yang lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini.
Atas sukses yang diraih, bintang terkenal itu akui apa yang dicapai mampu memberikan inspirasi.
“Kejayaan mereka menjadi inspirasi bagi semua yang nak berjaya. Menimba ilmu, tiada had umur dan masa. Selagi ada keinginan dan usaha pasti berjaya.
“Syabas kepada mereka kerana terus berjaya membimbing ramai bumi putera menjadi jutawan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19,” katanya.
Malah, menantu Siti yang juga usahawan, Tya Arifin pula turut sama tumpang gembira selain menyifatkan keinginan belajar itu tidak pernah dibatasi faktor usia.
“Semua itu tidak mustahil. Kemahuan dan keinginan tinggi ditunjukkan kedua mereka sangat terpuji. Terus menginspirasikan ramai. Semoga kita semua boleh menjadikan kejayaan mereka sebagai dorongan untuk mencipta jaya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd berkata, dia mewakili pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian Dr Azizan (pengasas) dan Datuk Zafrol (pengasas bersama) syarikat itu.
Kata Radz, seperti diketahui peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha bagi menamatkannya dengan sempurna.
“Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa pendidikan ini sebenarnya tak pernah berhenti meskipun sudah bekerja mahupun berniaga. Usia juga bukan halangan atau sekatan untuk menambah ilmu.
“Pembelajaran ini sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri,” katanya.
Menerusi perkongsian sama, Dr Azizan turut berkongsikan salah satu matlamatnya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).
“Meskipun banyak masa digunakan membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan RM3.2 bilion, beliau tak pernah berhenti belajar.
“Ketika ini, Dr Azizan juga merupakan calon bagi doktor falsafah (PhD) bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University yang dijangka tamat pada Oktober ini.
“Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan terus mengiring kembara perjalanannya,” jelas Radz.
Selain Siti dan Tya, hos Nana Mahazan juga menjadi antara selebriti yang turut berjaya melebarkan empayar perniagaan mereka.
Bagi Nana, Kejayaan untuk belajar menjadi lebih baik itu tidak pernah ada penghujungnya.
“Setiap hari menjadi ruang terbaik untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
“Belajar itu juga tidak pernah dihadkan dengan soal usia. Ia hanya dibatasi dengan alasan semata-mata. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih,” katanya jujur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI