Kemunculan lima ahli bomba di pentas siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Plaza Angsana, Johor Bahru minggu lalu mencuri tumpuan ramai pada konsert kemuncak yang berlangsung, Ahad lalu.
Kesemua mereka yang lengkap beruniform muncul sebagai kejutan pada konsert jelajah berkenaan, yang secara kebetulan ketika melakukan satu urusan di lokasi berkenaan.
“Kami kebetulan ada urusan di sini dimaklumkan ada jelajah Suria FM, jadi kami jenguk memandangkan kami semua memang pendengar stesen ini.
“Terima kasih juga kepada Suria kerana banyak bantu salurkan maklumat mengenai bomba terutama mengenai hal penting seperti persediaan banjir dan kesedaran masyarakat mengenai pasukan beruniform,” kata wakil bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Rafiee A Karim.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata Suria FM turut menyambut baik sokongan yang diberikan oleh semua lapisan masyarakat.
“Kami terharu dengan sambutan dan sokongan yang diberikan daripada pelbagai pihak bomba, askar dan polis termasuk pemandu e-hailing yang sentiasa mendengarkan Suria.
“Setiap jelajah yang dianjurkan juga mendapat sambutan baik daripada semua peringkat umur, bangsa dan agama.
“Lebih manis apabila ada juga yang isi masa dengan keluarga dengan menonton Siri Jelajah Suria dan saya difahamkan kali ini, ada nenek yang berkerusi roda pun turut sama-sama menonton,” katanya.
Kira-kira 6,000 pendengar Suria hadir mengisi masa ke Angsana Mall bagi menyaksikan kemeriah siri jelajah meskipun ia diadakan pada hari bekerja negeri berkenaan.
Penampilan penyanyi terkenal, Aina Abdul yang menyampaikan empat buah lagu turut dinantikan peminat apabila penyanyi lagu Terus Hidup itu berada di tengah-tengah untuk menyanyi bersama penonton yang hadir.
“Saya juga dimaklumkan ada yang hadir jauh dari Brunei Darussalam dan Singapura semata-mata untuk jelajah kami di Johor Bharu. Pastinya ia satu penghargaan bagi kami.
“Sambutan hangat juga dapat kita lihat menerusi pertandingan KiraOke Suria hingga ada peserta yang yang sanggup datang naik bas dari Kelantan dan Terengganu untuk sertai,” katanya lagi.
Jelajah Suria Kuasa 2 bakal gegarkan Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 28 dan 29 September ini dengan menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Aisha Retno, Baby Shima, Ruffedge, Ezad Lazim, Masdo dan Danial Kifli
Sementara itu, Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa melahirkan rasa gembira kerana sambutan terhadap wangian jualannya mendapat sambutan yang baik.
“Syukur Alhamdulillah kami berjaya mengekalkan jualan mencecah lima angka sama seperti lokasi sebelum ini,” katanya yang turut menghadiahkan tiga utas gelang emas kepada pembeli bertuah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, penyanyi dan ushawan Izzue Islam ada memuat naik fotonya bersama isteri, Awin dan apa yang tidak sedapnya, ada di antara komen yang diberikan netizen dikira melampau, kerana mengaitkan soal penampilan dan paras isterinya itu.
Lalu menerusi entri seterusnya, penyanyi lagu Terimalah Kasihku ini secara sinis ‘menghadiahkan’ pantun buat individu yang digelar ‘si jari lada’ oleh Izzue.
Pantun yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya itu turut mendapat perhatian ramai hingga mendapat lebih 25,000 tanda suka sejak dimuat naik dua hari lalu. Tulisnya;
PANTUN BUAT SI JARI LADA
Anak harimau berlari-lari, Sambil berlari dia makan roti, Hari raya pon masih ade orang mencaci, Guna fake acc untuk selindung diri.
Main mercun sambil menari, Raya pertama hidang kari, Janganlah begini sedara sedari, Kalau tak dimaafkan seksa diakhirat nanti.
Terlebih berbisa tutur bicaranya, Dilontar tajam menikam sipembaca, Hati sedih tiada siapa yang rasa, Penat melayan kerenah si jarilada.
Ada mata lihatlah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kasih sayang, Barulah semua hari tenang.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial lain juga tidak bersetuju dengan sebarang kritikan negatif yang diberikan terhadap pasangan berkenaan.
Foto: Instagram Izzue Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian berjudul Kau Cipta Kasih yang bersiaran di slot Samarinda, TV3 telah mendapat perhatian serta pujian para penonton setia drama tempatan.
Setelah hampir empat minggu bersiaran, drama bersiri ini bakal melabuhkan tirai dan episod akhir akan disiarkan malam ini.
Pada masa sama, bintang utama Kau Cipta Kasih, Uyaina Arshad turut memaklumkan perkara tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
“Kau Cipta Kasih Second last episode tonight! See youuuu pukul 10 malam ni k! @nazimothman @tv3malaysia @dramasangat #Samarinda #KauCiptaKasih #DramaSangat,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berpendapat drama berkisahkan konflik kekeluargaan ini adalah sebuah naskah yang bagus untuk tontonan umum.
“Ala dah nk hbis laa best sgt cerita niy jln cerita dy Hrp ade la season tuu x gituw,” tulis seorang wargamaya.
“Terminat dgn @uyainaarshad sejak tengok drama ni seoramg wanita yg kuat dan tabah! Fuhhhh,”puji lagi seorang peminat.
“cerita keluarga menyentuh hati….love U All,” luah seorang peminat yang lain.
Selain Uyaina, drama ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nazim Othman, Nafiz Muaz, Norlia Ghani, Sherie Merlis, Fify Azmi dan ramai lagi.
Kau Cipta Kasih arahan oleh Nazir Jamaluddin ini telah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 Malam di slot Samarinda, TV3 bermula 13 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.