
Wajah pelakon dan penyanyi Naim Daniel sebenarnya sudah lama menghiasi kaca televisyen menerusi drama yang disiarkan.
Namun, impaknya belum sekencang pada masa kini kerana dia sering memegang watak sampingan sahaja.
Bagaimanapun, rezeki sentiasa menyebelahi Naim apabila namanya mula dikenali menerusi lagu Sekali Lagi yang sering diputarkan di corong-corong radio.
Jadi , jom MH belanja transformasi penyanyi berusia 21 tahun itu seawal zaman kanak-kanaknya sehingga kini.
Foto : IG Naim Daniel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Saja Yang Keluar Dari Mulut Mak Akan Saya Usahakan Demi…”- Memey Suhaiza

Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Pemilik nama lengkap Suhaiza Suhaimi ini ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
Difahamkan, Memey bakal menunaikan impian ibu tercinta untuk menunaikan ibadah umrah.
“Pejam celik mcm lama juga pinjam mak dr abah..Bawa mak kesana sini,Tunaikan permintaan mak,Apa saja yg keluar dr mulut mak akn sy usahakan demi keramat hidup sy ni..
“Sepanjang tu juga dpt lepas rindu..makan sedap2 air tangan mak..Terima kasih mak Semoga mak abah sentiasa dlm lindungan Allah..
“Kita jumpa lagi utk kursus umrah…Tak sabar nak bawa mak abah pergi umrah sesama Selamat berhujung minggu semua..
“Klu ada ruang & masa terluang jgn lupa gunakan masa sebaik mungkin utk dgn yg tersayang k..Sama2 menghargai antara 1 sama lain
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Lantas, perkongsian pelakon berusia 33 tahun ini mendapat perhatian daripada peminat.
Dalam pada itu, peminat memuji sikap isteri kepada pelakon Norman Hakim ini.
Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.
Foto : Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Satu-Satunya Wanita Dalam One Nation Emcess,” – Ada ‘Attitude’ Ketika Menari? Ini Respon Mimifly

Anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Shamimi Amalina Norhisham atau lebih sinonim dipanggil Mimifly mengakui dirinya tidak pernah terikat apa sahaja jenis tarian yang bakal dipersembahkan.
Malah, anggota ONE lainnya turut memberikan kebebasan memandangkan masing-masing tahu akan tugas dalam kumpulan.
Jelas Mimi, dia sendiri terharu apabila ramai yang memuji skil dan gayanya ketika menari, lebih-lebih lagi menerusi program Gegar Vaganza 6 (GV6) saban minggu.
“Terima kasih. Rasanya kerana saya satu-satunya anggota wanita dalam ONE. Apa yang saya boleh cakap, dalam ONE kita ada energi feminin serta energi maskulin.
“Untuk saya ‘lawan’ energi maskulin dalam ONE ni, saya kena ada masculinity juga. Pada masa sama, jadi tanggungjawab saya untuk tonjolkan elemen feminin dalam kumpulan ini juga,” jelasnya.
Pada masa sama, Mimi turut memberitahu Jojo adalah insan bertanggungjawab yang mengetengahkan bakat tariannya.
View this post on InstagramA post shared by Mimifly (@mimiflyyy) on
“Ya saya bermula pun dengan tarian. Malah, Jojo yang mula ajar saya untuk menari dan ONE jugalah yang membawa saya kepada cara tarian sendiri. Tiada siapa yang ajar dan mereka berikan ruang serta kebebasan.
“Dari situ saya rasa lebih yakin. Best jadi ‘bunga’ dalam ONE. Kami juga saling terima masing-masing seadanya. Semua tahu apa bahagian mereka,” katanya kepada MH.
Sementara itu dalam saingan GV6 minggu kelapan Ahad depan, Mimi bersama ONE akan membawakan lagu Anak yang dipopularkan oleh kumpulan Carefree.
Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan mereka di GV6 yang bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, di Astro Ria dan Ria HD bermula jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kepada Yang Masih ‘In Denial’, Tolong Jangan Menjadi Golongan Yang Memalukan Orang Islam Lain,” – Neelofa

Neelofa ada berkongsi satu video dari penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Dr. Das’ad Latif yang ada memberikan ulasan mengenai apakah yang perlu dilakukan umat Islam khususnya dalam menghadapi ancaman penularan COVID-19 di seluruh dunia ketika ini.
Menerusi video berdurasi 4 minit dan 33 saat itu, Ustaz Das’ad memberitahu dia kerap kali menerima status yang ‘manis’ tetapi mempunyai unsur yang menyesatkan terutamanya di media sosial.
Antaranya ‘saya tidak takut dengan Corona, tetapi hanya takut kepada Allah’ dan ‘Corona ini makhluk Allah, hanya menyerang mereka yang melakukan maksiat’.
Memberikan ulasan jelas terhadap dua kenyataan tersebut, Das’as turut menyeru umat Islam agar duduk di rumah, menjaga jarak dan tidak putus doa agar krisis ini dapat dikekang sebaiknya.
Sementara itu, Neelofa menerusi ruangan kapsyen pula meminta ramai agar berkongsi petikan video ceramah tersebut.
“Share or repost this on your page. Kepada mereka yang masih lagi ‘in denial’ tolong jangan menjadi golongan yang memalukan org islam lain.
“Semoga Allah melindungi kita semua,” tulis Neelofa terhadap entri video di Instagram yang sudah pun ditonton lebih 300,000 itu.
Terdahulu bekas hos MeleTop ini menerima berita sedih apabila anak sepupunya, Sameera telah pun disahkan positif COVID-19 dan bayi berusia tujuh bulan itu difahamkan menjadi pesakit paling muda setakat ini di Brunei.
Foto : Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI