[GAMBAR] Janna Nick Raih 6A Dalam SPM, Lihat Lagi 6 Selebriti Kita Yang Peroleh Keputusan Cemerlang, Inspirasi Betul!

Share

Bermula hari ini, pelajar tingkatan lima bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di dalam norma baharu, berikutan situasi pandemik yang sedang melanda.

Bagaimanpun kami percaya, para pelajar yang menduduki peperiksaan utama ini sudah pun bersedia demi meraih keputusan yang diidam-idamkan.

Menarik, kami kongsikan barisan selebriti kita yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM, yang sekali gus menjadi inspirasi buat para remaja di luar sana.

Janna Nick, SPM 2013

Bintang yang kini hangat diperkatakan apabila drama terkini lakonannya bersama kekasih, Dini Schatzmann iaitu Marry Me Senorita meraih perhatian penonton mencipta sukses dalam SPM dengan memperolehi 6A 2B.

Janna yang turut bergelar penerbit dan pengarah merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah.

Mira Filzah, SPM 2010

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman membanggakan keluarganya apabila berjaya meraih 8A dalam SPM yang didudukinya lebih 11 tahun lalu.

Dia yang merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur ini telah pun mendirikan rumah tangga bersama suami, Wan Emir Astar, September tahun lalu.

Neelofa, SPM 2006

Sinonim sebagai figura yang cantik dan bijak, Neelofa Mohd Noor, 32, merupakan antara pelajar cemerlang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi apabila merekodkan keputusan 10A dalam SPM 2006.

Dia yang kini bergelar usahawan berjaya difahamkan turut mencipta sukses menerusi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mendapat keputusan 5A dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan 8A.

Ezlisa Loy, SPM 2013

Pelakon yang juga adik kepada Elfira, Ezlisa Loy mendapat keputusan 7A dan 2B dalam SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Pemilik nama lengkap, Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri ini mendapat keputusan ‘A’ menerusi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah.

Sementara ‘B’ bagi mata pelajaran Biologi dan Kimia.

Najwa Latif, SPM 2012

Penyanyi dan penulis lirik ini berjaya mendapat 4A menerusi peperiksaan SPM yang didudukinya.

Bekas pelajar aliran Sains Tulen dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor ini memperoleh ‘A’ dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lainnya.

Jabir Meftah, SPM 2019

Peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah mendapat keputusan cemerlang SPM iaitu 9A.

Dia yang turut aktif dalam lakonan selain terlibat di dalam organisasi amal pernah berkongsi beberapa rahsia jayanya dalam SPM menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Twitter, tidak lama dulu.

Jabir antara lain mendedahkan, dia tidak pernah mengikuti kelas tambahan (tuisyen) mahupun rajin belajar tetapi punyai cara sendiri untuk kekal cemerlang dalam pelajaran.

Dr Soo Wincci, SPM 2002

Bekas pelajar SMK Damansara Utama ini meraih 7A 2B dan kini merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Malah, jelitawan ini turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Meneruskan sukses, dia juga pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Published by
MH