
Menerusi akaun Instagram pelakon dan penyampai radio, Shiera Ijoy telah memuat naik beberapa keping gambar.
Shiera Ijoy atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah telah berkongsi koleksi foto lama sedari awal penglibatannya dalam industri seni.
Pelakon yang berusia 44 tahun itu turut berkongsi gambar ketika dia di zaman kegemilangan dunia lakonan.
Rata-rata gambar yang dikongsi oleh Shiera telah menjadi perhatian peminat.
Di samping itu, peminat turut memuji wajah Shiera yang kelihatan polos ketika di usia muda.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Kahwin Tapi Masih Pakai Sampin Atas Lutut, Maka Mungkin Anda Sedang…,” – Iesya Toh Kongsi 6 Falsafah Islam Pada Baju Melayu

Pengacara Iesya Toh ada berkongsi falsafah Islam pada Baju Melayu yang mungkin ramai tidak ambil peduli.
Siapa sangka rupanya dalam berfesyen berbaju Kebangsaan, rupanya ada falsafah hebat tersembunyi sebalik setiap rekaan.
Baju Melayu tetap menjadi pilihan utama walau muncul pelbagai rekaan yang telah dimodenkan dan diubah mengikut peredaran zaman.
Dan berhati-hati semasa memakai sampin, bimbang ada yang salah faham penampilan, dikata pula mahu menambah ‘cawangan’.
1. Lima Butang Baju Melayu Melambangkan Rukun Islam
Lima butang ini melambangkan kesemua rukun Islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramada, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.
2. Kebanyakan baju Melayu mempunyai tiga saku di hadapan. Ketiga-tiga ini melambangkan akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.
3. Sampin
Melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah. Memakai sampin di bawah lutut bermaksud anda telah berkahwin, manakala di atasnya bermaksud anda masih bujang. Jika anda sudah berkahwin tetapi masih memakai sampin di atas lutut, maka mungkin anda sedang mencari isteri.
4. Baju Melayu Butang Satu
Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Anda boleh lihat rekaan ini dalam baju Melayu teluk belanga.
5. Asal Usul Baju Melayu
Rekaan ini bermula daripada 700 tahun yang lalu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua mahukan satu pakaian diraja. Baju Melayu kemudian dikatakan banyak dipengaruhi daripada pakaian arab iaitu jubah manakala seluar pula membawa pengaruh daripada Turki.
6. Secara ringkasnya baju Melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan sehingga kini menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia. Jadi jika kita sendiri tidak memartabatkan baju Melayu, siapa lagi?
Pemikiran dan budaya masyarakat dahulu sememangnya cukup sempurna sehingga setiap apa sahaja yang dilakukan, pasti diterapkan nilai-nilai Islam di dalamnya.
Foto : Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untuk Umur Dia Tak Dibenarkan Naik Tapi…,” – Anak Anzalna Tak Gayat, Berani Naik ‘Glass Slide’ Dekat Dubai

Anak sulung pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees dipuji ramai kerana keberaniannya yang tidak gayat, sebaliknya teruja untuk mencuba tarikan terbaharu yang terdapat di Dubai iaitu Glass Slide.
Walaupun aktiviti itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk mencubanya, namun disebabkan keterujaan Eidress akhirnya permintaan itu ditunaikan pekerja di situ.
Anzalna, 35, turut berkongsikan video di laman Instagram miliknya, menunjukkan Eidress, 4, yang langsung tidak gayat berada di bangunan tinggi.
“Sebenarnya saya yang menggeletis nak pergi tempat ni, last-last sekeping gambar pun tak ada sebab gayat teruk!
“Untunglah Hanif Zaki (suami Anzalna) dapat bergambar dengan anak-anak.
“Eidress seorang yang sangat berani. Untuk umur dia, dia tidak dibenarkan naik tapi dia nak juga. Jadi mereka (pekerja) ni layankan dia. Hahahahaha.
“Sebenarnya saya yang menggeletis nak pergi tempat ni, last-last sekeping gambar pun tak ada sebab gayat teruk!
“Untunglah Hanif Zaki (suami Anzalna) dapat bergambar dengan anak-anak,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen berasa kagum melihat keberanian Eidrees yang tidak setara dengan usianya yang baharu mencecah empat tahun.
“Berani! Kalau saya memang pengsan terus tengok bawah, gayat.
“Kalau ada dekat situ, tinggal kaki dekat bawah, tak pun terus tak bergerak. Keras, jadi patung.
“Cayalah Eidrees! Kami tengok lantai sahaja dah seram.
“Naik dekat Menara Komtar pun dah kecut perut. Kalau naik ni lagi la..
“Kita tengok pun laju ja jantung ni, seriau. Berani dia,” komen sebahagian netizen.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki, 35, pada Februari 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 4, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia sembilan bulan.
Untuk info, Glass Slide Dubai merupakan tarikan baharu yang terdapat di Hotel Address Sky View.
Ia membolehkan pelawat untuk meluncur di atas lantai kaca dari tingkat 53 ke tingkat 52 bangunan hotel tersebut.
Usia pelawat yang dibenarkan untuk mencuba aktiviti itu adalah dari umur 12 hingga 65 tahun sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Baby Dapat Jodoh Beriman, Hatinya Putih…,” – Ameera Titip Doa Teman Hidup Di Masjid Nabawi

Pemengaruh terkenal, Ameera Khan dilihat menitipkan doa berkaitan jodoh sebelum menantikan waktu solat di perkarangan Masjid Nabawi, Mekah.
Ameera bersama keluarganya ketika ini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
Situasi tersebut dikongsikan menerusi sebuah video pendek yang di muat naik ibunya, Datin Noor Kartini.
“Doakan yang baik, moga yang baik-baik juga kita dapat amin,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah menerusi ruangan komen, adik kepada selebriti popular, Neelofa turut meninggal komen berkaitan hal sama.
“Doakan baby dapat jodoh yang beriman, yang hatinya putih, bersih, baik, lembut dan bercahaya.
“Rezekinya yang luar biasa dan istimewa, orangnya pemurah, berada dan penyayang, dimulia dan dihormati oleh orang-orang sekelilingnya.
“Dan yang paling penting sayang baby lebih pada baby sayang dia, hormat baby mama daddy dan seluruh keluarga, setia dgn baby sampai jannah. Amin,” tulisnya.
Perkongsian berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 20,000 tanda suka.
Moga Ameera berjodohan dengan lelaki yang didambakan, insya-Allah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI