Hujung tahun pasti menjadi waktu paling sesuai buat kita untuk mengisi masa bersama insan tersayang, pada musim percutian.
Ada yang mengambil keputusan untuk luang masa di kampung halaman, bermalasan di rumah dan ada juga yang mengambil cuti panjang untuk berliburan di luar negara.
Jadi, apa kata ‘usha’ beberapa barisan selebriti kita yang kini sedang berliburan di negara orang pada hujung tahun.
Bagaimanapun, ada juga yang mengambil peluang bekerja sambil bercuti. Memang best bila tengok foto-foto yang dimuat naik mereka.
Penari profesional, Alam Wakaka meluahkan rasa teruja selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.
Khabar gembira itu dikongsikan Alam atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abdul Rahman menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.
Menurut Alam, dia bersyukur kerana isteri dan anak lelakinya itu kini berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang komplikasi.
“Assalamualaikum dunia. Syukur ke Hadrat Illahi. Alhamdulilah segala puji milik Allah. Hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti.
“Keadaan Alisya dan bayi stabil terima kasih pada doktor dan nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Alam turut merakam ucapan penghargaannya buat para doktor dan petugas hospital yang telah merawat serta menjaga isteri dan anaknya itu dengan baik.
Malah, juara program So You Think You Can Dance musim pertama ini berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Alam dan isteri.
“Waalaikumsalam, semoga menjadi anak yang soleh. Ameen.
“Alhamdulillah, congratulations new papa.
“Tahniah Alam dan Alisya. Selamat berpantang.
“Alhamdulillah, Tahiah. Semoga anak dan mommy diberikan kesihatan yang baik.
“Tahniah Alam. Semoga menjadi ayah yang terbaik di dunia dan akhirat. Selamat berpantang Alisya. Welcome to club ibu-ibu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Berkongsi momen indah pada 1 Disember lalu, pelakon Aeril Zafrel memuat naik sepotong video yang memaparkan anak ketiganya, Ayya Soffya selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Andorra Wanita & Kanak-Kanak, Shah Alam.
Memanjatkan rasa syukur, bintang filem 7ujuh itu gembira kerana sentiasa diberi peluang untuk menemani isterinya, Wawa Zainal di wad bersalin sepanjang ketiga-tiga kelahiran anaknya.
Namun, berbeza dengan kelahiran cahaya mata ketiga ini, Aeril diberi peluang memotong sendiri tali pusat anaknya itu.
"Alhamdulillah.. sepanjang wawa bersalin ketiga-tiga anak kami, saya sentiasa ada disisi memberi kekuatan pada dia. Tapi istimewanya kali ni.
"Sy diberi peluang utk potong tali pusat baby," tulisnya sambil disertakan video saat kelahiran Ayya.
Pemain bola sepak terkenal ini mengumumkan yang dia dan kekasihnya, Georgina Rodriguez bakal menerima kehadiran cahaya mata kembar dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, dia menulis, “Sukacita dimaklumkan bahawa kami menjangkakan anak kembar. Hati kami penuh dengan cinta – kami tidak sabar untuk bertemu dengan kamu.”
Menariknya pemain yang berasal dari Portugal ini turut memuat naik gambar dia dan empat anaknya sedang mandi bersama di dalam sebuah tab mandi.
Crstiano Ronaldo yang berusia 36 tahun merupakan merupakan seorang lelaki yang mementingkan nilai kekeluargaan dan merupakan seorang ayah yang sangat menjaga kebajikan anak-anaknya.
Anak sulungnya, Cristiano Jr yang kini berusia 11 tahun dilahirkan oleh seorang wanita yang dirahsiakan identitinya, pemain boleh sepak itu memiliki perjanjian khusus yang menjadikan dia sebagai penjaga tetap secara eksklusif.
Memetik laporan E! News, Cristiano mengumumkan di sosial media ketika itu, “Menerusi perjanjian bersama ibu Cristiano Jr, yang mahu kekal tidak dikenali. Saya akan memiliki hak penjagaan eksklusif ke atas anak saya.”
Kemudiannya pada 8 Jun 2017, dia menerima sepasang cahaya mata kembar lain jantina, Eva dan Mateo yang dilahirkan menerusi proses ibu tumpang. Dan pada penghujung tahun yang sama, kekasihnya Georgina melahirkan seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Alana Martina.
Untuk pengetahuan pembaca, Cristianto Ronaldo mula bertemu kekasihnya pada tahun 2016 ketika sedang membeli belah di butik Gucci. Georgina merupakan seorang jurujual di situ dan bermula detik itulah hubungan mereka berputik sehingga kini.
Walaupun masih berlum berkahwin secara rasmi, kehidupan mereka bahagia di samping empat anak tercinta dan dua lagi bakal menyusul nanti.
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...