Penyanyi, Wani Kayrie telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi itu telah berkongsi bersama peminatnya ketika dia sedang menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 19, semalam.
“Alhamdulillah I’m officially 19 on the 17th March 2019 Celebrated my birthday with the concept of ‘Less is More’ with these special and amazing people around me Terima kasih mama @kaysabah and everyone who planned for this surprise So grateful to have them in my life” tulisnya.
Hari ulang tahun kelahiran Wani Kayrie atau nama sebenar Syazwani Abdullah telah disambut bersama ibunya dan keluarga tercinta.
Menjengah di akaun Instagram ibu Wani, telahpun titipkan doa buat Wanie sempena hari jadi anaknya itu.
“Selamat Hari Jadi Anak Ku @wanikayrie yg ke 19, da semakin dewasa anak mama seorg ni, top2 da 19 tahun akak skrg … Doa mama semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, belajar baik2 dan menjadi contoh tuk adik2.
“Sentiasa menghormati org tua, merendah diri x kira dgan sesiapa pun… Harap sentiasa Cantik Dan Comel gituuu … muah akak bucukkk mama ni.. love you till Jannah…” tulisnya.
Di samping itu, peminat Wanie juga turut memberi ucapan kepada Wanie dan mendoakan semoga Wanie dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Foto : Instagram Wani Kayrie & Kay Sabah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI