[GAMBAR] Kecoh Konon Siti Sarah ‘Tayang’ Baby Bump Saat Menyanyi, Hamilkah?

Share

Malam Media Preview untuk Konsert Soul Sisters telah berlangsung dengan jayanya di Istana Budaya, semalam.

Tiga penyanyi terkenal yang terlibat iaitu Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah masing-masing mempamerkan kredibitili sebagai penyanyi senior yang cukup besar bakatnya.

Namun apa yang menarik ialah apabila, Sarah membuat persembahan, ada di antara penonton yang seperti perasan seperti penyanyi berkenaan kini berbadan dua.

Malah, kelihatan ‘baby bump’ menerusi persalinan yang dikenakan isteri kepada Shuib itu.

Lalu, MH cuba bertanya mengenai perkara tersebut dan nyatanya, Sarah mempunyai jawapan sendiri.

“Eh tak lah…Sarah tak mengandung. Am I pregnant? Okey I need a pregnacy test now atau Sarah kena tanya dengan Shuib,”jawab Sarah berseloroh.

Sarah bagaimanapun menambah sekiranya dia diberikan rezeki untuk kembali hamil, dia akan berkongsi berita berkenaan kepada peminat.

“Tapi kalau betul, InsyaAllah Sarah akan bagitahu kepada semua.”jawabnya.

Terdahulu, Konsert Soul Sisters bakal menemui penonton di Istana Budaya pada 5 dan 6 April 2019.

Published by
Nazar Rafiqhi