Pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak kini dikaitkan dengan kisah percintaan dengan pelakon manis berhijab, Mira Filzah.
Apa sahaja yang dilakukan bintang kelahiran Terengganu itu, pasti akan ada netizen yang mengaitkannya dengan Mira.
Lalu baru-baru ini, menerusi akaun Instagram Zizan, bintang Polis Evo 2 ini telah berkongsi sekeping foto yang melihatkan Zizan sedang merenung ‘tajam’ wajah Zahirah.
Justeru, netizen mulai menegur pelakon itu agar bersifat setia. Pulak Dah?
Bagaimanapun, Zizan berbuat demikian kerana ingin mempromosikan filem terbaru mereka berjudul Bulan Dan Pria Terhebat yang dijadual akan ditayangkan tahun depan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Ada Karisma Tersendiri, Saya Terpegun,” – Nora Danish Impi Buka Production House Sendiri, Janna Nick Jadi Inspirasi
Meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia lakonan, aktres jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya masih lagi belum menemui watak yang mampu memberikan kepuasan terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Lantaran itu, Nora memaklumkan dirinya masih lagi belum bercadang untuk bersara dalam masa yang terdekat.
“Sebenarnya, sejak daripada awal penglibatan saya di dalam dunia seni ini, saya memang tak terfikir untuk berlakon selamanya sehingga dimamah usia. Saya ada sasaran saya sendiri.
“Walaupun sudah meniti usia 40 tahun, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang belum saya kecapi. Ada lagi cita-cita yang saya idamkan. Saya memang sangat sukakan watak ‘hopeless romantic’.
“Kalau orang tanya, watak apa yang saya belum dapat, jawapan saya tetap love story. Saya belum dapat watak yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Jadi, untuk bersara itu, mungkin belum lagi,” katanya kepada MH.
Pelakon yang menempa nama menerusi sitkom Puteri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan milik pelakon, Nabila Huda yang berlangsung di ibu kota pada Sabtu.
Nora turut menambah, dia juga memasang impian untuk memiliki rumah produksi sendiri satu hari nanti.
“Kalau nak beralih ke fasa seterusnya, saya akan teruskan juga dalam bidang industri seni ini kerana ini merupakan minat saya.
“Saya memasang impian untuk membuka sebuah rumah produksi. Saya mahu beri fokus pada bidang penerbitan dan pengarahan,” jelasnya lagi.
Nora turut menambah, antara individu yang memberikannya inspirasi untuk beralih ke bidang belakang tabir ini ialah rakan selebriti iaitu Janna Nick.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, sepanjang berlakon dibawah arahan Janna, dia amat terpegun dengan komitmen dan cara kerja yang ditunjukkan oleh rakan sangkatannya itu.
“Saya sangat kagum dengan Janna Nick. Saya baru sahaja selesai penggambaran dengan dia untuk sebuah karya seram. Saya kagum melihat cara dia mengarah.
“Saya terkejut sebab caranya macam dah berpengalaman. Dia ada karisma dan hala tuju yang tersendiri. Saya sangat terpegun.
“Saya ada bertanya kepada Janna, apa pengalamannya sebelum ini? Ada masuk kelas mengarah ke? Dia kata tiada dan semua itu hadir kerana minat.
“Kalau dia boleh, maknanya saya pun boleh. Dia memberi inspirasi kepada saya walaupun usianya masih muda. Saya in love la dengan cara kerja dia,” akhirinya.
Sekadar informasi, filem terbaru lakonan Nora yang berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin kini sedang ditayangkan di saluran Astro First.
Selain Nora, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya MK, Ropi, Yassin Senario dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nora Danish & Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Boleh Jatuh Peranakan Nanti,”- Alamak! Netizen Tegur Aksi Ara Johari Gara-Gara Turun Tangga?
Penyanyi, Ara Johari ada berkongsi video di akaun Instagrammya saat bermanja dengan kucing kesayangan.
Video tersebut memaparkan aksi Ara yang sedang ‘meluncur’ tangga dengan menggunakan bahagian pinggulnya sambil mengendong seekor kucing.
Lantas, aksi tersebut menyebabkan penyanyi lagu Paku itu telah mendapat teguran netizen.
Ini kerana, ada yang rasa bimbang tindakan itu hanya akan menjejaskan bahagian tulang dan otot dalaman, hingga menyentuh soal peranakan!
Amboi sampai tahap itu sekali rasa prihatin netizen kita ni.
Dalam perkembangan lain, Ara kini sedang giat berlatih bagi memastikan lagunya, Bunga dapat disampaikan dengan baik di Anugerah Juara Lagu ke-33, Februari depan.
Video : IG Ara Johari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Tak Mummy Bagi 1 Lagi Girl,” – Anak Lelaki Memey Suhaiza Request Nak Adik Baru Sebab…
Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi mengenai permintaan anak lelakinya yang mahukan adik perempuan lagi.
Ini kerana, anaknya itu rasa kasihan apabila adik bongsunya tidak ada kawan perempuan untuk bermain bersama.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Anak bujang mummy @awishzarisz. Dia org request. Boleh tak mummy bagi 1 lagi girl sbb nanti ada yang boleh layan main pondok2 dgn @mikayladelishahakim,” tulisnya ringkas sambil memberikan kredit.
Ternyata, apa yang diceritakan Memey mendapat perhatian wargamaya dan ada yang turut meninggalkan reaksi masing-masing.
Terdahulu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI