Selama enam minggu, program pencarian Ratu Hijabista 2020 kini telah pun memasuki peringkat separuh akhir.
Dengan hanya tinggal empat peserta sahaja lagi, siapakah di antara gadis hijabi ini yang bakal melangkah ke peringkat akhir seterusnya dinobatkan selaku Juara Ratu Hijabista edisi yang pertama.
Sebelum itu, apa kata kita kenali dahulu 4 peserta yang kini masih meneruskan saingan.
1. Mellya
Gadis berasal daripada Klang, Selangor ini memiliki perwatakan yang sangat menarik selain turut aktif menceburkan diri dalam dunia kesukarelawanan.
Pemilik nama lengkap Shamellya Norazizi ini merupakan mahasiwa Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam, dan turut menjawat jawatan sebagai ahli majlis perwakilan pelajar di universitinya.
Selain bergelar model hijabi, Mellya juga aktif menyampaikan suara anak muda. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa dipilih sebagai salah seorang wakil di Majlis Parlimen Belia Malaysia.
2. Fiffy Afrina
Ads
Tanam impian untuk menjadi hos rancangan kesihatan dan perubatannya sendiri, gadis berusia 23 tahun ini dilihat sedang berada di landasan terbaik untuk merialisasikan cita-citanya itu.
Berasal daripada Pulau Pinang, Fiffy atau nama sebenarnya Nurfiyanti Afrina Roslan kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP).
Bukan hanya sekadar rupa, Fiffy juga percaya kecantikan diri itu perlu hadir seiring dengan keupayaan intelektual.
3. Qila
Ads
Berusia 21 tahun, Qila merupakan peserta termuda yang berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir pencarian Ratu Hijabista 2020.
Gadis yang cukup petah menyusun kata-kata ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Penyiaran di UiTM Shah Alam.
Qila atau nama penuhnya Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman sangat meminati bidang seni persembahan terutamanya lakonan. Oleh itu, Qila murapakan antara pelajar yang sangat aktif melibatkan diri dalam dunia teater di Kolej.
Tidak mahu mensia-siakan peluangnya, Qila memasang niat untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin dan Ratu Hijabista menjadi platform yang tepat untuknya mengasah bakat.
4. Tina Aziz
Ads
Gadis yang berasal daripada Purtajaya ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Baru sahaja menamatkan tempoh pelatih dalam kamar sebagai persediaan menjadi pengamal undang-undang, kurang beberapa bulan sahaja lagi, Tina akan sah bergelar sebagai peguam.
Pemilik nama lengkap Qistina Sofia Abdul Aziz merupakan seorang yang tidak pernah patah semangat meskipun pernah beberapa kali mencuba nasib menyertai beberapa program pencarian bakat sebelum ini.
Gadis hijabi berusia 24 tahun ini memegang prinsip bahawa segala kebaikan yang mendatang adalah disebabkan adanya usaha yang tinggi.
Hanya tinggal selangkah sahaja lagi, empat peserta ini sudah pasti akan memberikan yang terbaik bagi melayakkan diri untuk mara ke peringkat akhir yang akan dipancarkan secara langsung pada 30 September depan.
Episod separuh akhir Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersiaran pada malam ini (Rabu) jam 9.00 malam ekslusif di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).
All the best girls!
https://www.instagram.com/p/CFbl8uMpXqT/
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memaklumkan telah hadir ke Mahkamah Kota Bahru bersabit perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anaknya, hari ini.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berharap segala urusannya dipermudahkan.
“Bismillah Permudahkanlah urusanku Ya Allah.
“Harini saya akan ke Kota Bharu kelantan. Saya @cikb_havoc66 & @kacak_._
“Akan ke Mahkamah Kota Bharu besok utk Perbicaraan kes Tuntutan Hak jagaan Mereka Berdua.
“Doakan Kami ESOK..PUKUL 10 PAGI,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan penyanyi lagu I Am Me ini berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama Curi-Curi Cinta yang baru sahaja tamat siarannya sebentar tadi nyata mengundang 1001 rasa buat para pengikutnya.
Berakhir dengan happy ending, hero dan herionnya, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson seperti berpakat untuk saling berkongsi foto indah saat melangsungkan majlis tunang.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada 8 Jun lalu di Perth, Australia.
Difahamkan, kisah percintaan keduanya bermula sekitar Disember tahun lalu apabila mereka mulai memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
Foto: Instagram Zahirah/Aiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Faezah Elai ada meluahkan perasaan dan pendapat kepada netizen yang selalu memberikan kecaman dan komen berbaur negatif.
Kongsinya, ada segelintir netizen yang mempersoal mengenai beberapa perkara, termasuk amal kebajikan lebih-lebih lagi apabila dengan krisis Covid-19 melanda di seluruh negara kini.
Faezah menjelaskan, dirinya kurang gemar untuk berkongsi mengenai hal terkait di akaun media sosial kerana ada alasan sendiri.
“Once and for all I’m gonna make u understand so some of u will stop asking me u tk bg bantuan ke? U tk buat charity ke? Tk solat hajat ka? Tak baca quran ka?
“READ THIS..Tk semua org buat amal jariah suka kongsi dlm media social.. “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 271)
“Ibadahku? Masa mula2 penghijarahan dulu, tk pernah sy cerita or kongsi ttg itu sampai hari ni.. Sbb penghijrahan itu kerana Allah.. “Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, “Yaitu riya’. Pada Hari Pembalasan Allah berkata, “Pergilah kepada orang-orang yang kamu ingin mereka melihat amal-amal kamu. Lalu lihatlah! Adakah pahala yang disediakannya?”
“Tp tu tk bermakna org yg kongsi amalan nya tu jahat.. terpulang pd niat.. mcm sesetengah org,mungkin niat dia kongsi supaya org lain jugak dpt melakukan benda yg sama.. itu cara dia berdakwah.. .,” jelas Faezah.
Selain itu, pelakon berusia 36 tahun ini berharap agar netizen menghormati antara satu sama lain.
“Tp disbbkan hakak ni masih jahil,takut hanyut dgn puji pujian dari niat kerana Allah dia tukaq jd riak so sia2 amalan.. Paham dak?
“As much as I respect u,pls do respect my privacy..Tp tlg jgn dok suruh or tanya soalan yg diluar hak kita sebagai org islam..
“Tkdak apa dh yg hakak nk kejar.. i have a beautiful family,beautiful kids.. All i need now is to Istiqomah.. Lets do that together..
“P/S : tp klu nk puji hakak mcm Jessica Alba,tu tkpa… insyallah hakak tk riak sbb hakak mmg tau dh dari kecik,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda palang.
Terdahulu, Faezah diijabkabulkan dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya seramai tiga orang iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Sementara hasil perkahwinan dengan Heykal, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Foto : Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!