Malam Media Preview untuk Konsert Soul Sisters telah berlangsung dengan jayanya di Istana Budaya, semalam.
Tiga penyanyi terkenal yang terlibat iaitu Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah masing-masing mempamerkan kredibitili sebagai penyanyi senior yang cukup besar bakatnya.
Namun apa yang menarik ialah apabila, Sarah membuat persembahan, ada di antara penonton yang seperti perasan seperti penyanyi berkenaan kini berbadan dua.
Malah, kelihatan ‘baby bump’ menerusi persalinan yang dikenakan isteri kepada Shuib itu.
Lalu, MH cuba bertanya mengenai perkara tersebut dan nyatanya, Sarah mempunyai jawapan sendiri.
“Eh tak lah…Sarah tak mengandung. Am I pregnant? Okey I need a pregnacy test now atau Sarah kena tanya dengan Shuib,”jawab Sarah berseloroh.
Sarah bagaimanapun menambah sekiranya dia diberikan rezeki untuk kembali hamil, dia akan berkongsi berita berkenaan kepada peminat.
“Tapi kalau betul, InsyaAllah Sarah akan bagitahu kepada semua.”jawabnya.
Terdahulu, Konsert Soul Sisters bakal menemui penonton di Istana Budaya pada 5 dan 6 April 2019.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Bersalin Hujung Mac, Nadia Aqilah Nak Spend Masa Cukup-Cukup Dengan Anak Sulung
Sedang sarat mengandung anak kedua, pelakon Nadia Aqilah berkata dia kini ingin menghabiskan masa secukupnya dengan anak sulungnya, Senja Aqilah.
Nadia atau nama sebenar, Nadia Aqilah Bajuri, 38, berkata dia merupakan seorang ibu yang clingy dan ingin memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada Senja sebelum anak sulungnya itu bergelar seorang kakak.
“Lagi dua bulan saya dah nak bersalin, due date pada 27 Mac ini, bulan puasa.
“Sekarang ini pun saya dah start berehat daripada berlakon, tempoh bertenang buat saya sebab sebenarnya sekarang saya nak lebih spend time dengan Senja.
“Dia macam tahu, tak tahu akan dapat adik… budak-budak kan,” katanya kepada MH.
Nadia ditemui pada majlis malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya, Eva yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Berkongsikan lebih lanjut mengenai pengalaman hamil kali kedua, Nadia berkata sehingga kini dia masih mengalami ‘morning sickness’, sama seperti ketika mengandungkan anak sulung.
“Saya ‘morning sickness’ setiap hari, muntah-muntah sahaja. Sama macam ketika anak pertama dulu, jadi saya dah reda dah.
“Anak kedua akan lahir pada bulan puasa, banyak juga kawan-kawan bergurau kata nanti nama anak saya mesti Ramadan atau Puasa hahaha… tapi tidak ya,” katanya berseloroh.
Sekadar info, Nadia berkahwin dengan Saiful Ridzuan pada April 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Senja Aqilah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telahan Mendakwa Ibu Bapa ‘Menculik’ Atau Memaksa Tidak Tepat, Pelakon Nynaa Harizal Harap Suami Dapat Lepaskannya Dengan Cara Baik
Pelakon, Nynaa Harizal hari ini akhirnya tampil bersuara susulan isu hangat melibatkan rumah tangga serta kontroversi dakwaan ‘diculik’ bapa sendiri baru-baru ini.
Menurut Nynaa, dia memilih untuk berdiam selama ini demi menjaga hati dan perasaan semua pihak, selain tidak mahu memburukkan keadaan.
Nynaa yang berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarganya di Johor Bahru sejak 2 November lalu menerusi satu kenyataan berkata, dakwaan tersebut tidak tepat kerana tiada paksaan atau istilah menculik oleh kedua ibu dan bapanya.
“Sejak hari Selasa, 2hb November 2021 yang lalu terdapat pelbagai berita yang telah disiarkan dan tular berkaitan rumah tanga dan diri saya. Saya meneliti dan memerhati akan setiap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak.
“Selama ini, saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan.
“Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa saya telah “menculik” saya atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat,” katanya.
Dalam pada itu Nynaa berkata dia mengambil keputusan untuk memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah pada 10 November lalu, selepas berfikir secara mendalam atas segala faktor yang berkaitan.
“Setelah berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui Peguam Syarie Dato’ Ikbal Salam dari Tetuan Ikbal Salam & Associates telah pada 10hb November 2021 memfailkan suatu Permohonan Perceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
“Sesalinan saman tersebut telah diserahkan kepada suami pada keesokan harinya iaitu pada 11hb November 2021, jam 3.16 petang.
“Hari ini, Khamis 18hb November 2021 telah ditetapkan untuk sebutan bagi permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Sariah Johor Bahru. Suami tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguamnya sahaja,” katanya.
Pada masa sama, Nynaa juga berharap dan berdoa agar suami akan dapat melepaskan dirinya dari ikatan perkahwinan mereka dengan cara baik tanpa perlu meneruskan proses perundangan lain.
“Sebagaimana sifat lazim permohonan ini iaitu Cerai Cara Baik, ianya dimulakan dengan kaedah ini sebagai penzahiran harapan dan doa saya agar suami akan dapat melepaskan saya dari ikatan perkahwinan ini dengan baik tanpa perlu saya meneruskan dengan proses perundangan yang lain.
“Sementara proses Mahkamah Syariah berjalan dan selagi mana ianya tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan ini telah dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada Jumaat, 12hb November 2021,” katanya.
Nynaa juga enggan mengulas lanjut punca dan penyebab yang membawa kepada keputusannya itu kerana ia bersifat terlalu peribadi.
“Oleh kerana isu yang berada di hadapan saya adalah bersifat amat peribadi dan kini telah berada di dalam Mahkamah, saya membuat keputusan untuk buat masa ini tidak memberikan ulasan lanjut berkaitan punca dan penyebab yang membawa kepada keadaan ini.
“Cukuplah sekadar itu kenyataan saya dan saya mengharapkan doa dari kalian agar Allah S.W.T terus memberikan kekuatan kepada saya.
“Akhirnya, sekali lagi saya amat menghargai segala pandangan dan panduan yang diberikan oleh masyarakat termasuklah para Asatizah atas segala nasihat yang diberikan kepada saya dan InshAllah ianya akan menjadi panduan kepada saya dalam menghadapi kehidupan ini,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Bangga Dapat Anak Yang Tahu Erti Susah Senang,” – Ibu Bella Astillah
“Mama tau kakak banyak membantu keluarga.” Itu titipan ibu kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam.
Kongsi ibu Bella, Zarinah dia amat mengagumi semangat anaknya itu sebagai seorang ibu tunggal dan anak seni.
“Happy birthday to kakak semoga panjang umur dan d murahkan rezeki.
“Mama tau kakak banyak membantu keluarga mama bangga dapat anak yang tahu erti susah senang mama sentiasa dibelakang kakak i love you,” titip ibunya.
View this post on InstagramA post shared by Puan Zarinah (@eina_astillah) on
Sementara itu, Bella turut bersyukur kerana ibunya telah menjaga dan membesarkannya dari dulu hingga kini.
“15th March 1994, She gave birth to me.
“Dia membesarkan saya menjadi seorang wanita yang baik, sentiasa respect orang, bertanggungjawab, berdikari dan menjadi good role model for my younger sister & brother.
“She would cut her hand off before she lets me fall to harm. She loves and never expects reciprocity.
“Dia telah menjaga kami, memasak untuk kami dan menyanyangi kami, always. She’s such a sweetheart & strong woman.
“Thank you mama selalu ada sama2 kak long,” tulis Bella.
View this post on InstagramA post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on
Bella turut berkongsi beberapa keping foto bersama ibu tercinta.
Foto : Instagram Bella Astillah, Eina Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI