[GAMBAR] Jangan Tak Tahu, Persalinan Jaket & Maxi Gucci Neelofa Ini Harganya Dalam RM21,246.60!

Share

Katalah apa sahaja, dia tetap Neelofa yang cool dan tidak pernah melatah apabila ada sahaja kritikan netizen terhadap apa persalinan yang digayakannya. Ada yang tidak gemar, tapi ramai juga yang sukakannya!

Terkini, Neelofa mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan persalinan ‘heat to toe’ dari jenama mewah Gucci, bersempena dengan pelancaran koleksi terbaru rumah fesyen berkenaan.

Berada di Shanghai selama beberapa hari atas kunjungan berkenaan, Neelofa bersama para selebriti terpilih dilihat bergaya sakan dengan persalianan lengkap aksesori dari Gucci koleksi terkini.

Menariknya, jika namanya pun jenama mewah, sudah tentulah harganya pun bukan calang-calang. Dilihat daripada laman membeli belah Gucci secara atas talian, persalinan sedondon yang dipilih Neelola menerusi padanan jaket dan maxi flora berharga ribuan dollar setiap satu!

Jaket tersebut berharga $2,9000 manakala maxinya pula bernilai sekitar $2,200! Kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, setiap satunya berharga RM12,081.40.

Maxi pula dalam RM9,165.20. Lalu total untuk kedua item tersebut mencecah sehingga RM21,246.60! Koleksi berkenaan adalah antara barisan rekaan terkini bersempena Gucci Cruise 2019.

Fuh, memang grand. Yang pasti, kami sendiri yang suka tengok pelbagai gaya pun suka dengan persalinan yang dikenakan Lofa.

Asyik tengok selebriti Hollywood saja bergaya mewah, sesekali tatap gaya sama dari selebriti kita pun why not kan?

Foto: Gucci, Instagram Neelofa

 

 

Published by
MH