
Baru-baru ini, viral mengenai seorang lelaki bernama Abdussalam Firdaus Abdul Aziz yang terpaksa menunjukkan kad pengenalannya kepada pihak berkuasa sebelum diperiksa masuk stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Axiata, Bukit Jalil.
Memetik laporan mStar, dia sudah lali dengan tanggapan orang luar yang menyangka dia seorang perempuan gara-gara mempunyai paras feminin.
“Semasa saya nak masuk stadium tu pun, polis tak percaya saya lelaki dan meminta saya tunjukkan kad pengenalan.
“Saya perlu buktikan jantina kerana polis lelaki perlu lakukan pemeriksaan tubuh ke atas penyokong lelaki bagi tujuan keselamatan dan polis wanita pula akan memeriksa penyokong wanita,” ujarnya.
Tambah pelajar tahun dua ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur itu, dia pernah menggayakan rambut pendek sebelum ini, namun ada pula orang yang memanggilnya ‘pengkid’.
Bagaimanapun, dia mengakui masih seorang yang ‘lurus’ dan tidak pernah tersinggung atau ambil hati dengan gelaran yang diberikan. Malah katanya dia tetap bersyukur dengan wajahnya.
Foto: Instagram Abussalam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ingin Sampaikan Apa Yang Saya Rasa Sepanjang 20 Tahun Tanpa Ayah,” – Wanie Kayrie

Program realiti, Dansa Dan Sing minggu lalu sekali lagi memahat memori tak kan dilupakan buat salah seorang pesertanya, Wanie Kayrie yang dilihat sebak apabila membuat persembahan.
Dalam saingan pada minggu keempat, bintang remaja berkenaan memberikan persembahan meyakinkan menerusi lagu Ayah Kukirimkan Doa sekali gus membawa dirinya dan The Litz untuk berada dalam kelompok tiga kumpulan teratas.
Bagaimanapun, Wanie akui rasa sebak ketika membuat persembahan lebih-lebih lagi apabila mengenang bapanya yang telah tiada.
View this post on InstagramA post shared by Wani Kayrie (@wanikayrie) on
“Ayah ku kirim kan doa. Semoga engkau tenang di alam syurga”. Tak tahu kenapa rasa sebak sangat malam tadi.
”Niat di hati hanya ingin menyampaikan apa yang saya rasa sepanjang 20 tahun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah.
”Persembahan ini juga adalah mesej buat kita semua agar sentiasa hargai insan kita sayang selagi masih ada di depan mata.
”Moga anda terhibur dengan persembahan kami sampaikan. Insyaallah we’ll give more this week!,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu, guru tari, Linda Jasmine dan ikon fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.
Pada masa sama, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) bermula 5 Januari lalu.
Media sebelum ini ada melaporkan, ibunya pernah memaklumkan bapanya meninggal dunia akibat kanser, kurang seminggu sebelum hari jadi pertama Wanie.
Foto: Instgram Wanie Kayrie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nyanyi Masa Prelude AF4,” – Jasa Ibnor Riza Besar Buat Diddy Hirdy, ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ Bawa Tuah

Penyanyi, Dr. Diddy Hirdy menyifatkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Allahyarham Ibnor Riza mempunyai kesan yang amat besar buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Menurut Diddy, tuah lagu tersebut telah mengangkat namanya sewaktu menyertai program nyanyian popular Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4).
“Lagu bertuah untuk saya, Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza. Dinyanyikan di Konsert Prelude AF4.
“Memang gemuruh habis masa ni tapi berjaya melayakkan Diddy dipilih menjadi Top 12 AF4 tahun 2006.
“Sampai sekarang masih lagi menjadi antara lagu yang selalu direquest oleh client/peminat bila show,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Diddy menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, Allahyarham Ibnor Riza telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Selasa.
Allahyarham Ibnor Riza dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Dalam pada itu, Diddy turut memaklumkan dirinya amat terkesan selepas mengetahui tentang pemergian Ibnor Riza.
“Terima kasih Allahyarham Ibnor Riza untuk karya evergreen ini. Manfaatnya besar untuk diri saya sebagai anak seni.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Diddy merupakan salah seorang peserta AF4 sezaman dengan Faizal Ramly, Haziq Rosebi dan Salima Habibi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Diddy Hirdy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Farid, Diana Sah Cerai Talak Satu

Aktres Diana Dianelle akhirnya bercerai talak satu dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil, 42, kira-kira jam 3.22 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, Selangor.
Lafaz cerai dilafazkan Farid di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi aplikasi Google Meet.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, ditemui sejurus prosiding berkata, dia bersyukur kerana proses perceraian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, kita sudah boleh tutup buku dan memulakan hidup baharu. Harapnya kita menjadi orang yang lebih baik selepas ini. Soal perasaan, saya tidak mahu mengulas lanjut kerana bagi saya ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.
“Cuma, saya tidak nafikan ia merupakan perkara yang sukar bagi saya dan Farid untuk lakukan,” katanya kepada MH.
Diana juga menjelaskan, dia sudah bersedia secara mental untuk menghadapi hari ini (perceraian).
“Saya memang sudah berseida untuk menghadapi perkara ini, dan saya hanya menyimpan segala perasaan di ‘belakang pintu’.
“Perihal anak-anak pula, seperti biasa kami perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Apa yang penting kami cuba untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak,” katanya lagi.
Terdahulu, kontroversi rumah tangga pasangan selebriti ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, 10 Mac lalu.
Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI