Sarat elemen emosi dan memori, Konsert Reunion Dewa 19 di Malaysia malam tadi nyata memberi 1001 momen tersendiri buat para peminat mereka.
Dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam, dianggarkan lebih 7000 penonton hadir memenuhi ruang stadium, termasuk rakan selebriti.
Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan persembahan hebat, meski tanpa vokalis terkini, Ahmad Dhani yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di negaranya.
Nak tahu siapa yang hadir ke konsert tersebut semalam? Jom stalk!
Terdahulu pada Isnin lalu, Mahkamah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahmad Dhani selepas bintang terbabit didapati bersalah atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosialnya.
Foto: Instagram Selebriti