Selepas berkongsi foto sama dedikasi hari jadi buat suami tersayang, pengacara dan penyampai radio Feeya Iskandar ada memuat naik sekitar sambutan hari jadi buat suami bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Meskipun ia hanyalah sambutan kecil-kecilan seperti yang dikongsi Feeya, namun ia pastinya memberi 1001 makna buat suami tersayang.
“Sambutan kecil-kecilan sempena birthday boy kita.hope b suka…,” tulisnya ringkas.
View this post on Instagramsambutan kecil-kecilan sempena birthday boy kita.hope b suka..❤️
A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on
Sambutan hari jadi tersebut turut diraikan oleh dua anak lelaki mereka dan rakan terdekat.
Sementara itu, rata-rata peminat turut mendoakan keharmonian rumah tangga mereka sambil menitipkan ucapan hari jadi buat suami, Nurashid Abd Wahab.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecoh… Aliff Aziz Kena Tangkap Ganggu Ketenteraman Awam, Dalam Keadaan Mabuk?
Kecoh media sosial apabila satu rakaman video yang didakwa mirip penyanyi terkenal, Aliff Aziz yang dirakam bergelut dengan pihak polis Singapura mulai tular.
Menerusi rakaman video tersebut, dapat disaksikan individu dikatakan turut bergelut dengan pihak berkuasa.
Menurut laporan berita Media Corp, bekas kepada pelakon Bella Astillah itu didakwa telah menganggu ketenteraman awam ketika dalam keadaan mabuk.
Malah, pihak polis turut memaklumkan penyanyi berusia 28 tahun itu bertelingkah bersama seorang lelaki di sekitar kawasan Orchard Road, Singapura.
Meski diarahkan supaya bertenang agar insiden itu dapat dileraikan, namun lelaki tersebut yang dikatakan nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan pada awalnya.
Lalu, dia kemudian ditangkap di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.
Kini, siasatan polis masih dijalankan. Difahamkan, dia bakal dihadapkan di Mahkamah Negara itu 19 November depan bagi sebutan kes curi, di mana dia turut dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.
Di samping itu, rata-rata netizen juga memberi komen dan reaksi terhadap insiden yang turut mempunyai beberapa rakaman itu.
Sumber: Berita Media Corp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Tidur Sebelum…” – Perkongsian Rohani Dari Erra Fazira
Jubah Rasulullah SAW digandingkan bersama satu peringatan buat netizen seluruhnya, Erra Fazira berkongsi satu nasihat bermanfaat untuk diikuti sebelum menutup mata.
Perkongsian yang dibuat bintang itu menerusi Instagram, awal hari ini.
Berikut merupakan apa yang dikongsikan, yang di post kembali menerusi akaun @pencinta_rasululloh.
Acapkali didengar, namun Baginda SAW bersabda “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat.”
“Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. .
“Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’. Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.
“Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.”
“Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’ Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.”
“Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.
“Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.
“Ke empat, Umrah dan Haji yang ku maksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’. – #regrann.”
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Semoga perkongsian indah ini memberi manfaat untuk kita di sana kelak.
Foto – Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Berkawan Lama Malah Sebelum Kehadiran Saya Lagi…,” – Nora Danish Ulas Insta Story Anju Pada Nedim, Respon Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami
Aktres Nora Danish menganggap hantaran Insta Story rakan selebriti Zarina Anjoulie yang secara terbuka menyatakan rasa rindu terhadap bekas suaminya Nedim Nazri sebagai luahan seorang sahabat.
Menurut Nora, sejak Nedim dirawat di hospital, ramai kenalan yang turut perihatin dan mengambil berat tentang keadaan kesihatan bekas suaminya itu.
“Mereka sebenarnya sudah berkawan lama malah sebelum kehadiran saya lagi. Keduanya sudah macam kawan rapat. Saya tiada masalah dengan Zarina Anjoulie. Hubungan kami baik.
“Bila Anju berkongsi hantaran tersebut, saya anggap seperti seorang kawan yang merindui sahabatnya. Ditambah pula Nedim sedang sakit ketika itu. Malah, memang ramai yang merindukan Nedim.
“Jika hantaran tersebut mempunyai niat yang lebih pun, saya tak kisah,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama rantaian Perang Nasi Dagang di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala lumpur, pada Selasa.
Pada masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 ini turut mengulas mengenai hantaran di media sosial yang menafikan dakwaan dirinya kini tinggal sebumbung dengan Nedim.
“Itu komen yang tidak baik. Ramai yang DM saya untuk bercakap hal ini. Yang buat saya tambah kesal, mereka yang bercakap itu adalah kawan-kawan.
“Ketika Nedim sakit, kami baru bercerai secara baik. Saya pula menjaga Nedim di hospital. Kami sudah hidup bersama hampir 11 tahun dan kami sudah biasa bersama. Kalau dia sakit selama ini, memang saya yang jaga.
“Bila saya jaga Nedim, ada pula yang kata kami sudah kembali bersama. Ditambah pula saya sudah berhijab, mereka buat persepsi sendiri.
“Ada kata kami sudah rujuk dan tinggal sebumbung. Sebab itu saya perlu memberikan kenyataan tersebut,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap proses hijrah dan belum berfikir soal jodoh.
“Ramai yang doakan agar kami kembali bersama tapi buat masa sekarang, itu bukan hal yang saya fikirkan. Saya kini mahu fokus dengan penghijrahan saya.
“Sesuatu keputusan yang saya buat bukan mudah. Saya sudah fikirkan terlalu lama. Bila keputusan itu dibuat saya akan pastikan itu adalah hal yang saya inginkan.
“Namun, kita tak tahu apa jadi pasa masa hadapan. Kalau Allah kata itu jodoh saya, saya terima. Saya pun tidak mahu beriya-iya katakan tidak. Buat masa ini saya tetap dengan keputusan saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI