Sah terpateri, penyanyi dan hos, Harris Alif, 22, selamat diijab kabulkan dengan pasangannya pelakon, Intan Ladyana, 38, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar jam 10 pagi, hari ini dengan sekali lafaz.
Acara akad nikah pasangan berkenaan disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.
Turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan ialah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.
Pada majlis itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.
Ads
Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Mulanya memilih 6 Februari 2021 sebagai hari bahagia mereka, pasangan ini bagaimanapun memutuskan untuk menganjak tarikh sehari lebih awal daripada perancangan awal. Ia tidak lain disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung pada ketika ini.
Namun begitu, agenda pernikahan mereka tetap berjalan lancar seperti dirancang memandangkan perubahan tarikh itu sudah dimaklumkan kepada semua pihak terbabit. Semestinya, Harris dan Intan menarik nafas lega dapat dipersatukan secepat mungkin dalam tempoh PKP ini.
Ads
Pada majlis terbabit, kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision. Mendapat sentuhan tatarias daripada Ian Sham dan Aqmal Adly, keduanya tidak lekang mengukir senyuman bahagia apabila akhirnya mahligai cinta diidamkan termakbul dan berakhir ke jenjang pelamin.
Untuk majlis bahagia pasangan ini, Harris dan Intan turut ditaja Four Points by Sheraton sebagai lokasi persiapan nikah, Bella Hudd (Penata Gaya Hijab), Cempaka Inai (Artis Inai), Fillea Studio (Fotografi dan Videografi), Haeja Budiman (Bunga Tangan), manakala Hantaran by Ally menyediakan dulang hantaran.
Ads
Pada 5 Januari lalu, pasangan ini mengumumkan berita gembira bakal disatukan dan bernikah selepas mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu. Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.
Menerusi sidang media itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik Intan sudah dibuat pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan. Bagaimanapun, majlis itu dirahsiakan dan dengan pengumuman terbabit, maka terjawablah teka-teki mengenai status hubungan mereka ke fasa yang seterusnya.
Sementara, Intan berkongsi dari awal perkenalan, memang segalanya dipermudahkan buat mereka. Paling penting, keluarga kedua belah pihak pun sangat positif dan merestui hubungan mereka. Justeru, dia yakin mereka berada di landasan yang betul dan soal Harris masih terlalu muda menurutnya bukan isu besar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada masyrakat dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara bermula 4 Mei yang lalu.
Penyanyi dan pelakon, Haleeda misalnya ada memberi nasihat kepada netizen supaya tidak bersikap sewenang-wenangnya melanggar arahan PKPB yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Malah, penyanyi berusia 43 tahun ini berharap penularan wabak Covid-19 ini berakhir secepat mungkin.
“As Salam duhai hati…hi,ada yg x tdo lagi? Akk berharap sgt, plssss.. sama2 kita bertanggungjwb atasi keadaan yg kita sdg hadapi ni ya..kita saja yg blh mengubah dgn kesungguhan mencegah dan sekaligus memutuskan rantaian virus ini… semoga dperkenankanNYA… “KESUNGGUHAN” itu penting.
“Semoga keadaan akn kembali pulih dan kita sama2 dapat menjemput rezeki dgn sebaiknya.. Fii Amanillah, love & Smile.
P/S:Tlglahhhhh jgn bawa anak2 kecil ke tmpt supermarket.. atau tmpt yg akn menjadi tumpuan.
“Bukan sekarang.. bukan sekarang ya.. Jagalah keselamatan insan yg kita sayangi dan sayangilah diri kita,” tulisnya.
Pengacara My Doctors serta bintang Viral, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin terkejut apabila mendapati jumlah bil hospital melibatkan isterinya yang melahirkan anak pertama mereka mencecah kos sekitar RM20,000.
Malah, perkara tersebut turut menyebabkan isterinya menangis.
Perkara tersebut dimaklumkannya menerusi posting terkini di Instagram.
Seperti biasa, setiap entri yang dikongsikan Dr. Say pasti dimulai dengan topik.
“Topik : Duit Boleh Dicari, Kebahagiaan Tak Boleh Diganti.
“Setelah 4 hari warded, arini bini & baby sy dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi2 operation caesar, sy boleh agak2 kosnya yakni dlm RM10k-15k. Tapi bile jumlah bil sebenar dibisik ke telinga sy, terduduk sy dibuatnye bang. RM20k total. Sy jd resah memikirkan bgaimana sy nk sampaikan nombor kepala 2 ni kpd bini. Bini start pushy2 tnye brape bil, sy tewas dgn desakanny & dgn berat hati sy sampikan berita nombor kepala 2 tu kpdny.
“Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan die xdpt melahirkan baby kami dgn cara normal. Sy tenangkan bini “unny cube fikir balik, dgn 20k ni lah u berjaya gave birth to something yg teramat mustahil tuk kite dptkn. Moreover cube u bygkan couples yg trying to get baby, buat IVF easily dh cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok”. Biniku berjaya ditenangkan.
“Mungkin ade yg berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital org2 berado je tu” tp given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) & komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place. Parents sy salu pesan, “don’t be a slave for money, cz money sentiasa boleh dicari” & btol ape kata parents sy, lepas kelahiran baby, rezeki dtg bersilih ganti. Ingat peeps, jgn sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, pasangan doktor ini menimang cahaya mata mereka pada 5 Mei lalu.
Foto: Instagram Dr.Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semenjak namanya makin dikenali, penyanyi, Naim Daniel mengakui kadang kala terpaksa melayan pelbagai ragam daripada peminatnya.
Menurut Naim, dia pernah menerima video live daripada seorang peminat wanita namun memutuskan untuk tidak membuka video tersebut.
“Kadang-kadang saya ada juga terima video-video nakal.
“Yang hantar video live dekat saya pun ada tapi saya tidaklah periksa atau buka sebab tidak mahu terjebak,” katanya kepada MH.
Naim yang ditemui di rumah terbuka World Peace Entertainment baru-baru ini turut menambah, ada juga peminat yang meminta bantuannya untuk melunaskan hutang kereta.
“Saya seronok dengan respon peminat ketika ini tetapi ada juga permintaan yang pelik. Misalnya minta saya untuk tolong bayar loan kereta.
“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab kita bukan tak percaya, tetapi sekarang ini macam-macam benda boleh berlaku di media sosial.
“Media sosial sekarang ibaratnya sudah jadi tempat pelik-pelik sekarang tapi saya tetap sambut baik semua peminat saya.
“Semua yang datang tu adalah rezeki untuk kita. Orang yang mendoakan kita jangan pula kita hampakan,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Naim ada memberi bayangan bakal berkolaborasi bersama penyanyi, Ismail Izzani selepas berjaya menerusi single Sumpah.
Selepas hampir lima bulan barada di dalam tahanan penjara di Thailand, penyanyi lagu,‘Bea Sobar Bea', Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, hari ini, daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.