Pelakon yang kini sedang meningkat naik, Hazrat Muaz teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri ritual tradisi kuda kepang ketika terlibat dalam penggambaran telefilem Lumping Putih, baru-baru ini.
Hazrat berkata, babak tersebut menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana pertama kali menyaksikannya secara langsung.
“Saya teruja namun dalam masa sama berbaur perasan seram dan takut apabila menyaksikan upacara tersebut berjalan. Bayangkan pada permulaan ritual, pemain kuda kepang tersebut bagai dirasuk dan menjadi orang lain.
“Kemudian akan mula menari dan mengikut gerakan yang sukar untuk difahami.
“Selama ini saya hanya mengetahui tentang seni dan warisan kuda kepang tetapi kali ini bertuah kerana dapat terlibat sama dalam Lumping Putih bersama dengan pelakon hebat yang lain. Satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan,” katanya.
Menerusi drama tersebut Hazrat yang membawa watak Lam Nasyrah dan Lumping Putih merujuk kepada kuda kepang putih yang menjadi sebahagian daripada ‘watak’ penting kuda kepang.
Telefilem tersebut iarahkan oleh Epo Jenon, Lumping Putih diterbitkan oleh pasukan Unit Drama RTM yang akan ditayangkan pada 7 Julai depan sempena sambutan Maal Hijrah.
Selain Hazrat, antara pelakon lain yang terlibat termasuk Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Soffi Jikan, Akmal Ahmad, Amalina Arham, Adam Ikmal, Ruzaidi Abd Rahman dan Asmidar.
“Sepanjang di set penggambaran, saya gembira kerana semua pihak memberikan kerjasama baik untuk melancarkan penggambaran.
“Saya sendiri sudah membuat beberapa kajian tentang kisah kuda kepang ini agar dapat memahami dengan lebih jelas kisah Lumping Putih selain memahami kehendak pengarah.
“Hampir dua minggu kami berkampung di set penggambaran, banyak perkara baharu yang saya perolehi. Mereka ajar bagaimana untuk melontarkan dialog dan permainan emosi yang betul, saya sangat hargainya,” katanya lagi.
Lumping Putih menjalani penggambaran di Muar dan Batu Pahat, Johor sebenarnya turut mengangkat tarian tradisi masyarakat Johor terutama mereka yang berketurunan Jawa.
Bagaimanapun kali ini, jalan ceritanya diolah menerusi kisah sebuah keluarga yang masih meneruskan warisan berkenaan.
“Apa yang diangkat dalam naskhah ini bukan sekadar mahu mengingati kuda kepang semata-mata sebaliknya ia sarat dengan seribu satu pengajaran.
“Saya hormati mereka yang masih meneruskan tarian ini walaupun kebanyakan generasi muda sudah kurang mengenalinya.
“Yang mana baik, kita teruskan. Yang buruk pula kita tinggalkan. Apa yang penting mesej baik akan sampai kepada penonton,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang yang pernah popular menerusi lagu Cinta Antara Benua lewat 90-an lalu, Arni Nazira kini hidup bahagia harmoni dengan perkahwinan kedua bersama suami tersayang, Mohd Hazrie Wan Mokhtar.
Penyanyi tinggi lampai ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 11, Wan Aleysha Maserra, 9, dan Wan Muhammad Mushrief, 6 tahun.
Meski menyepikan diri dari bidang seni, namun namanya masih masih menjadi perhatian peminat sementelah single hitsnya itu kekal diminati sehingga sekarang.
Mencuri perhatian, Arnu baru-baru ini ada memuatnaik beberapa keping gambar bersama keluarganya bersempena dengan sambutan Syawal.
Tampil sedondon, keluarga besar ini tampak manis dipandang lalu turut menerima pujian daripada para pengikutnya di Instagram.
Malah, turut dikongsikan ialah foto dua anak gadis hasil perkahwinan pertamanya dulu bersama penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Awie.
Difahamkan, dua permata hatinya itu iaitu Puteri Aleeya Antasha, 21, dan Puteri Aleefa Antasha, 19, masih lagi menuntut.
Foto: Instagram Arni Nazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cabaran berkongsi rakaman video sambil mengelap cermin atau lebih dikenali sebagai #wipeitdownchallage di aplikasi Tik Tok kini semakin menjadi trend pengguna media sosial.
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tok Ti turut tidak melepaskan peluang untuk membuat cabaran tersebut bersama anaknya, Siti Aafiyah Khalid.
“Aafiyah dengan ibu buat #wipeitdownchallenge jugak! boleh la yek,” tulisnya.
Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.