Uncategorized

[GAMBAR] ‘Kenapa Sweet Sangat’ – Peminat Teruja Tengok Kemesraan Aeril & Wawa Di New Zealand

Share

MH pasti ramai yang kenal dengan pelakon, Aeril Zafrel dan isterinya yang juga seorang pelakon, Wawa Zainal.

Pasangan suami isteri ini sering menjadi perhatian peminat kerana mereka merupakan pasangan yang suka mengusik antara satu sama lain.

Gurauan antara mereka adakalanya membuatkan peminat terhibur.

Baru-baru ini menerusi akaun Twitter milik Aeril, dia ada berkongsi beberapa keping gambar bersama isteri tercinta di New Zealand.

Tak dapat dinafikan pertama kali melihat gambar-gambar tersebut membuatkan MH teruja dengan kecantikan pemandangan di lokasi penggambaran mereka itu malah Aeril dan Wawa juga kelihatan sangat romantik bersama.

Jom MH belanja korang gambar yang dikongsikan oleh Aeril.

Bersemut teruk MH tengok gambar pasangan selebriti ini. Rata-rata peminat juga turut teruja melihat keindahan pemandangan dan kemesraan Aeril dan Wawa pada gambar tersebut.

najwacbr3: Cantiknya. Mcm nk buat music video baru je…ke ada? Please buat 1 kat NZ ?

slwsaid: kenape sweet sangat

dilla: sweetnya???

♕DOVETT♕: Sweet , comel sangat kak wawa☺

MH doakan semoga kebahagiaan Aeril dan Wawa berkekalan hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.

Sumber: Twitter Aeril Zafrel

Published by
Izzati Ramli