Bermula hari ini, pelajar tingkatan lima bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di dalam norma baharu, berikutan situasi pandemik yang sedang melanda.
Bagaimanpun kami percaya, para pelajar yang menduduki peperiksaan utama ini sudah pun bersedia demi meraih keputusan yang diidam-idamkan.
Menarik, kami kongsikan barisan selebriti kita yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM, yang sekali gus menjadi inspirasi buat para remaja di luar sana.
Janna Nick, SPM 2013
Bintang yang kini hangat diperkatakan apabila drama terkini lakonannya bersama kekasih, Dini Schatzmann iaitu Marry Me Senorita meraih perhatian penonton mencipta sukses dalam SPM dengan memperolehi 6A 2B.
Janna yang turut bergelar penerbit dan pengarah merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah.
Mira Filzah, SPM 2010
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman membanggakan keluarganya apabila berjaya meraih 8A dalam SPM yang didudukinya lebih 11 tahun lalu.
Dia yang merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur ini telah pun mendirikan rumah tangga bersama suami, Wan Emir Astar, September tahun lalu.
Ads
Neelofa, SPM 2006
Sinonim sebagai figura yang cantik dan bijak, Neelofa Mohd Noor, 32, merupakan antara pelajar cemerlang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi apabila merekodkan keputusan 10A dalam SPM 2006.
Dia yang kini bergelar usahawan berjaya difahamkan turut mencipta sukses menerusi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mendapat keputusan 5A dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan 8A.
Ezlisa Loy, SPM 2013
Pelakon yang juga adik kepada Elfira, Ezlisa Loy mendapat keputusan 7A dan 2B dalam SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).
Ads
Pemilik nama lengkap, Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri ini mendapat keputusan ‘A’ menerusi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah.
Sementara ‘B’ bagi mata pelajaran Biologi dan Kimia.
Najwa Latif, SPM 2012
Penyanyi dan penulis lirik ini berjaya mendapat 4A menerusi peperiksaan SPM yang didudukinya.
Bekas pelajar aliran Sains Tulen dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor ini memperoleh ‘A’ dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lainnya.
Ads
Jabir Meftah, SPM 2019
Peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah mendapat keputusan cemerlang SPM iaitu 9A.
Dia yang turut aktif dalam lakonan selain terlibat di dalam organisasi amal pernah berkongsi beberapa rahsia jayanya dalam SPM menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Twitter, tidak lama dulu.
Jabir antara lain mendedahkan, dia tidak pernah mengikuti kelas tambahan (tuisyen) mahupun rajin belajar tetapi punyai cara sendiri untuk kekal cemerlang dalam pelajaran.
Dr Soo Wincci, SPM 2002
Bekas pelajar SMK Damansara Utama ini meraih 7A 2B dan kini merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Malah, jelitawan ini turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
Meneruskan sukses, dia juga pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan model, Ain Edruce meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 bersama suami serta anak sulung mereka, Soraya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, pemilik nama lengkap Nurul Ain Edruce ini turut menyifatkan kehadiran Soraya merupakan hadiah terbaik sepanjang sambutan ulang tahun kelahirannya.
“Alamak, 30 dah lah. Hehehe. Thank you Allah for everything. Tahun lepas Amirul je, tahun ni ada Soraya. Best birthday ever,” tulis Ain menerusi Instagram.
Dia pada masa sama berkongsi foto sambutan hari jadi yang turut diraikan oleh adik perempuannya, Edila Edruce.
Paling comel, Soraya dilihat sedang tidur sambil dipangku Ain sewaktu ketika sambutan.
Posting berkenaan turut menarik perhatian ramai dan rata-ratanya juga telah menitipkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.
Untuk rekod, Ain dan suaminya, Amirul bernikah pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat pertunangan.
Ain selamat melahirkan anak pertama mereka pada 19 Mei lalu selepas lebih 25 jam bertarung di dalam bilik pembedahan.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ernie Zakri tampil mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan ahli muzik Anwar Amzah.
Menurut Ernie, dakwaan tersebut sememangnya mengarut dan dia sebenarnya sudah lama diganggu oleh individu misteri di media sosial.
“Sebolehnya saya tak nak beri perhatian terhadap isu ini. Ia membuang waktu dan tenaga kerana saya memang sudah diganggu oleh peminat ini sudah beberapa tahun.
“Saya tak rasa dia layak mendapatkan komen daripada saya. Saya tak mahu tahu kewudujan mereka.
“Pada akhirnya, saya dan keluarga tahu kehidupan kami. Semoga Allah pelihara hubungan saya dan Syamel,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi Syamel itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Meet And Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlansung di Pasar Seni pada Ahad.
Malah, Ernie turut menyifatkan individu berkenaan seakan mempunyai masalah mental kerana kerap mengambil tahu tentang kehidupanya dan keluarga
“Saya rasa Anwar turut mendapat mesej yang sama seperti saya dan Syamel seperti tuduh menuduh dan fitnah. Saya rasa orang itu sakit. Kenapa kita nak layan orang yang kurang berakal.
“Saya rasa kami diganggu orang yang sama. Ketika diberitahu pihak Anwar, kami tergelak sebenarnya. Mesej ini dah selalu kami dapat.
“Saya hanya minya Anwar bertenang dan tidak buat sebarang kenyataan. Individu ini seperti banyak masa nak menggali kehidupan masa kini dan lampau saya,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ernie turut memaklumkan dia dan Syamel pernah memberikan nasihat kepada individu berkenaan tetapi tidak diendahkan.
“Saya tak tahu sama ada individu ini obses dengan saya atau Syamel. Mungkin mereka tak boleh terima perkahwinan kami.
“Saya tak sangka wujud orang seperti itu. Kami diganggu individu ini sejak bertunang lagi. Saya doakan yang baik-baik buat dia,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklum dia dan suami akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang hantaran di media sosial selepas ini.
“Apa yang terjadi ini buatkan saya dan Syamel lebih berhati-hati dan menjaga hubungan kami. Mungkin pendedahan di media sosial juga perlu ditambah baik lagi.
“Tak semua suka tengok kita berdua dan berkongsi video manis. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu,” akhirinya.
Sebelum ini, seorang pemuzik tampil menyangkal dakwaan dirinya mempunyai hubunganya bersama Ernie.
Kenyataan tersebut dibuat selepas pemuzik berkenaan menerima mesej yang menuduhnya memakai baju sama seakan mereka ada menjalinkan hubungan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terharu atas penerimaan ramai ketika bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu, penyanyi Ernie Zakri tampil memberikan dedikasi kepada semua menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pada Ahad.
Malah dia turut terharu apabila melihat video reaksi terhadap persembahan lagu Gundah di anugerah muzik tahunan itu di YouTube.
“Tak sedar masa berlalu, dah seminggu #AJL35 berlalu. Terlalu banyak doa-doa yang baik daripada kalian. Reactions di YouTube membuatkan saya sendiri rasa sebak bila mendapat sambutan yang baik di kalangan semua. Syukur Alhamdulillah.
“Jangkaan untuk menang jauh sekali, tapi siapalah saya untuk menafikan rezeki malam itu. Alhamdulillah. Tiada kesalan, tapi lebih banyak lagi harus diperbaiki dalam persembahan itu,” tulis Ernie.
Dia pada masa sama turut mengharapkan sokongan serta kata-kata positif daripada peminat buat dirinya serta rakan lain.
“Inshallah, doakan saya, doakan rakan rakan lain yang turut sama berjuang bukan saja dalam #AJL35, tapi berjuang kerana mencintai bidang ini.
Hiburan bukan sekadar hiburan, inilah kerja kami. Sedaya upaya kami berikan untuk anda semua. Doakan yang baik baik. Inshallah. Semoga kita semua terus tetap semangat untuk menghiburkan! Aamin,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing selain menghargai bakat nyanyiannya.
Terdahulu, Gundah yang tulisnya bersama Sharon Paul bersaing bersama 11 buah lagu lain di AJL35. Ernie turut dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Vokal Terbaik kali ini.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh popular Indonesia, Isa Zega telah menjadi tumpuan hangat minggu ini apabila dia memuat naik video berpakaian solat wanita saat mengerjakan umrah.Memiliki lebih sejuta...