
Pelakon Izara Aishah ada memuat naik video terkini puterinya, Irisa Alaia Muhammad Adib yang dilihat kian lincah.
Beserta kapsyen ringkas, bintang filem Pilot Cafe itu menerusi Insta Stories turut berkongsi perkembangan si comel yang kini sudah pun berusia lebih tujuh bulan.
Sambil melakukan riviu terhadap beberapa item yang diterimanya, Izara turut menjelaskan permata hatinya itu gemar bermain dengan plastik dan kotak.
“Beli mainan mahal-mahal dia tak mahu. Dia mahu ni, plastik dan kotak mainan kegemaran,” tulisnya.
Untuk rekod, Irisa dilahirkan pada 15 April lalu.
Izara yang juga finalis Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017.
Foto: Insta Stories Izara Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Umat Yang Mengajak Kepada Kebaikan,” – Skinhead & Dakwah Boleh Jalan Seiring, Taiyuddin Bakar Mahu Ubah Persepsi

Pelakon, Taiyuddin Bakar menyangkal dakwaan yang mengatakan aktiviti dakwah dan budaya skinhead tidak akan pernah berada di atas satu paksa yang sama.
Menurut Taiyuddin atau lebih mesra disapa Tai, setiap manusia mempunyai tanggungjawab menyebarkan dakwah walaupun menerusi perkara-perkara kecil.
“Pada saya, skinhead dan dakwah boleh jalan seiring. Skinhead yang buat dakwah adalah lebih baik daripada orang biasa tapi tak buat dakwah.
“Kita adalah umat dakwah yang mengajak manusia kepada kebaikkan dan dekat dengan Allah SWT. Kita kena cegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
“Siapapun kita, walaupun kita tidak solat tapi bila azan berkumandang, kita mengajak orang solat, itupun sudah dikira dakwah,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Apa Celop Toqq itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media showcase Uncure Palestin: Hak Yang Dinafikan yang berlangsung di Garage Space, Ampang Hilir pada Rabu.
Pada majlis tersebut juga, Tai telah diumumkan selaku vokalis baharu bagi kumpulan muzik underground, Uncure.
Katanya lagi, kemanisan berdakwah ini akan lebih dirasai oleh mereka yang menyampaikan dakwah.
“Pada sesetengah orang, mereka merasakan dakwah ini untuk memperbaiki orang lain tapi sebenarnya tidak. Dakwah berfungsi untuk memberikan diri kita kekuatan.
“Sebagai contoh, bila kita banyak bercakap tentang kelebihan solat, yang akan dapat kekuatan untuk menjaga solat adalah diri kita sendiri dan bukannya orang kita sampaikan dakwah.
“Bayangkan jika kita berjumpa 25 orang satu hari dan bercakap ‘Allah kuasa, mahluk tak kuasa’, setiap orang itu akan dengar sekali sahaja tapi telinga kita akan dengar 25 kali.
“Ia akan masuk dalam hati kita dahulu. Jadikanlah dakwah ini fungsi hidup,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tai turut bertekad untuk terus bersuara dan menyalakan semangat untuk terus bersolidariti buat saudara di Palestin.
“Kami ingin bagitahu yang kita punyai suara terhadap isu Palestin. Malah, kami berharap agar lagu-lagu kami dapat terus menyalakan semangat orang-orang yang ingin bersolidariti.
“Kami juga menyasarkan kepada mereka yang masih belum berbuat apa-apa.
“Walaupun ada yang merasakan jika mereka bersolidariti tidak akan berikan impak, kami ingin ingatkan, walaupun satu jari diangkat untuk bersolidariti, itu sudah cukup bermakna,” akhirinya.
Sekadar informasi, Uncure merupakan sebuah band bergenre ‘ska’ yang sudah bergiat aktif di dalam industri muzik sejak 26 tahun lalu.
Showcase Uncure Palestin: Hak Yang Dinafikan bakal berlangsung pada 14 September 2024 di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor.
Tiker dijual pada harga RM89 (early bird) dan RM100 selepas 25 Ogos dan boleh dibeli terus menerusi akaun media sosial rasmi Uncure_Kugiran.
Sebahagian daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan kepada Kedutaan Palestin di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafyah” – Tengku Ampuan Pahang Berkongsi, Siti Nurhaliza Sebak Bercerita

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafyah.
Baginda bertitah, ketika proses kelahiran, Siti berdepan komplikasi yang hampir meragut nyawanya.
“Siti is alive today is a miracle. She will never tell anybody, I will tell you today. Siti nearly die giving birth to Aafyah,” titah baginda
Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Pembukaan Alhaya Fertility Centre di Damansara Specialist Hospital 2 di Bukit Lanjan Kuala Lumpur.
Sementara itu, Siti yang turut hadir pada majlis berkenaan mengakui yang dirinya mengalami komplikasi ketika melahirnya zuriat pertamanya.
“Semua pun dah tahu perjalanan saya. Nak dapat cahaya mata sangat mencabar. Bukan sebagai wanita tetapi sebagao hamba Allah.
“Allah bagi saya pelbagai rezeki, dari segi kerjaya dan sebagainya. Tapi Allah duga pula dari segi cahaya mata.
“Masa bersalin saya hadapi komplikasi. Saya tak banyak share dengan orang ramai. Namun, tuanku tahu lebih awal.
“Alhamdulillah, Allah selamat kan saya. Dan saya ambil keputusan untuk buat kali kedua,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baru-Baru Ini, Dia Ada Bagi Kebenaran,” – Terharu, Nabil Mahir Akui Bapa Beri ‘Lampu Hijau’ Serius Berlakon

Nabil Mahir kini lebih terbuka dan tidak menolak andai mendapat tawaran lakonan bersesuaian selepas ini apabila mengakui dirinya kini sudah pun bersedia untuk bergelar pelakon secara serius.
Terdahulu, bintang yang sebelum ini sinonim sebagai pengacara selain terlibat dalam dunia perniagaan keluarga menambah, keinginannya untuk terjun dalam lakonan kian positif selepas mendapat keizinan bapa.
“Jujurnya, saya baru sahaja dapat lampu hijau dari keluarga untuk berlakon. Sebelum ini keluarga terutamanya bapa tidak berapa galakkan untuk saya berlakon. Saya pun tidak tahu mengapa bila mana bapa sudah berikan keizinannya.
“Baru-baru ini, dia ada bagi kebenaran. Katanya kalau saya nak cuba untuk berlakon, sekarang di beri kebenaran. Saya rasa berterima kasih dan terharulah atas keizinannya itu.
“Saya pernah berlakon cuma tidaklah terlalu serius dalam lakonan. InsyaAllah saya sudah bersedia mental dan fizikal andai ada tawaran selepas ini,” katanya kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Terdahulu, bintang yang yang pernah bergelar hos program hLive! ini ditemui pada majlis sidang media jalinan kerjasama di antara Digital Content Connection (DCC) dan ACE Pictures di Zebra Showcase, Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Menerusi kerjasama berkenaan, dua syarikat tersebut bakal membuka ruang, seterusnya menyediakan sokongan terhadap bakat-bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, khasnya yang melibatkan dunia digital.
Foto: Instagram Nabil Mahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI