Seperti yang semua tahu malam ini merupakan malam paling bersejarah buat Shila Amzah dan suaminya!
Mereka berdua telah dinikahkan beberapa hari yang lepas dan telah mengadakan majlis resepsi di Putrajaya.
Dengan mengenakan pakaian bertemakan warna hitam, Shila nampak sungguh elegen dan berani mencuba sesuatu yang baru.
Selain dihadiri hampir 800 orang tetamu, majlis ini juga mendapat penuh perhatian apabila kumpulan popular di sekitar 2000 turut hadir dan membuat persembahan khas buat kedua mempelai.
Siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan Ruffedge.
Bukan itu sahaja, Shila juga sempat membuat persembahan menyanyi khas buat suaminya dan tetamu yang hadir.
Okay tak nak cakap banyak, korang lihat sendiri kemeriahan serta betapa elegennya persandingan mereka mala mini…
SUMBER GAMBAR : Ann Nurul Huda Events & Instagram