Pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid telah menyambut ulang tahun hari jadi anaknya, Arish Muqri yang ke-4 tahun baru-baru ini.
Arish merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Intan Liana Salih.
Pemuzik berkenaan ada memuat naik beberapa foto menarik tersebut menerusi Instagram.
Majlis yang disambut secara sederhana itu diadakan di kediaman mereka yang dihadiri ahli keluarga terdekat.
Foto yang dikongsikan Ude di akaun Instagrammya juga secara tidak langsung melihatkan keharmonian sebuah keluarga menyambut hari jadi.
Difahamkan, majlis itu turut disambut sekali gus dengan seorang anak buah Ude, Muhammad Khaleed Rayyan.
Rata-rata netizen turut memberi ucapan kepada kedua-dua birthday boy itu.
Dalam perkembangan lain, Izreen dan Ude kini sedang menikmati percutian di Thailand yang dikongsikan Ude menerusi Stories Instagrammya.
Foto : IG Ude Wahid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Banyak Amalan Yang Diajar…,” – Biar Tak Dapat Bergambar, Zila Bakarin Syukur Jumpa Empat Mata Dengan Ustaz Kazim Elias
Pelakon, Zila Bakarin meluahkan rasa gembira apabila berpeluang bertemu dengan pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias di sebuah program keagamaan, Sembang Santai yang dianjurkan oleh CIDB Malaysia.
Di samping berkongsi beberapa keping foto dan momen bersama peminat, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin memaklumkan ini merupakan kali pertama dirinya bertemu dengan pendakwah tekenal itu.
Selain itu, pelakon berusia 46 tahun ini telah banyak mempelajari dan mengambil ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Kazim kepada dirinya untu dijadikan sebagai panduan hidup.
“Alhamdulillah… terima kasih Allah telah permudahkan urusan sy hari yg barakah ini.. Rezeki sy dpt bertemu pertama kali dgn @datoustazkazim #ustazzulhazwan
“Byk amalan2 yg diajar dan dikongsikan sy ambik.. dan hari ini allah temukan sy dgn ustaz.
“Sayangnya tak dpt bergambar bersama.. cepat sgt ustaz balik, insyaAllah smpi bertemu lagi..
“Sembang santai CIDB @cidbmengimarahramaghan,” tulisnya,
Imbas kembali, Zila telah mendapat perhatian orang ramai setelah membuat keputusan untuk berhijab pada hujung tahun 2019.
Foto: Instagram Zila Bakarin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akibat Bercinta Dengan Suami Orang, Pemenang Pertandingan Ratu Cantik Serah Semula Mahkota
Tak sampai sebulan kemenangannya sebagai Miss Japan 2024, Karolina Shiino terpaksa melepaskan gelaran tersebut apabila terbalit dalam hubungan cinta bersama suami orang.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh penganjur pertandingan tersebut selepas berita mengenai hubungan sulit tersebut disebarkan oleh sebuah majalah di sana.
Insiden ini menjadi insiden pertama dalam sejaran pertandingan itu dan gelaran untuk tahun ini akan dikosongkan dan tidak digantikan dengan yang lain.
Majalah Shukan Bunshun melaporkan pada Rabu lalu bahawa Karolina, 26, sedang bercinta dengan seorang doktor yang sudah berkahwin.
Pada mulanya ratu cantik berdarah Ukraine itu menafikan khabar angin dan tidak tahu bahawa kekasihnya itu merupakan suami orang dek kerana dia terlalu panik.
Namun kemudiannya dia mengaku bahawa dia sudah mengetahui kekasihnya itu suami orang dan telah berbohong kepada penganjur dan juga pihak media. Shiino menyiarkan mesej di Instagramnya pada hari Isnin mengatakan dia tidak bercakap benar kerana kekeliruan dan rasa takut.
BACA JUGA: Wakil USA Dinobatkan Sebagai Miss Universe 2022. Malaysia Pula ‘Unplaced’ Selama 52 Tahun
Oleh sebab itu, wanita tinggi lampai itu mengambil keputusan untuk menyerahkan kembali mahkota dan tidak lagi bergelar Miss Japan.
Menjuarai pertandingan Miss Japan pada 22 Januari 2024 yang lalu, Karolina menjadi gadis bukan berdarah Jepun pertama memanangi gelaran itu.
Kemenangannya menjadi pertikaian ramai kerana dia tidak berdarah Jepun dan mempersoalkan apakah kriteria Miss Japan sebenarnya.
Biarpun tidak berdarah Jepun, Karolina membesar di Jepun sejak kecil lagi dan menggunakan nama keluarga bapa tirinya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penyakit Ini Libatkan Saraf, Bila ‘Terkepit’ Akan Terasa,” – Tak Mahu Sakit Jadi Alasan, Zamani Azam Beri Aksi Terbaik Di Konsert Slam Mentari Muncul Lagi
Vokalis kumpulan Slam, Zamani memaklumkan dirinya kini telah pun kembali menjalani rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung selepas menghentikannya sebelum ini akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Jelas Zamani, dia juga ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah berbesar hati memberikannya katil kesihatan demi keselesaan tulang belakangnya itu.
Pada masa sama, Zamani difahamkan turut menjalani rawatan tradisional sebagai kaedah alternatif.
“Sekarang ini saya dah teruskan semula rawatan seperti biasa. Saya juga ingin berterima kasih kepada sebuah syarikat ini kerana mereka telah berikan saya tilam kesihatan.
“Lagipun keadaan saya sekarang pun dah beransur baik. Saya juga ada buat rawatan tradisional. Saya jalani rawatan tersebut daripada masa ke semasa,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Gerimis Mengundang ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Slam Mentari Muncul lagi yang berlangsung di ibukota pada Rabu.
Bagaimanapun, Zamani menegaskan dia tidak mahu menjadikan penyakit tersebut sebagai penghalang buat dirinya untuk memberikan persembahan yang terbaik menjelang konsert Slam yang bakal berlangsung pada Januari depan.
“Saya tak nafikan perkara ini sememangnya akan mengganggu persembahan saya di atas pentas.
“Sebab penyakit saya ni melibatkan saraf pada bahagian tulang belakang. Bila saraf tu terkepit mesti akan terasa juga.
“Namun, saya tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan. Kalau boleh, saya nak buat konsert ini sehabis baik.
“Saya nak tutup cerita sakit ini dan mahu terus positif. InsyaAllah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Produser Esksekutif, Shiraz Project Sdn. Bhd, Shirazdeen Karim turut memberi jaminan pihaknya bergerak tapat bersama kumpulan Slam demi memastikan konsert ini berjalan dengan lancar.
“Perjalanan menuju ke konsert selalunya kami akan menjaga setiap artis-artis kami. Sebelum ini pun, sewaktu kami mengadakan konsert untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, kami bawakan guru vokal daripada Amerika Syarikat.
“Kami akan berikan segalanya untuk pastikan konsert itu nanti sukses. Selepas ini juga, kami akan bantu Zamani daripada segala aspek agar sewaktu konsert itu nanti staminanya cukup dan kesihatannya baik.
“Yang paling penting adalah buat mereka yang membeli tiket. Kita kena pastikan rasa teruja mereka setimpal dengan apa yang mereka bayar.
“Jadi, Shiraz dan Slam akan bekerjasama bagi memastikan konsert ini dapat berjalan dengan baik,” jelasnya.
Konsert Slam Mentari Muncul Lagi sepatutnya diadakan pada Januari lalu namum, terpaksa ditangguhkan disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.
Menerusi majlis sidang media itu juga, pihak Shiraz Project dan Slam mengumumkan tarikh baru konsert mereka itu bakal diadakan pada 12 Februari 2022 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Konsert ini menawarkan harga tiket bermula RM130, RM160, RM200, RM260, RM360 dan RM700.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI