[GAMBAR] “Kenal Sebelum Sertai Dewi Remaja Lagi,” – Rupa-Rupanya Inilah Kekasih Raysha Rizrose, Seorang Pelumba Kereta Profesional!

Share

Tidak dinafikan berbanding dua kakaknya iaitu Uqasa dan Nelydia, Raysha Rizrose diakui agak jarang berkongsi mengenai teman lelakinya, Nabil Jeffri.

Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja selepas Neelofa ini cukup senang andai ditanya rakan media mengenai gerangan lelaki yang bertakhta di hatinya kini.

Raysha menjelaskan, dia sudah mengenali kekasihnya itu lebih enam tahun lalu, iaitu sejak dia terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja lagi.

“Kami kenal sudah lama, sekitar lima ke enam tahun. Malah sebelum saya sertai Dewi Remaja lagi. Senang bersama dengannya kerana dia seorang yang memahami dan punya visi untuk berjaya.

“Soal kahwin atau melangkah ke suatu fasa serius, kami masih belum terfikir lagi sebab masing-masing tengah nak kejar cita-cita. Lagi pula, biarlah kakak saya yang selesai (berkahwin) dulu,” katanya.

Terdahulu, Nabil Jeffri atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri merupakan seorang pelumba kereta profesional negara dan terkini dia merupakan seorang wakilan kepada jenama Mercedes-AMG.

Jom usha foto mesra mereka berdua!

Foto: Instagram Raysha/Nabil

Published by
Rafiq Mazlan