Kini sedang menikmati percutian sama famili di Istanbul, Turki, bintang media sosial, King Coco ada berkongsi momen indah di Instagram untuk tatapan pengikutnya.

Meski ruangan akses untuk komen memang tidak tersedia di mana-mana entri Instagramnya, namun foto yang dikongsi nyata menunjukkan ibu kepada seorang cahaya mata ini sedang bahagia harmoni.

Malah, bentuk badannya yang kekal langsing turut mencuri perhatian ramai.

Walaupun jarang berkongsi sebarang mercu tanda Istanbul sebagai latar, namun kelibat Instafamous ini juga cukup mengubat kerinduan.

Menjengah ke Instagram suaminya pula iaitu Kapten Azrin Anas, dia turut berkongsi beberapa foto di Istanbul tanpa kelibat King Coco.

View this post on Instagram

Mencari harta karun.

A post shared by Dato’ Kapten Azrin Anas (DPSD) (@captazrin) on

View this post on Instagram

Istanbul Toy Museum

A post shared by Dato’ Kapten Azrin Anas (DPSD) (@captazrin) on

Terdahulu, pasangan ini diijabkabul pada Januari 2017 di Hampshire Place, Ampang dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Kyle Mateen, setahun.

Foto : Instagram King Coco & Kapten Azrin

Apa Kata Anda