Aduhai, nak tergelak pun ada apabila ada di antara pengguna media sosial sejak semalam berkongsi mengenai sekeping foto yang menyaksikan figura terkenal, Neelofa yang seakan-akan mengenakan beg di kelapa sebagai pengganti tudung atau turban.
Bagaimanapun, foto tersebut secara jelas telah disunting oleh individu kreatif yang ‘mengubah’ struktur turban kulit yang dikenakan hos program MeleTop itu menjadi seperti beg bertali.
Kiranya, turban yang dipakai ditambah tas, lalu ia kelihatan seperti beg tangan. Bukan main hebat lafi imaginasi pengguna media sosial ni kan? Ada saja idea yang boleh hiburkan hari mereka mudah terhibur ni.
Yang pasti, berilah apa sahaja si empunya badan memang tidak mudah melatah, apatah lagi memberi reaksi terhadap perkara remeh temeh.
Menerusi kemas kini fotonya di Instagram, Neelofa berada di kota cinta, Paris bagi menhadiri sebuah majlis fesyen khas buat jenama terkemuka, Dior.
Foto: Carian Google/ Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI