Pengacara dan penyampai radio, Haziq Husni bakal mengacarakan Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang bakal berlangsung Februari depan.
Pada Anugerah Juara Lagu yang lalu, pengacara Sherry Alhadad dan Alif Satar menggalas tugasan sebagai hos menerusi pertandingan lagu tahunan itu.
Kini, giliran Haziq untuk mengambil tempat dan bakal digandingkan bersama rakan pengacara, Sherry dan Awal Ashaari.
“Saya rasa sangat gembira, teruja dan tidak sabar untuk mengacara bersama Sherry dan Awal Ashaari.
“Ini merupakan satu tugas besar dan tanggungjawab kepada kami bertiga untuk memberikan sesuatu yang baru dalam AJL34.
“AJL ni merupakan satu acara atau program tahunan yang dinantikan oleh peminat setiap tahun.
“Malah ia merupakan satu anugerah yang paling berprestij di Malaysia dan saya rasa ini merupakan satu peluang untuk kami bertiga,” katanya kepada MH.
Menurut Haziq, dia juga perlu bersiap sedia untuk menerima segala kritikan atau komen yang dari netizen sekiranya ada yang membandingkannya dengan hos lelaki terdahulu, Alif Satar.
“Kita memang kena terima dan bersedia untuk terima kritikan sebab kita tidak boleh untuk mulut orang.
“Orang boleh berkata apa-apa sahaja dan orang boleh membandingkan kita dengan sesiapa sahaja jadi kita kena sentiasa bersikap terbuka untuk terima semua kritikan yang diberikan.
“Tapi kalau boleh janganlah kritikan yang bersifat maki atau cacian sebab kita pun hanya manusia biasa sahaja.
“Jadi saya harap agar peminat dapat terima saya untuk mengacarakan program tersebut dan memberikan komen yang positif atau membina kepada saya,” jelas Haziq.
Terdahulu, Haziq ditemui MH di sidang media AJL34 yang berlangsung di De Wan, The Linc, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Sekadar informasi, 12 finalis yang telah berjaya mara ke pentas akhir AJL34 bakal berentap pada 9 Februari depan di Axiaata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Angkasawan negara dan personaliti popular, Datuk Dr Sheikh Muszaphar hari ini berkongsi kisah kejayaan anak lelaki sulungnya, Sheikh Adam yang berjaya merangkul tiga anugerah di sekolah.
Tiga anugerah tersebut adalah Ikon Murid Cemerlang 2024 dan Tulisan Tercantik di Sekolah Kebangsaan serta mendapat tempat pertama di Sekolah Rendah Agama.
“Ini anak lelaki sulung saya, Sheikh Adam, masih dalam darjah satu dan merupakan kembar kepada Sheikh Noah. Untuk tahun ini Adam telah mendapat anugerah Ikon Murid Cemerlang 2024 SK, No 1 at SRA dan Tulisan Tercantik 2024 SK
“Gelak sekejap, pertama kali dengar award tulisan paling di sekolah, tidak terkejut kerana Adam telah menulis tulis kursif sejak berusia enam tahun.
“Tidak pasti di mana dia mempelajarinya, selalu kena marah dengan cikgu,” kongsi bapa kepada tujuh cahaya mata itu.
Bangga dengan kejayaan anaknya itu, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi bahawa Adam bukanlah seorang pelajar yang selalu menelaah namun ada rahsia tersendiri yang menjadikan anaknya itu cemerlang.
“Adam telah memenangi banyak anugerah dengan mudah, dia tidak pernah menelaah dan bermain setiap masa, tetapi rahsianya? Dia seronok belajar, mempunyai rasa ingin tahu setiap masa, selalu mahu tahu dan selalu bertanya kenapa,” kongsinya lagi.
Sekadar info, sebelum ini anak sulung beliau, Sophea Isabella, turut viral di media sosial apabila ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat menengah di tiga institusi pendidikan berprestij.
Institut pendidikan tersebut adalah Kolej Tunku Kushiah, Kolej Yayasan Saad dan Kolej Genius Permata Pintar Negara (KPPN). Sophea kemudiannya memilih untuk pelanjutkan pengajian di KPPN.
Seperti yang diketahui, penyanyi Aina Abdul lazimnya gemar menyanyikan lagu ‘cover version’ popular, seterusnya berkongsi bersama peminat di laman media sosial.
Baru-baru ini, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani ada memuat naik satu rakaman video ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua yang dipopularkan oleh Nabila Razali.
“Peluang Kedua @nabila.razali. Full video on my YouTube page AINA ABDUL.
“#malaysiancover #coverlagu #coversong #vocals #ainaabdul #ainations #peluangkedua,” tulisnya bersama beberapa tanda palang.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai.
Tidak kurang, ada juga yang seolah-olah menbandingkan nyanyian Aina di antara penyanyi asal menerusi ruangan komen entri berkenaan.
Apapun, masing-masing mempunyai hak untuk memberikan pendapat dan pastinya juga, kedua bintang tersebut mempunyai keistimewaan sendiri.
Lain orang, lain pendapatnya. Betul tak?
Sekadar informasi, lirik video single terkini dari Nabila Razali itu sudah pun merekodkan lebih 5 juta tontonan di YouTube selepas dilancarkan pada 16 April lalu.
Tahniah buat Nabila dan produksinya!
Video: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia muzik antarabangsa sekali lagi digemparkan apabila bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik, disahkan berkolaborasi dengan anggota kumpulan sensasi K-pop BLACKPINK, Jisoo, menerusi...