
Meski sudah bergelar ibu tunggal pada usia muda, namun ia bukanlah penghalang buat pelakon, Fatin Afeefa untuk terus maju kehadapan.
Memiliki sosok tubuh yang langsing dan cantik, ramai yang tidak menyangka bahawa pelakon drama Monalisa itu sudah mempunyai dua pasang cahaya mata yang sangat comel iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Arra Sophia.
Terbaru, Fatin ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Twitternya yang melihatkan gelagat Adam sedang bermandi-manda.
— khaleesi (@FatinAfeefa) January 27, 2019
Lalu, netizen telah memberi pujian kepada kanak-kanak berusia 7 tahun itu.
Untuk rekod, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem Juvana, Adam Shaaz pada 21 Disember 2013 dan bercerai pada 30 Mei 2017.
Foto : Twitter Fatin Afeefa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Noh Salleh, Feby Putri, Bernadya…Line Up Padu Nyalafest 2024 Malaysia & Indonesia! – “Senarai Lagu Dirahsiakan Sampai Hari Persembahan…”

Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Barisan artis Indonesia yang ditampilkan pada festival anjuran RF3 Etertainment dengan kerjasama Wolfstrike Brothers bersama Neptunes Presents termasuklah Feby Putri, Pamungkas, Bernadya, Diskoria, Romantic Echoes, Bilal Indrajaya dan Fugo.
Manakala, artis dari Malaysia yang turut memeriahkan lagi festival adalah Noh Salleh X Restoe Iboe.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RF3 Entertainment, Muhammad Nashreen Syazwan Nazeri berkata, pihaknya bangga dapat bersama meraikan acara festival muzik yang membariskan barisan artis yang terbaik dari Malaysia dan Indonesia.
“Pasukan kreatif bertungkus lumus mendapatkan barisan artis yang terdiri daripada nama hebat dalam industri muzik Indonesia dan Malaysia. Selain itu, lagu nyanyian artis ini juga menduduki carta muzik teratas dan mendapat tempat di hati peminat.
“Setiap artis sedang giat membuat persiapan untuk memastikan persembahan paling hebat untuk menghiburkan pengunjung.
“Bagaimanapun, senarai lagu disampaikan artis akan dirahsiakan sehingga hari persembahan,” katanya.
Berkongsi pemilihan Noh Salleh sebagai artis jemputan, Muhammad Nashreen Syazwan berkata, Noh sudah beberapa kali bekerjasama dengan penganjur dan persembahannya sering mendapat sambutan peminat.
“Persembahan Noh yang diiringi Restoe Iboe pasti memberi kejutan. Ini kerana Noh sering kali tampil solo, tetapi kali ini, bakal beraksi bersama band, sekali gus memperlihatkan persembahan berbeza,” katanya.
Mengulas soal pemilihan lokasi, Muhammad Nashreen Syazwan berkata, Nyalafest 2024 bakal diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 November ini.
“Lokasi Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dipilih kerana ia mampu memuatkan kapasiti lebih 15,000 penonton.
“Pintu stadium akan dibuka jam 2 petang dan set pertama persembahan artis akan bermula pada jam 3 petang.
“Dari segi jualan tiket, lebih 60 peratus tiket sudah terjual sejak hari pertama penjualan dibuka pada 6 September lalu dan ia dijangka berterusan sehingga menjelang hari konsert nanti,” katanya.
Tiket acara ini boleh didapati menerusi laman web myticketempire dan pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati Ini Berharap Ba Masih Ada Di Sini,” – Bawa Isteri Ziarah Pusara Arwah Bapa Sempena Hari Asyura, Isa Khan Luah Rasa Rindu

Pelakon, Isa Khan menzahirkan perasaannya sewaktu melawat pusara ayahnya bersama isteri tercinta bersempena memperingati Hari Asyura pada petang tadi.
Menurut Isa, dia dan isteri yang juga merupakan pelakon, Nur Risteena amat merindu arwah bapanya itu dan berharap agar mereka dapat bersatu semula di akhirat kelak.
“Assalamualaikum Wbt. Ba, ni petang tadi saya datang sempena Hari Asyura, hari baik sangat. Saya datang bawa isteri tercinta saya tengok ba. Betapa hati ini berharap ba masih ada di sini, tetapi Allah Swt jauh lebih sayangkan ba.
“Tidak akan pernah lekang doa anakmu ini, kerana jasa dan pengorbananmu terhadap keluarga mu ini. Terlalu besar. Dan hanya Allah Azza Wa Jalla yang mampu membalasmu ba,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bulan Di Kota Langit itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Diksempatan itu, Isa juga turut menitipkan doa semoga bapanya itu dipelihara daraipada azab kubur dan diberikan ganjaran syurga.
“Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah roh arwah ba dari seksa kubur dan azab api nerakamu Ya Allah. Anugerahkanlah arwah ba, syurga terindahmu.
“Isteri tercinta saya @nur_risteena pun nak sangat jumpa ba. Semoga Syurga Allah Swt menjadi tempat kita bertemu kembali,” luahnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak selain turut memberikan memberikan kata-kata semangat buat Isa dan Risteena.
“Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Semoga arwah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah.
“Amin, semoga makbul doanya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Isa dan Risteena baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 12 Mac 2021 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Sumber: Instagram Isa Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peminat Mendoakan Yang Baik-Baik, Penampilan Fazura Curi Tumpuan

Beberapa entri video dan foto yang dikongsikan pelakon cantik, Nur Fazura yang kerap mengenakan hijab di Instagram mencuri tumpuan ramai.
Menerusi satu hantaran di plaform sama pertengahan Mei lalu, ada warga maya di ruangan komen menyambut baik penampilan yang digayakan ibu kepada seorang cahaya mata.
Malah mereka turut mendoakan yang baik-baik buatnya.
Sementara itu dalam video yang dikongsikan di Insta Story, Fazura yang dirakam sedang mempromosikan Fazura Lippy Beg dilihat turut tampil berhijab dan mengenakan kemeja berlengan panjang.
Namun, tidak dapat dipastikan mengenai masa sebenar video tersebut diambil.
Peminat sebelum ini mengetahui, Fazura memilih untuk mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan.
Terdahulu, menerusi Harian Metro, isteri kepada pelakon Fattah Amin di dalam temu bual bersama media menjelaskan, soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi.
Bagaimanapun, sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman.
“Setiap tahun saya akan bertudung pada bulan Ramadan. Sudah tentulah, saya ada niat dan keinginan ke arah itu. Tapi, itu antara saya dengan Allah.
“Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI