Baru-baru ini, pelakon Emelda Rosmila ada berkongsi beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram.
Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid telah berkongsi gambar dia bersama kakak yang juga pelakon, Emylia Rosnaida.
“Love u loads sister! My forever BFF. @emyliadac Have a fab day everyone!,” tulisnya.
View this post on InstagramLove u loads sister! My forever BFF.❤️ @emyliadac Have a fab day everyone!🌹
A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
Ternyata, pasangan adik beradik ini kelihatan sangat cantik dan awet muda meskipun sudah berusia hampir 40-an.
Lalu, peminat juga memuji wajah pasangan adik-beradik itu yang tampak jelita.
Untuk rekod, bakat lakonan pasangan adik-beradik ini semakin dikenali oleh peminat sekitar tahun 2000.
View this post on InstagramA post shared by ✌️OfficiallyDAC DER™️ (@emyliadac) on
Foto : Instagram Emelda Rosmila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fadhilat ‘Kalimah’ Ini Lebih Besar Dari Segala 7 Petala Langit & Bumi! Neelofa Ajak Hayati Zikir!
Isi Kandungan
ToggleBesar dan banyak kelebihannya apabila mengucap kalimah Laa Ilaha Illallah. Apatah lagi jika membasahkan lidah dengan zikrullah setiap hari.
Umat Islam sememangnya digalakkan untuk sentiasa menyebut perkataan yang baik-baik dan zikir yang tidak lekang di bibir setiap hari. Salah satunya ialah menerusi kalimah agung Laa Ilaha Illallah.
Laa Ilaha Illallah yang membawa maksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ merupakan akidah yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat tertinggi dan mulia.
Selebriti jelita pengasas empayah Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor, atau Neelofa menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya pernah menyampaikan kelebihan di sebalik kalimah tersebut.
Allah SWT Berfirman, Kalimah “Laa Ilaha Illallah” Lebih Berat Dari 7 Petala Langit Dan Bumi!
“Nabi Muhammad SAW bersabda pada satu hari Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT, “Wahai Tuhanku, ajarkanlah kepada aku sesuatu yang dapat aku mengingatiMu dengannya dan menyeruMu dengannya.
Allah SWT berfirman, “Sebutlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Seluruh hambaMu mengucapkan kalimah ini.”
Allah SWT berfirman, “Ucapkanlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Wahai Tuhanku, Aku ingin sesuatu yang engkau khaskan untuk aku.”
Allah SWT berfirman, “Wahai Musa, jika tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah neraca dan Laa Ilaha Illallah di sebelah yang lain, maka neraca itu di sebelah Laa Ilaha Illallah itu lebih berat.”
Berkongsi pengalaman sendiri, isteri kepada Haris Ismail ini berkata ada ketika dia merasakan amalan zikirnya sia-sia dan tidak menghayati sepenuh jiwa. Lantas, mengajukan pertanyaan tersebut kepada ustazah yang mengajarnya.
“Bila baca lailaha ilallah tak feel, kadang-kadang lalai. Tapi ustazah mengatakan tiada yang sia-sia bila keberkatan dengan ibadah. Kadang-kadang terdengar hasutan syaitan… bazir masa, bukannya menghayati maksud ini.
Tapi ustazah kata percaya dan yakinlah walau pun pada pandangan mata kita sia-sia dan kita rasa benda tu tidak dikira sebagai amalan, lama-kelamaan jasad kita dan perbuatan kita ini akan membantu untuk kita lebih feel atau lebih merasai apa yang kita ucapkan.”
Neelofa Ajak Orang Ramai Hayati Zikir!
Tambahnya lagi, “Sepatutnya zikir, kita kena hayati baru dikira sebagai amal ibadat. Kalau selawat, tak hayati pun dikira pahalanya. Sebab itu saya pernah bertanya kepada ustazah dan rasa sia-sia dan tak feel.
Ustazah kata, tidak ada yang sia-sia di mata Allah. Just continue jangan pula kita rasa tak feel dan kita stop. Benda itu akan membantu kita lebih feel.
Kadang kala berzikir macam kejar kuantiti tapi lepas mendalami dan baca kitab, ada kalanya buat sedikit pun tak mengapa. Dulu saya boleh buat zikir 10 ribu, 5 ribu sehari beristighfar tapi fikir balik, nak kejar apa sebenarnya bagi nak lebih impak.”
MashaAllah, kagum dengan usaha Neelofa dalam menyampaikan dan mengejar saham akhirat.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail, nampak perubahan dari diri Neelofa bahkan pasangan ini turut rancak mengemudi empayar niaga mereka Nunha dengan pelbagai rangkaian produk islamik dan sebagainya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Telah Dianiaya Orang Yang Rapat…,” – Didakwa Menipu Ketika Jadi Penganjur Sebuah Konsert Artis Tempatan, Ini Penjelasan CEO PRIHATIN
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk Mohd Aizuddin Ghazali menafikan pihaknya telah menipu dan tidak telus ketika menjadi penganjur untuk sebuah konsert artis tempatan sehingga artis berkenaan dikatakan menanggung kerugian besar.
Menurut Aizuddin, pertemuan secara empat mata telah diadakan bersama pihak artis tersebut bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.
“Sebelum ini, kita ada mengadakan satu penganjuran konsert berskala besar. Namun, pihak artis dikatakan tidak mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku.
“Jadi, saya panggil pihak tersebut dan berjumpa. Pertemuan tersebut dihadiri oleh pihak saya dan pengurusan artis berkenaan.
“Artis tersebut juga membawa peguam untuk mendapatkan gambaran jelas,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Aizuddin menjelaskan artis tersebut sebenarnya dipercayai telah dianiaya oleh orang terdekat, membabitkan ‘team’ pengurusannya sendiri.
“Namun, selepas kami memberikan gambaran sebenar, barulah artis itu tahu yang dia telah dianiaya oleh satu pihak lagi.
“Malah, pihak tersebut juga merupakan orang yang rapat dengan artis tersebut. Ketika dipihak saya, individu itu menceritakan satu hal yang lain.
“Manakala di pihak artis pula, dia memburukkan lagi keadaan. Bila kami berikan penjelasan, barulah ada penyesalan daripada pihak artis.
“Mereka akui telah berlaku salah faham. Namun, saya tidak menganggap ini sebagai satu isu. Lagipun, ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan artis,” ulasnya lagi.
Aizuddin berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Perihatin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, masalah seperti ini juga yang membuatkan dirinya berasa agak susah untuk bekerjasama dengan artis tempatan.
“Masalah ini berlaku kerana kita menggunakan platform pihak ketiga iaitu pengurusan artis.
“Mungkin sebab ini juga ramai yang mempersoalkan mengapa saya sering bekerjasama dengan artis luar.
“Saya bukan tak mahu bekerjasama dengan artis tempatan cuma ada segelintir artis yang mempunyai pengurusan yang tidak betul.
“Itu yang menyebabkan berlaku salah faham. Bila kami tunjukkan dokumentasi, barulah isu ini jelas,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Aizuddin memaklumkan ia telah pun selesai dan hubungannya bersama artis berkaan masih baik.
“Pada saya, untuk menjadi artis yang berjaya, mereka kena ada pihak pengurusan yang kuat. Saya kesiankan artis itu dan saya tak salahkan dia.
“Bila saya bercerita elok-elok, dia pun faham. Dia ada bakat dan vokalnya bagus tapi bila diberikan sepenuh kepercayaan, pihak pengurusan ambil kesempatan pula.
“Masalah ini sudah selesai dan hubungan saya dengan artis tersebut sangat baik,” akhirinya.
Bercakap mengenai kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa, Aizuddin akui kagum dengan semangat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mahu menyantuni golongan tidak bernasib baik di bulan Ramadan ini.
Malah dia juga menyokong usaha Siti yang mahu membalas jasa pihak media yang menjadi tulang belakang sepanjang bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Berjalan Lancar,” – Anna Jobling Ikhlas Hati Anjur Rumah Terbuka Di Jakarta Khas Buat Fans Indonesia
Pelakon Anna Jobling terbang ke Jakarta Indonesia baru-baru ini khusus bagi mengisi masa seterusnya bertemu peminatnya di sana menerusi majlis rumah terbuka yang istimewa.
Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, juga terbang ke Indonesia atas komitmen kerja seninya.
Menurut Anna, Rumah Terbuka tahun ini dilakukan di Jakarta susulan mahu berlaku adil dengan peminatnya dari kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula.
“Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia.
“Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen”, katanya.
Anna sebelum ini dikecam gara-gara kenyataannya disalah tafsir selepas dia tidak mahu berkongsi alamat kediaman keluarga di Melaka.
Kononnya, Anna tidak mahu peminat datang menyerbu ke rumah ketika Hari Raya.
“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya.
“Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya”, kata memperjelas.
Anna menambah, setakat ini tidak timbul sebarang isu kalau ada yang beranggapan dia tidak berlaku adil dengan peminatnya di Malaysia dan Indonesia.
“Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Tapi, Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya. Tak timbul isu pilih kasih atau tidak.
“Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Anna ke Jakarta juga atas urusan kerja selain mencuri masa beramah mesra dengan peminat di Indonesia.
“Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.
“Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI