Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada tahun ini.

Selain senarai pemenang trofi yang menjadi perhatian, jom ikuti corat-coret menarik sepanjang AME2019 tahun ini.

Datuk Ramli M.S yang bertindak sebagai pengarah muzik di AME tahun ini nyata mengubat rindu peminat terhadap muzik latar yang mainkan.

Tarian salah seorang pengacaranya, Neelofa yang menari mengikut rentak dua lagu popular, Single Ladies (Beyonce) dan Kill This Love (BlackPink) nyata membuatkan para penonton riuh di Axiata Arena. Sementara aksi Jihan dan Nabil masing-masing miming lagu TokTi dan G Dragon turut curi tumpuan. 

Ads

Johan yang diumumkan sebagai Penyampai Rasio MeleTop mewakilkan anak-anaknya untuk menerima trofi. Difahamkan, Johan tidak dapat meraikan kemenangan di pentas AME tahun ini kerapa punyai komitmen lain.

[GAMBAR] Kisah Tarian Lofa, Rambut Dayang Nurfaizah & Dress Glamor Jihan, Ini Corat-Coret Best AME2019!

Persalinan baju terakhir dari Jihan nyata mendapat perhatian penonton menerusi perincian yang sarat memenuhi segenap inci gaun melekap tubuh yang dipakainya. Malah ada yang samakan baju yang dipakai Jihan saling tak tumpah seperti gaun salah seorang finalis Miss Universe 2007!

Ads
[GAMBAR] Kisah Tarian Lofa, Rambut Dayang Nurfaizah & Dress Glamor Jihan, Ini Corat-Coret Best AME2019!
Greg Harbaugh (562)569-2733

Dayang Nurfaizah yang turut pulang dengan satu kemenangan bersama Hael Husaini bagi kategori Grup/Duo MeleTop menerusi lagu Haram Pula turut ‘memancing’ mata ramai menerusi stail rambut yang digayakan. Katanya kepada MH, dia ada memberikan rujukan tersebut kepada skuad cantiknya beberapa hari awal sebelum AME berlangsung.

[GAMBAR] Kisah Tarian Lofa, Rambut Dayang Nurfaizah & Dress Glamor Jihan, Ini Corat-Coret Best AME2019!

Ramai yang tak sedar, kemenangan Siti Nordiana untuk dua kategori termasuk Artis Top Top MeleTop Wanita bersamaan dengan tempoh 20 tahun penglibatannya dalam seni.   [GAMBAR] Kisah Tarian Lofa, Rambut Dayang Nurfaizah & Dress Glamor Jihan, Ini Corat-Coret Best AME2019!

Ads

Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri yang mewakili anaknya, Yusof yang meraih undian tertinggi menerusi kategori Si Cilik MeleTop pula tidak menyangka anak keempatnya itu berjaya memenangi kategori tersebut memandangkan bapa serta ibunya bukanlah 100 peratus orang seni.

[GAMBAR] Kisah Tarian Lofa, Rambut Dayang Nurfaizah & Dress Glamor Jihan, Ini Corat-Coret Best AME2019!

[GAMBAR] Kisah Tarian Lofa, Rambut Dayang Nurfaizah & Dress Glamor Jihan, Ini Corat-Coret Best AME2019!

Foto: MH dan Instagram Selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI