Awal semalam, pelakon cantik Anzalna Nasir ada berkongsi foto sekitar majlis ulang tahun kedua anak buahnya iaitu pasangan kembar viral, Anggun Darleena dan Anggun Darleesa di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Sambutan yang turut disambut oleh seluruh ahli keluarganya itu tampak comel dan meriah kerana masing-masing mengenakan baju tidur (pyjamas) sebagai tema sambutan.
Malah kerana temanya yang ringkas itu, bekas peserta Dewi Remaja 2010 ini turut mengakui tema kali ini paling sempoi, sampai boleh terus tidur kalau penat!
“Tema birthday @the_angguns tahun ni paling sempoi! Tak payah fikir makeup dan tak perlu pening fikir baju. Sarung pyjamas je!
Ads
“Kalau penat sangat boleh masuk tido terus buat air liur basi. Kalau hebat, cari la i,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #MukaSama #MasihMencariDiriSendiri #Kembar5 #AnggunsTurn2@hafizbaharuddin17.
Penyanyi senior, Noorshila Amin merakamkan rasa terharu apabila penyanyi asal lagu Kerna Terpaksa, Farancissca Peter turut memberikan kata-kata semangat buatnya untuk memberikan persembahan terbaik menerusi lagu tersebut pada saingan konsert ke-10 Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad ini.
Dalam saingan ke separuh akhir itu, para peserta mendapat tugasan untuk menyampaikan dua buah lagu, termasuk satu lagu duet.
Noorshila yang sinonim disapa Mama bakal berduet dengan Ifa Raziah menerusi lagu Dialah Di Hati yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mama di dalam entri terkininya di Instagram ada memberikan dedikasi terhadap Francissca dan Siti Nurhaliza atas sokongan yang diberikan.
“Terharu bila mama dapat byk kata2 semangat untuk minggu Ni. Bukan daripada TokSri Siti saja kerana menyanyi Kan lagu beliau Dialah DiHati, bahkan daripada penyanyi asal Kerana Terpaksa iaitu @francissca_peter.
“Untuk #BBNU beliau merupakan salah Satu penyanyi tanah air kita yg sgt popular juga di zaman mama dulu. Byk lagu2 beliau yg menggamit jiwa. Thank you so much dear for the wishes,” tulisnya.
Terdahulu, Siti menerusi satu rakaman video pendek turut mendoakan yang terbaik buat Noorshila dan Ifa agar dapat menyampaikan lagu tersebut dengan cara tersendiri.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV6 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Noorsheila, Siti Nurhaliza & Francissca Peter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kami percaya, pasti ada di antara kalian yang tahu dengan telenovela popular Latin, Rosalinda yang pernah ditayangkan di negara ini lebih 18 tahun lalu.
Menangkat kisah kekeluargaan, Rosalinda mempunyai durasi sebanyak 80 episod dan diterbitkan pada tahun 1999 lalu diakui sebagai antara telenoleva paling laris ketika zaman kegemilangannya.
Baik dramanya yang diminati ramai, ada juga yang turut kagum dengan kecantikan pendukung utama watak Rosalinda itu sendiri, Thalia.
Selain aktif berlakon, bintang asal Mexico ini juga turut berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Apa pun, jom ikuti wajah terkini ibu kepada dua anak ini. Memang tak banyak berubah kan? Still cantik!
Pernah bergelar jurusolek atau ‘make-up artist’ (MUA) selama enam tahun, dunia kecantikan sudah sebati dengan ibu kepada tiga cahaya mata, Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Jalil.
Sekitar 2013, Eiyma, 40, yang berasal dari Pahang mula berjinak-jinak dalam dunia pengilangan kosmetik sekaligus tertubuhnya empayar kosmetik Haus pada 2017.
Mempunyai 17 tahun pengalaman dalam dunia kecantikan, Eiyma kini sukses melancarkan suplemen kecantikan, Beaubright yang dirumus khas hasil kolaborasi bersama saintis dari Switzerland yang juga Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zullie.
“Selepas produk Magicpink Compact Powder yang terjual lebih 50,000 unit sejak di pasaran Februari lalu, kami meletakkan pertaruhan terbaharu, Beaubright ini. Ia dilancarkan sejak Oktober lalu.
“Taruhan baharu ini dilaksanakanprogram penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun bersama pasukan saintis dari Switzerland diketuai Dr Fred.
“Sebagai tunjang jenama ini, saya sentiasa mengambil berat mengenai kepuasan pengguna dalam mengatasi masalah berkaitan kecantikan. Kami juga tak pernah mengetepikan soal kualiti dalam penghasilan produk,” katanya.
Malah, jenamanya pernah diiktiraf kejayaan produk terbabit menerusi anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award.
Menurut Eiyma yang pernah sezaman dengan MUA seperti Najeeb Azami dan Nuex Rosli, dia juga berbangga menjadi pengusaha legasi niaga yang memiliki dua kilang kosmestik selain sebuah lagi kilang suplemen sendiri di tanah air.
“Setakat ini kilang dimiliki berpengalaman dalam menghasilkan formula kosmetik unik. Malah saya sendiri bertindak sebagai Pengarah R&D di kilang GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd di Cheras sejak 2013.
“Rangkaian produk kami juga halal dan selamat sekali gus diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya.
Anak sulung dari empat beradik ini menambah hingga kini jenama berkenaan yang dijual sekitar harga RM29 hingga RM89 ITU sudah memiliki lebih 5,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia.
“Malah kami juga sedang melakukan gerak gempur untuk menambah lebih ramai pengedar. Insya-Allah jualan produk bagi tempoh sebulan sudah melepasi 10,000 unit secara purata. Kami juga mensasarkan jumlah unit yang terjual setiap bulan akan terjual lebih tiga kali ganda,” katanya.
Dalam pada itu, pemegang ijazah sarjana teknologi maklumat ini turut mengumumkan penyanyi Marsha sebagai penyanyi lagu tema jenama produknya berjudul Cantik Luar, Cantik Dalam.
“Marsha sendiri antara penyanyi tempatan kegemaran saya kagumi mutu vokalnya sejak dia mencipta nama di Akademi Fantasia musim ketiga hinggalah melonjak nama selepas memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) 36,” katanya yang berpegang moto jadi diri sendiri dan konsisten dalam apa dilakukan.
Suplemen Haus Beaubright ini dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™️, Hithion™️, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.
Fokus utama bahan-bahan ini adalah untuk memulihkan kolagen kulit, mencerahkan tona kulit tidak sekata, menjadi ejen anti-penuaan, memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit seiring dengan slogannya ‘Cantik Luar, Cantik Dalam’.
Rasa masam manis campuran beri seperti strawberi, beri biru, anggur hitam dan bearberry juga menjadi antara tarikan utama suplemen ini selain mudah digunakan dan disahkan halal.
Suplemen ini sesuai bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas yang memiliki masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata dan dehidrasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...