[GAMBAR] Feeya Iskandar Kata Ini Sambutan Hari Jadi Kecil-Kecilan, Tapi Ia Pasti Bermakna Buat Si Suami!

Share

Selepas berkongsi foto sama dedikasi hari jadi buat suami tersayang, pengacara dan penyampai radio Feeya Iskandar ada memuat naik sekitar sambutan hari jadi buat suami bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

Meskipun ia hanyalah sambutan kecil-kecilan seperti yang dikongsi Feeya, namun ia pastinya memberi 1001 makna buat suami tersayang.

“Sambutan kecil-kecilan sempena birthday boy kita.hope b suka…,” tulisnya ringkas.

Sambutan hari jadi tersebut turut diraikan oleh dua anak lelaki mereka dan rakan terdekat.

Sementara itu, rata-rata peminat turut mendoakan keharmonian rumah tangga mereka sambil menitipkan ucapan hari jadi buat suami, Nurashid Abd Wahab.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

Published by
Rafiq Mazlan