[GAMBAR] Ini Dia Foto-Foto Abdussalam Firdaus Abdul Aziz Yang Dicop Sebagai ‘Lelaki Paling Cantik’. Memang ‘Cantiklah’!

Share

Baru-baru ini, viral mengenai seorang lelaki bernama Abdussalam Firdaus Abdul Aziz yang terpaksa menunjukkan kad pengenalannya kepada pihak berkuasa sebelum diperiksa masuk stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Axiata, Bukit Jalil.

Memetik laporan mStar, dia sudah lali dengan tanggapan orang luar yang menyangka dia seorang perempuan gara-gara mempunyai paras feminin.

“Semasa saya nak masuk stadium tu pun, polis tak percaya saya lelaki dan meminta saya tunjukkan kad pengenalan.

“Saya perlu buktikan jantina kerana polis lelaki perlu lakukan pemeriksaan tubuh ke atas penyokong lelaki bagi tujuan keselamatan dan polis wanita pula akan memeriksa penyokong wanita,” ujarnya.

Tambah pelajar tahun dua ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur itu, dia pernah menggayakan rambut pendek sebelum ini, namun ada pula orang yang memanggilnya ‘pengkid’.

Bagaimanapun, dia mengakui masih seorang yang ‘lurus’ dan tidak pernah tersinggung atau ambil hati dengan gelaran yang diberikan. Malah katanya dia tetap bersyukur dengan wajahnya.

Foto: Instagram Abussalam

 

Published by
Rafiq Mazlan