Pasangan suami isteri yang cantik sama tampan Fazura dan Fattah Amin kini berada di kota Los Angeles, California.
Baru-baru ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia meluangkan masa bersama suaminya di pantai Venice menerusi akaun Instagram.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun itu turut menitipkan kata-kata ucapan buat suaminya.
“Precious moments. I’m so happy he’s here with me being my best support system and always being the one who believes in me. I love you. You’re my gem baby. #FazbulousInLA #FattasticInLA,” tulisnya.
Lewat malam tadi, pelakon Eida Moin ada berkongsi entri syahdu berkenaan kakaknya, Siti Julaiha Abd. Moin yang telah pun pergi mengadap Illahi pada 8 Julai tahun lalu.
Kongsinya, pada tarikh 6 April setiap tahun, pasti akan berpusu-pusu ucapan selamat hari jadi buat arwah.
Bagaimanapun, semuanya kini hanya tinggal kenangan.
“Salam, hari ini masuk 6 april 2019,selalunya waktu begini berpusu2 ucapan selamat ulang thn buat along dr adik beradik, ipar duai dan ank2 buahnya di dlm whatspp group HARU BIRU FAMILYKU..tp kali ini, kami semua tahu ucapan kami semua tidak akan ada balasan drnya.
“Kalau ada hayatnya genaplah umor arwah along 41 thn.. Tp Allah lebih menyayangimu long.. 40 thn shj Allah pinjamkan along sebagai kakak kepadaku dan adik2nya.. Memang benarlah kata pujangga.. KEHILANGAN yg tiada penghujung lebih menyakitkan.
“Semoga along bergembira di alam sana sementara menunggu ketibaan keluargamu yg amat menyayangi mu long.. Alfatihah buatmu Allahyarhamah Siti Julaiha Binti Abd Moin 6 april 1978/ 8 july 2018,” tulisnya panjang lebar.
Hati ibu masa yang tidak terasa andai fizikal anak mereka dipersoalkan? Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila Nora Danish mengakui ada individu yang seakan tidak puas hati dengan memberi komen berbaur negatif terhadap fikizal anaknya, Mohamed Neyqal Nedim pada awal dia dilahirkan.
Ketika ditanya mengenai situasi berkenaan tidak lama dulu, Nora memberitahu pada peringkat awal apabila ada netizen yang mulai mengata anak keduanya itu di media sosial, dia tidaklah rasa sangat tertekan, cuma sedikit terkilan dan sedih.
“Bila awal-awal tu ada yang mengata anak saya, saya rasa tidaklah rasa down sangat. Cuma rasa sedih sebab kitakan ibu. Lagi pula, saya sendiri sudah terbiasa dengan komen-komen negatif, ada yang suka dan sebaliknya.
“Saya pun sudah lama dalam industri, jadi itu menjadi lumrah. Cuma pada suatu ketika, saya agak terkejut dengan komen yang diberikan itu, ada yang melampau sangat. Saya gembira kongsi dengan niat untuk war-warkan kepada peminat.
“Sebab kami gembira kerana dikurniakan cahaya mata selepas dalam tempoh lebih empat bulan berkahwin. Tapi bukan kongsi untuk beri ruang orang kutuk-kutuk,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Nora bertuah kerana suami seorang yang tenang dan sekali gus memberinya kekuatan.
“Saya pula rasa sedikit sedih. Suami kata tidak mengapa, niat kita hanya untuk kongsi kegembiraan bersama peminat. Jadi itulah, saya teruskan berkongsi perkembangan Ney Ney.
“Alhamdulillah, sekarang ada yang mulai kata Ney Ney makin comel apa semua. Saya gembiralah dan anggap itu lumrah. Apa pun, saya tidaklah terlalu kisahkan sangat bila ada yang mengata yang tak baik.
“Kalau kita rasa kita kena macam tu, pasti ada orang lain yang pernah berhadapan dengan komen-komen yang lebih teruk,” kongsinya lagi.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Datin Seri Maria Farida mendedahkan penjagaan kecantikan cukup penting buat dirinya, lebih-lebih lagi untuk terus kekal relevan dalam industri seni.
Menurut Datin Seri Maria, dia amat sayangkan kerjaya sebagai anak seni dan ketika ini bukanlah masanya untuk dia mengundur diri.
“Dalam industri ini saya kena ‘maintain’ diri saya. Kalau tidak pengarah dan produser tidak akan panggil lagi.
“Saya sangat sayangi industri saya. Memasuki umur seperti saya tidak bermaksud saya kena undur diri dan biarkan orang lain ambil alih.
“I’m a fighter. Saya tak boleh duduk diam. Saya masih nak berlakon, nak buat jalankan kerja-kerja sebagai wajah wakilan dan sebagainya. Jadi saya kena maintain diri saya,” kata Maria kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun itu turut berkongsi rahsia bagaimana dirinya masih menjadi antara pilihan pengarah masa kini.
“Generasi saya dulu mungkin lain. Kita masuk dalam bidang ni sebab kita nak berlakon dan bukan nak glamour. Sebelum ini tiada sosial media untuk kejar semua tu.
“Jadi, niat kita memang nak belajar. Kita pun takut dengan pengarah. Kalau buat silap kena marah. Datang set kena hafal skrip. Segalanya harus bersikap profesional.
“Sekarang ini saya lihat dah tiada semua itu. Sekarang ini semuanya berdasarkan pengikut di media sosial dan juga populariti. Ia sangat berbeza.
“Namun, ada juga yang betul-betul berbakat dan serius sekarang ini. Cuma bagi saya, mereka perlu terus tingkatkan disiplin.
“Ada orang pernah cakap yang saya ini diibaratkan seperti kapal berlayar. Saya hanya terus berlayar buat hal sendiri tetapi saya masih di sini. Tidak pernah hilang,” katanya lagi.
Ditanya mengenai rahsia kejayaan, Datin Seri Maria menyifatkan tidak mengambil pusing mengenai hal orang lain adalah kunci kejayaan sebenar.
“Saya seorang yang sangat low profile. Saya tidak mahu ambil tahu orang ni bercerai ke bergaduh ke, saya tidak mahu tahu semua gosip itu.
“Walaupun saya ini berkerja dengan ramai artis, saya tak tahu gosip-gosip mereka.
“Bila saya datang set dan berlakon dengan para pelakon lain, baru saya tahu sebab bila ada di kalangan mereka yang berkongsi cerita dekat saya.
“Apa pun, saya bukan jenis yang lihat media sosial demi mencari cari gosip semata-mata. Lebih senang, saya hanya buat hal sendiri sahaja,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!