Bertemakan ‘Inspirasi Sinemaku’, majlis berprestij Filem Festival Malaysia (FFM30) yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi telah berlangsung dengan jayanya.
Sekali gus, barisan selebriti tampil cantik dan kacak di majlis red carpet.
Berikut adalah senarai gambar selebriti yang mengenakan busana ekslusif dari pereka fesyen tempatan.
Tahniah diucapkan buat pelakon filem Habibie & Ainun 3, Maudy Ayunda yang telah pun berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan Dan Pendidikan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Berkongsi momen indah di Instagram, beberapa hantaran yang dikongsikan bintang berusia 27 tahun ini cukup mencuri perhatian.
Anggun mengenakan persalinan kebaya dalam rona merah rekaan pereka fesyen Didiet Maulana, Maudy menerusi platform sama mendedahkan dia terpaksa menempuhi konsep pembelajaran secara atas talian disebabkan pendemik Covid-19 sebelum ini.
“Saya telah tamat pengajian! Dua tahun berlalu, tiada kata yang boleh diungkapkan tentang berapa banyak telah saya belajar dari pengalaman ini. Terutama sekali apabila ia diwarnai dengan cabaran yang unik dan tidak disangka-sangkakan.
“Mac tahun lalu, pengalaman Standford saya berubah sekelip mata. Kelas menerusi zoom dan juga pemakaian pelitup muka menapis sistem pembelajaran dan cara berinteraksi.
“Bagaimanapun ia meningkatkan daya kemenjadian saya sebagai seorang manusia. Saya diajar untuk mengawal, berfikir secara mendalam dan belajar mengutamakan perkara yang perlu,” tulisnya.
Dia yang mendukung watak sebagai Ainun menerusi filem yang turut popular di Malaysia itu juga menjelaskan, apa yang berlaku membuatkan dia belajar bersyukur.
“Saya juga belajar untuk membuat keputusan dengan cepat tanpa rasa tidak menyesal berkenaan perkara yang benar-benar bermakna buat diri ini dan bersyukur untuk setiap perkara itu.
“Ia merupakan satu ia merupakan satu keistimewaan bagi saya untuk dapat berjalan di institusi hebat ini. Saya berharap agar saya dapat berbuat kebaikan menerusi pengalaman ini pada masa hadapan,” tulisnya lagi.
Tular di media sosial sekarang ini tentang berita sebuah restoran yang dikatakan mengenakan caj sebanyak 30 sen untuk servis ikat tepi air minuman.
Nampaknya sebuah restoran yang terletak di kawasan rehat dan rawat (R&R) ini telah membuat para netizen berang dengan caj yang dikenakan kepada pelanggan.
Melalui gambar resit yang tular itu, tecatit bil seorang pelanggan yang membeli Air Limau Asam Boi dengan harga RM3.50 namun apa yang mengejutkan adalah dia bawah list air tersebut turut tercatit harga untuk servis caj bagi ikat tepi sebanyak 30 sen dan menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM3.80.
Menerusi perkongsian gambar ini daripada sebuah akaun Facebook yang dikenali dengan nama Metafora Anafora, rata-rata pengikutnya telah memberikan komen yang kurang setuju dengan servis caj yang dikenakan oleh restoran ini.
Ain Suraya: Amboi.. Ikat pun ada caj.
Soo Hey Mie: dia ikat guna tali pancing ker
Eddie Yamaguchi: Nasib baik hrg ikat tepi x dikenakan GST
Abdul Malek Ismail: Mau ambik tali..ikat kpala toke dia.
Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna memaklumkan dirinya kini sudah pun bercerai dengan suami, Muhamad Afify Sazali.
Menganggap jodoh mereka tidak panjang, Erynne atau Syazlynne Erynne Abdullah reda dengan segala takdir yang telah tertulis buat dirinya.
“Jikalau dahulu saya berkongsi berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin, dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan bekas suami saya.
“Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izinNya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ogos lalu.
Katanya lagi, meskipun ujian ini berat untuk dilalui, namun Erynne percaya perancangan Allah jauh lebih baik.
“Segala puji bagi Allah. Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hambaNya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuannya,” kongsinya lagi.
Walaupun sudah membawa haluan masing-masing, pelakon filem 8 Jam ini memaklumkan dia dan suami akan sentiasa berusaha untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak mereka.
“Apapun, bekas suami saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.
“Kami akan cuba sehabis baik untuk menjadi ibu bapa terbaik kepada Medinah dan memberikannya kasih sayang yang selayaknya. In sha Allah,” ujarnya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Erynne turut merakamkan ucapan penghargaan buat suaminya diatas segala jasa sepanjang mendirikan rumah tangga.
“Kepada Muhamad Afiy, terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk, memudahkan urusan, merahmati dan melindungi kamu serta keluarga.
“Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya, dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,” akhirinya.
Terdahulu, Erynne mendirikan rumah tangga dengan Afify Sazali pada tanggal 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Erynne Erynna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!