Pelakon sensasi, Fathia menjawab beberapa pertanyaan netizen menerusi IG Live di Instagram mengenai beberapa perkara, termasuklah isu kantung matanya (eye bag) yang lebam.

Rata-rata netizen bertanya mengenai perkara itu, memandangkan ia dapat dilihat dengan jelas pada paras wajahnya.

Jelas pelakon Ariana Rose itu, dia mempunyai masalah tersebut adalah disebabkan oleh elemen genetik dan bukanlah akibat pengambilan barang terlarang seperti yang disangka ramai pihak.

[GAMBAR] Isu Kesan Lebam Bawah Mata, Ini Jawab Fathia Latiff…

Ads

“Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni. Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.

Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!,” tegasnya seperti yang dipetik mStar Online.

Pada masa sama, figura ini juga mengakui dia lebih selesa untuk tampil polos tanpa solekan, walau berada di luar rumah.

Ads

[GAMBAR] Isu Kesan Lebam Bawah Mata, Ini Jawab Fathia Latiff…

“Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah. 

Kalau ada shooting atau menghadiri majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan,” tambah Fathia.

Ads

Selain itu, rakan baik kepada Zarina Ann Joulie ini juga turut memberitahu, bukan diri seorang yang mempunyai masalah lebam bawah mata.

[GAMBAR] Isu Kesan Lebam Bawah Mata, Ini Jawab Fathia Latiff…

“Sebut fasal eye bag, bukan saya seorang sahaja yang ada, ramai lagi orang lain yang mengalami benda yang sama,” ujarnya lagi.

Foto: Instagram Fathia Latiff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI