Selain Manisha Koirala dan Madhuri Dixit, nama Karisma Kapoor juga menjadi antara Ratu Bollywood yang diminati sebahagian besar filem Hindi di negara ini.
Meski sudah melewati usia 40-an, namun kakak kepada pelakon Kareena Kapoor ini kelihatan masih kekal menawan, penuh aura persona. Saling tak tumpah pada era kegemilangannya dulu.
“Love urself at every age #nofilter,” tulisnya ringkas di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya sekitar Jun lalu.
Siapa yang boleh lupa dengan deretan filemnya yang cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia seperti Dil To Pagal Hai, Raja Hindustani, Hum Sath-Sath Hai dan macam-macam lagi kan?
Jadi, jom tatap wajah terkininya yang tetap cantik tak dimakan usia!
Tahun lalu, bintang senior ini pernah melakukan kemunculan istimewa menerusi filem Zero lakonan rakan baiknya, Shah Rukh Khan. Turut sama beraksi di dalam filem berkenaan ialah Anushka Sharma dan Katria Kaif.
Foto: Instagram Karisma Kapoor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan pelakon, Azwan Ali menyatakan rasa berang apabila seorang wanita telah didakwa memotong barisan ketika dia sedang beratur untuk memasuki sebuah premis.
Azwan yang juga hos Lagu Cinta Kita 2 itu berkongsi video berkaitan menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.
Marah dan geram, pengacara berusia 55 tahun ini meluahkan perasaan terhadap tindakan individu berkenaan yang disifatkan sebagai tidak beretika.
“Kau tengok ni betina puk*m*k bertudung labuh ni tiba-tiba sahaja ada depan Diva AA. Tadi orang lain yang beratur tapi orang tu tak tahu hilang kemana lepas tu orang ni ganti dia. Tak tahu lah penyedap dia ke apa.
“Sangat tidak beretika, orang lain beratur nak setengah mampus kau senang-senang nak masuk celah orang. Apa puk*m*k punya bangs*t?
“Bodoh punya Melayu harapkan bertudung jer harap neraka tempat kau! Haram jadah!,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 39 saat itu.
UN ETHICAL ! TYPICAL NASTY MELAYU PALING TERSIALLL MELAYU PALING 🐷🐷🐷🐷🐷🐷 BETINA SEMPUDAL BERTUDUNG LABUH YET POKIMAKKK BODOHHH! HAVE SOME RESPECT TO THE QUE ! BINATANG KO ! GTHHHH PUIII 🖕🖕🖕🖕🖕 YG GELUPUH DEFEND IBLISSSS NI ? BLOCKED pic.twitter.com/7fhZODPvZI
Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter lain turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tingkah laku terbabit dan berharap agar dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 11,000 kali di platform berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.