Penyanyi Yuna memaklumkan sudah pun terdapat paparan bergerak (GIF) versi dirinya dan ia boleh didapati di laman sosial.
Bintang Gadis Semasa itu berkongsi pelbagai paparan GIF dirinya yang boleh digunakan sebagai pelekat menerusi entri di Instagram.
“Green screen queen. Swipe left! My GIF stickers available now on @giphy and Instagram stories.
“Just type in Yuna and enjoy! More coming soon we gotta have YunaGIFs for every occasion LOL!
“Let me know in the comments section what stickers I should make! More YunaGIFs at GIPHY.com/Yuna,” tulisnya.
Teruja berkongsi berita tersebut, Yuna turut mempamerkan antara paparan GIF yang ada selain contoh terawal yang sudah dibuat.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat turut sama rasa gembira dan tidak sabar untuk menggunakan pelekat GIF versi Yuna dalam apa sahaja situasi bersesuaian.
Terdahulu selain Yuna, antara selebriti Malaysia yang turut mempunyai paparan GIF di Instagram Stories ialah Neelofa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adik kepada penyanyi terkenal, Jamal Abdillah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.
Allahyarham Ahmad Tihami atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka meninggal dunia pada pukul 7.20 petang Selasa.
Jamal seperti yang dipetik Astro Awani meberitahu, ia merupakan berita yang amat mendukacitakan beliau sekeluarga, namun reda menerima ketentuanNya.
“Allahyarham adik saya mendapat sakit jantung sejak beberapa bulan lalu dan dirawat di IJN sehinggalah keadaannya kritikal sebelum meninggal dunia,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Allahyarham Hamka, ujarnya, akan dikebumikan di Kulim, Kedah, pada Rabu.
Jamal memohon semua ahli keluarga atau kenalan adiknya agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham adiknya yang juga anak keenam daripada tujuh beradik.
Sumber/Foto: Astro AWANI/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ashraf Muslim, meluahkan rasa syukur selepas melihat ramai rakan-rakan yang dikenali sewaktu dikuarantin di Hospital Sungai Buloh telah dibenarkan pulang selepas pulih daripada wabak COVID-19.
Menurut Ashraf, dia tidak akan melupakan setiap kenangan dan ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh kuarantin bersama sahabat-sahabat barunya itu.
“Syukur pada mereka ramai yg telah sihat dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga.
“Kenanganku bersama mereka takkan aku lupakan, segala ilmu yg dikongsi takkanku sia-siakan,” tulisnya.
Tambahnya lagi, nasihat-nasihat yang diterima sepanjang duduk bersama di wad 31 telah membuatkan dirinya tersedar daripada kelalaian dunia.
“Perasaan sayang bersama mereka telah timbul dgn perwatakkan dan akhlak yg ditunjukkan pada aku.
“InsyAllah setiap pesanan yg diberikan akan ku amalkan. Terima kasih sahabatku Firdaus, Abdullah, En Shamsul dan ramai lagi.
“Dan paling ku tidak lupakan lelaki yg berjubah yang meninggalkn senyuman padaku ini ialah lebih dikenali Hj Usman banyak kata-katanya membuatku tersedar dari tidur.
“Terima kasih semua di wad 31. Hanya Allah yang mampu membalas kamu semua,” katanya.
Video sayu tersebut dikongsikan oleh Ashraf menerusi laman Instagram miliknya.
Memerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Ashraf juga akan dibenarkan pulang tidak lama lagi.
Terdahulu, Ashraf telah disahkan positif COVID-19 sebaik sahaja pulang selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland.
sumber: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!