[GAMBAR] Hanis Zalikha Buat Kejutan Birthday Suami Di Set Lakonan, Alahai Romatisnya!

Share

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menerusi gambar tersebut, Hanis telah berkongsi ketika dia membuat kejutan untuk hari jadi suaminya, Hairul Azreen ketika berada di set lakonan.

Kongsi Hanis, hari ini merupakan hari jadi Hairul dan dia sebelum ini tidak pernah dapat membuat sebarang kejutan sempena hari jadi suaminya.

Bagaimanapun, hari ini dia telah berjaya membuat kejutan untuk hari jadi suaminya.

“I selaluuu tak dapat buat apa-apa special untuk birthday ayang and ayang selalu kata “takpe, birthday I tahun ni bermakna sebab I ada sayang” . Soooo, surprise! I love you so much.”tulisnya.

Di samping itu, perkongsian pelakon yang berusia 28 tahun itu telah menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat memuji pasangan ini yang dikatakan sangat romatis dan secocok.

Hairul Azreen atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris dilahirkan pada 23 April 1988.

Malah Hairul dan isteri kini sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.

Foto : Instagram Hanis Zalikha

Published by
Nazar Rafiqhi