
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu Sedunia, ramai artis yang telah berkongsi gambar bersama ibu masing-masing di laman media sosial.
Penyanyi Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy telah memuat naik sekeping di akaun Instagram miliknya.
Tampak manis apabila Lizzy berkongsi gambar bersama ibu tercinta.
“Happy Mothers Day to the greatest woman I will ever know in this life. I love you more than you could ever know.”tulisnya.
Menariknya, gambar yang telah dikongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Semua Sudah itu telah menjadi perhatian peminat.
Ini kerana peminat merasakan wajah ibu Lizzy seakan persis seperti bintang antarabangsa, Kris Jenner.
View this post on InstagramPolis henti, pencuri jaga. (….. sila sambung lirik ni) ??
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
Foto : Instagram Elizabeth Tan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Belum Bincang Hala Tuju Seterusnya,” – Syasya Masih Lagi Artis Universal Music, Ini Ulas Pengarah Urusan

Meskipun sudah mengundurkan diri daripada kumpulan wanita Dolla, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim memaklumkan Syasya Rizal masih mempunyai kontrak bersama syarikat tersebut.
Menurut Kim Lim, pihaknya akan berbincang dengan Syasya mengenai hala tujunya bersama syarikat dalam masa terdekat.
“Di sini saya ingin memaklumkan yang Syasya masih mempunyai kontrak bersama Universal Music. Kontrak anggota Dolla ini terbentuk secara individu.
“Kemudian barulah kami menubuhkan Dolla. Namun, kami masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai hala tuju Syasya bersama kami selepas ini.
“Syasya boleh berbincang apa sahaja dengan kami. Namun, seperti semua sedia maklum, dia kini memutuskan untuk berehat seketika. Pihak kami pun bersetuju dan hormat keputusan tersebut,” katanya kepada MH.
Kim Lim berkata sedemikian ketika sidang media selepas berakhirnya majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia yang berlangsung di Hotel Le Meridian, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, Kim Lim turut memaklumkan mereka belum mempunyai perancangan untuk mencari ahli baharu bagi menggantikan posisi Syasya.
“Perancangan kami dibuat secara tahunan. Apa yang boleh saya katakan, untuk tahun ini, kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menambah ahli baharu.
“Sejujurkan bukan mudah untuk bergerak daripada empat kepada tiga orang ahli kumpulan.
“Namun, anggota Dolla yang lain juga kini sudah bersetuju untuk bekerja keras dan komited dengan segala perancangan yang sudah diatur,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada pihak Universal Music Malaysia ada memujuk Syasya untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu, Kim Lim menegaskan pihak syarikat sentiasa menghormati keputusan para pekerja dan artis.
“Tiada proses pujuk memujuk. Setiap berbincangan di syarikat akan bermula daripada saya. Saya seorang yang sangat mudah bekerja.
“Bila ada pekerja bagitahu yang mereka mahu meletakkan jawatan, saya akan hormatinya kerana saya tahu mereka sudah pun berfikir panjang. Mereka tahu apa yang mereka buat.
“Saya tahu Syasya juga pasti berat hati untuk membuat keputusan ini. Namun, semua pihak berhak memilih kebahagiaan mereka sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, keputusan Syasya untuk mengundurkan diri daripara Dolla ketika sedang di puncak kerjaya nyata mengejutkan ramai pihak.
Bagaimanapun, segala persoalan dan spekulasi terjawab selepas Syasya mengumumkan perkhabaran yang dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan pada 20 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Astaghfirullah, Mungkin Kerana Dendam…,” – Da’i Farhan Dedah Situasi Sebenar, Jawab Isu Surat Terbuka Kahwini Janda Anak 8

Selepas membuat pendedahan mengenai perkahwinan keduanya menerusi Instagram baru-baru ini, juara program Da’i musim kedua, Da’i Farhan tampil pula menjelaskan situasi sebenar menerusi entri terkininya di platform sama.
Semuanya difahamkan selepas timbulnya pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga yang dibinanya bersama wanita berstatus ibu tunggal di tanah suci.
“Astaghfirullah, mungkin krn dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dgn dia, tak izin isteri beli rumah dgn dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dgn viralkan perkara fitnah yg telah berlalu.
“Moga gambar wassup isteri saya dgn dia pd 1 Nov yg lalu menjawab segala fitnah yg dia viralkan..teman2 sekalian ingatlah, manusia yg hebat mulia adalah manusia yg nyawanya telah terhenti, tetapi pahala utknya tak pernah terhenti.
“Tetapi manusia yg MALANG & HINA adalah manusia yg nyawanya telah terhenti, tetapi saham DOSA utknya tak pernah terhenti..itulah bahaya fitnah, penyebar dan penyokong nya..maafkan daku ya Allah, insan yg hina lagi kerdil ini..ampuni dosa hambaMu ini.. #padamukubersujud #ujianpenghapusdosa #sabarituindah,” tulisnya.
Turut disertakan ialah perbualan WhatsApp yang dimaksudkan.
View this post on InstagramA post shared by Da'i Farhan (Official) (@daifarhan) on
Sebelum ini juga, surat terbuka menerusi Facebook dari akaun Ches Al-Maliki, dengan menyatakan perkahwinan Farhan tidak direstui keluarga serta isteri pertamanya, Fatin telah pun tular.
Berikut adalah perkongsian dari status berkenaan.;
Dua hari lalu, penceramah berusia 29 tahun itu ada mendedahkan dirinya sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang ibu tunggal beranak lapan.
Farhan turut mengucapkan terima kasih buat isteri pertamanya yang sentiasa tabah dan kuat semangat dengan hakikat berkenaan.
View this post on InstagramA post shared by Da'i Farhan (Official) (@daifarhan) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Sudah Ada Biduanita Negara, Siti Nurhaliza,” – Dr Cute Ada Level Sendiri! Tak Terfikir Nak Rakam Lagu, Sibuk Fokus Sunproof Coffee

Pengarah Urusan Dr Cute International Sdn yang sinonim menerusi perniagaan estetik, Dr Abdullah Haji Alias atau mesra disapa Dr Cute, belum terfikir untuk tampil melancarkan lagu sendiri, seperti mana yang pernah dilakukan oleh rakan pengasas yang lain sebelum ini.
Dr Abdullah yang memiliki 15 tahun pengalaman dalam bidang perubatan selain berpengetahuan luas dalam dunia kecantikan selama tujuh tahun berkata, dia bukanlah individu yang layak untuk terjun dalam dunia seni sebagai penyanyi atau pelakon.
“Soalan pertama saya kalau buat lagu, adakah orang nak dengar suara saya? Beginilah, kemahiran serta kepakaran saya ialah sebagai doktor yang merawat pesakit, melakukan kajian terhadap pembangunan produk baharu dan sebagainya.
“Saya bukanlah orang yang layak untuk jadi penyanyi atau pelakon. Sebab bagi saya, dalam dunia bisnes kita memang didedahkan dengan dua kaedah permasaran, iaitu good and bad marketing.
“Maaf kata, saya ada level sendiri. Bukan nak kata saya ni bagus. Cuma bagi saya, saya golongan profesional. Jadi lebih baik kita beri peluang pada penyanyi yang sedia ramai di luar sana untuk teruskan kerjaya mereka,” katanya ketika ditemui pada Malam Gemilang Inderaloka Pahlawan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis sama, turut dilancarkan ialah Kopi Oral Sunblock (Sunproof Coffee) yang bertindak sebagai pelindung matahari oral pertama di Malaysia selain memperkenalkan pempengaruh, Muhammad Noor Zakaria (Mdno) sebagai wajah wakilan.
Malah jelasnya lagi, kita sekarang sudah memiliki ramai penyanyi lelaki dan wanita yang berbakat besar termasuk yang baharu dan lama.
“Biarlah mereka sahaja. Malah kita sekarang sudah ada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bagi ruang kepada mereka yang boleh menyanyi. Cukuplah saya sebagai doktor, jadi doktor saja.
“Setakat ini saya belum lagi menerima apa-apa tawaran untuk merakam lagu. Cuma baru-baru ini, saya dipanggil untuk sesi rakaman temu bual di konti sebuah stesesn radio dan ada yang cadangkan selepas ini saya boleh jadi penyampai radio.
“Saya jawab, tugas dan tanggungjawab sudah terlalu banyak. Tidak mengapalah, takkan kita nak tapau semua. Bagilah ruang dan peluang kepada mereka yang lebih layak,” katanya lagi.
Mengulas mengenai produk terbaharu yang dikeluarkan itu Dr Abdullah menjelaskan ia sebagai pendekatan baru dalam penjagaan kulit yang menggabungkan perlindungan UV dengan rutin harian minum kopi.
Produk ini menawarkan cara mudah dan praktikal untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV, kesan terbakar oleh sinaran mentari, serta penuaan pramatang.
“Sunproof Coffee adalah hasil penyelidikan yang mendalam, menggabungkan teknologi pelindung matahari terkini dengan ritual harian minum kopi. Ini adalah penyelesaian yang mudah, namun inovatif, untuk melindungi kulit dari dalam.
“Ini adalah satu revolusi dalam bidang penjagaan kulit. Dengan memanfaatkan kuasa antioksidan dan bahan pelindung matahari, kami menawarkan satu cara yang berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV, tidak kira di mana mereka berada.
“Ini adalah masa depan penjagaan kulit yang mampu melindungi kulit dari dalam, dengan setiap hirupan kopi,” katanya.
Berbeza dengan produk pelindung matahari generik sedia ada, Sunproof Coffee menawarkan perlindungan luar dalam menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat seperti Moringa, Bawang Lanang Hitam, Paku Pakis (Polypodium Leucotomos), Kopi Hijau, dan Astaxanthin.
Selain memperkenalkan produk inovatif ini, Dr Cute International Sdn Bhd juga melancarkan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB), iaitu sebuah inisiatif untuk memberikan sokongan kepada usahawan Bumiputera yang berminat menceburi industri kecantikan dan kesihatan.
Program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama MARA, Projek Keusahawanan, dan USMARI Research Center, yang menawarkan pembiayaan sebanyak RM10 juta untuk membantu usahawan berkembang, dari pembangunan produk hingga pemasaran dan jualan.
Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk memulakan perniagaan mereka dengan sokongan kewangan dan bimbingan yang diperlukan.
Bagi yang berminat, boleh menyertai Program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB) dengan membuat permohonan melalui laman web rasmi Dr Cute International Sdn Bhd atau melalui ejen-ejen yang terlibat.
Majlis turut diserikan dengan penampilan Elly Mazlein sebagai hos selain persembahan nyanyian daripada Zaiton Sameon, Shah Iranz dan Rehana Han.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI