Usahawan, Vivy Yusof ada memuat naik entri terbaru, memaparkan jambangan bunga mawar yang dihadiahi si suami, Fadza Anuar.
Baru sahaja menimang cahaya mata ketiga 10 Oktober lalu, Vivy masih lagi dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan peminat. Malah tidak kurang yang mendokan kesihatannya.
Sementara itu, menerusia ruangan kapsyen terhadap foto tersebut yang dimuat naik menerusi Instagram, Vivy ada menitipkan kata yang cukup sweet buat suami tersayang, bagi mengenang momen perkenalan mereka yang mencecah usia 12 tahun.
“12 years anniversary together. He gave me beautiful flowers… I gave him a beautiful baby… kind of not the same thing,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #plscomehomewithanewhandbagtoday #12yearsofbeinginlove #imeanfriends dan #hiMom.
Untuk rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.
Jom ‘usha’ beberapa foto terbaru yang dimuat naiknya di IG.