Semalam genap 10 tahun perkahwinan yang dibina pelakon Ashraff Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari (BCL).
Justeru itu, BCL telah berkongsi momen indah di Instagrammya ketika Ashraf menyarungkan cincin di jari manisnya.
View this post on Instagram10 tahun yang lalu.. #bungacitralestari #ashrafsinclair #wedding
A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on
Susulan itu, netizen berasa gembira kerana pasangan tersebut kekal sehingga kini dan memberi ucapan buat mereka berdua.
Menariknya, bagi meraikan kebahagiaan itu, pasangan selebriti Sazzy Falak dan suami, Nazril Nash Idrus turut hadir makan malam bersama di ibu kota.
View this post on InstagramA post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on
Foto : Instagram BCL/Nash
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pukul 2.00 Pagi Mak Semput, Doktor Bagi Gas & Ubat Yang Kuat. Mak…,” – Status Kesihatan Ibu Dramatis, Sheila Mambo Pohon Doa Agar Diringankan Azab Kesakitannya
Pelakon drama, Sheila Mambo menerusi instagram ada berkongsi tahap kesihatan ibunya, Aishah Nyak Adam yang kian merosot, sejak beberapa hari lalu.
Maklumnya lagi, sekitar jam 2.00 pagi semalam, ibunya turut mengalami masalah semput. Bagaimanapun, keadaan ibunya (Selasa) kini bertambah pulih.
“Semalam pukul 2am mak semput, doktor bg gas yg dgn ubat yg kuat, mak dh 80thn umur semua menjadi lemah. Kami adek beradek semua berkumpul pagi smlm. Harini siang mak bertambah pulih Alhamdulillah.
“2 org Best friend mak dr kedah dtg jaga mak semalam. Cucu2 mak sgt baik, berganti jaga tok, urut tok. Semiha menjadi anak2 yg soleh/solehah,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon Andainya Takdir 2 ini juga turut memohon doa agar diringankan azab kesakitannya.
“Ya Allah ampunkan dosa2 ibu ku jika itu asab pengampunan Mu, aku mohon Kau berikanlah kesembuhan pd ibuku ringankan lah azab kesakitan nya.. Aamiin ya Rabb,” kongsi Sheila.
View this post on InstagramA post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on
Enam hari lalu, bintang senior itu ada memaklumkan bahawa keadaan ibunya yang berusia 79 tahun agak tenat, hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
“AsSalamualaikum… Mohon doa untuk mak saya aishah bt. nyak adam sekarang sdg tenat di hospital. Maaflah klu aurat mak saya nampak,fitrah org di icu
Syafakillah mak…,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on
Foto: Instagram Sheila Mambo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow! Nabil Mahir Rela Tempah Satu Pawagam Tonton Spider-Man Bersama Keluarga – “Plus Book A Hotel Room Just Untuk Family Solat.“
Ketika musim pandemik ini, setiap orang punyai cara tersendiri sebagai ikhtiar demi mengurangkan risiko jangkitan, khususnya Covid-19.
Malah sebagai peminat tegar siri Spiderman, Nabil telah menempah semua tempat duduk di pawagam bagi memberi ruang buat dia sekeluarga untuk menonton Spider-Man: No Way Home, baru-baru ini.
Malah, suami Ayda Jebat ini turut menjelaskan, dia ‘jauhi’ media sosial demi mengelakkan dirinya daripada ternampak apa-apa ‘spoilers’ atau pun perbincangan mengenai filem adiwira berkenaan.
“The reason that day I off from social media was because nak elak dari spoilers movie Spiderman but actually it feels good to PSM (Puasa Social Media) once in a while.
“Those who knows me sure tau yg I’m a Superfan of Spiderman and I love to watch movies kat cinema!
“Lama tak pergi cinema but this one I cannnnnoooot! Nabil taknak miss tengok Spiderman, so solutionnya, book whole cinema so 1 family boleh enjoy dengan tenang + book a hotel room just untuk family Nabil solat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram.
Malah, dia telah menempah sebuah bilik di hotel bagi memudahkan urusan keluarganya untuk menunaikan solat.
“Rasanya Nabil dah ada syndrome bapak bapak kot ek? Haha! but I rather take extra measures to keep my family safe. Ana Nayla tinggal rumah hehe. Anyway Happy Holiday Guys!,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Nabil selain turut berkongsi pandangan mereka mengenai filem terbaru Spiderman itu.
Setakat 27 Disember, filem terbaru keluaran Marvel, ‘Spiderman: No Way Home’ telah mencatat kutipan box office sehingga AS$1 bilion di seluruh dunia.
Sekadar informasi, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari 2021.
Hasail perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata pertama, Ana Nayla yang lahir pada 21 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Nabil Mahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suami Bising Kalau Makan Takde Sambal Belacan,” – Selera Ijoy Didedahkan Sharifah Shahirah
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mendedahkan suaminya, pelakon Ijoy Azahari yang gemar makan bersama sambal belacan.
Kongsinya lagi, Ijoy boleh hilang selera makan sekiranya tiada menu berkenaan.
“SUAMI BISING KALAU MAKAN TAK DE SAMBAL BELACAN.
“Aduhai… sabar lah hati kenapa lah hari² nak sambal belacan.
“Setiap kali makan nak sambal belacan, naik lenguh tangan menumbuk.
“Kalau tak de sambal belacan, muka jadi tak manis langsung. Rasa tak kena pun, bising jugak..,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 24.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 17, Airra, 14, Audra, 12, dan Adeena, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI