[GAMBAR] “Ke Bali Demi Air Kelapa,’ – Dah Cecah 27 Minggu, Ini Foto Awal Kandungan Hingga Kini Mawar Rashid. Makin Berseri!

Share

Bakal melahirkan cahaya pertamanya pada Mac tahun depan, usia kandungan Mawar Rashid kini sudah pun mencecah 27 minggu.

Seiring dengan kandungannya yang kian membesar, Mawar bersama suaminya, Raff Yaakob tidak pernah putus berkongsi momen mereka di Instagram.

Malah, baru-baru ini pasangan tersebut telah pun terbang ke Bali demi mahu mendapatkan air kepada yang didamkan Mawar. Memang bertuah sungguh.

Apa pun, jom ikuti sisi perkembangan kandungannya. Bagaimanapun, sehingga kini Mawar masih belum mengumumkan status jantina anak yang dikandung.

“InsyaAllah kami akan mengadakan suatu majlis istimewa untuk itu, tahun hadapan,” katanya ringkas kepada MH.

  1. Mawar memuat naik foto pertamanya sedang berbadan dua menerusi Instagram pada 17 Ogos tahun lalu.

2. Mawar hadir ke sesi pengenalan barisan finalis Dewi Remaja yang terbaru pada November lalu. Ketika inilah para rakan media bertanya perihal kehamilannya.

3. Foto ini diambil pada usia kandungannya cecah 20 minggu.

4. Mawar hadir di majlis persandingan semula abag iparnya, Datuk Fazley Yaacob dan isteri.

5. Meskipun hamil, Mawar tetap bersemangat turun ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Vietnam di Stadium Axiata Bukit Jalil bagi saingan Final Piala AFF Suzuki

6. Mawar dan suami terbang ke Bali, Indonesia bagi menikmati percutian indah bersama. 

Foto: Instagram Mawar Rashid

Published by
Rafiq Mazlan