
Penyanyi Black Hanifah akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya, Rindu Dayanna di akaun Instagramnya.
Rindu yang kini berusia dua bulan sedang tidur sambil fotonya itu dirakam si bapa.
“NAMANYA RINDU DAYYANA BINTI HANIFAH,” tulis Black.
Susulan itu, rata-rata netizen teruja melihat bayi comel itu dan meninggalkan komen dalam ruangan gambar itu.
Untuk rekod, Rindu selamat dilahirkan pada 25 Oktober lalu seberat 2.88kg jam 1:56 pagi di hospital swasta.
Hasil perkahwinan bersama Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, mereka jua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khaleef Dayyan, 3 tahun.
Foto : IG Black Hanifah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penjelasan Mengenai Baju Yang Viral Tadi Tu,” – Didakwa Cuba Jual Baju ‘Iron Maiden’ Tiruan, Adira Suhaimi Tampil Beri Kenyataan

Baru sahaja menceburi bidang perusahaan pakaian terpakai (bundle) dan ‘vintage’, penyanyi, Adira Suhaimi telah pun terpalit cerita kurang enak apabila dikatakan menjual pakaian tiruan.
Tidak mahu isu dibiar perbanjangan, Adira tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar.
Menurut Adira, pada mulanya dia sendiri tidak tahu bahawa baju tersebut merupakan jenama tiruan kerana tiada penerangan yang jelas daripada pemilik sebelumnya.
“Sis nak buat sedikit penjelasan atau pencerahan mengenai baju Iron Maiden yang viral tadi tu. Yang orang bilang fake tu. First of all, sis minta maaf terhadap video tu.
“Sebenarnya sis tidak tahu menahu atau kurang pasti yang baju tersebut adalah fake tetapi sis beli baju itu walaupun bukan original adalah dengab niat untuk simpanan sendiri sahaja. Saya tak jual pun baju tu.
“Saya juga dah minta penjelasan daripada penjual dan dia pun dah terangkan. Kami berdamai. Aman sahaja tiada bergaduh.
“Alhamdulillah dia pun dah terangkan bagus-bagus dengan sis dan saya terima baik-baik. Saya harap tiada sesiapa yang kecam penjual baju tersebut,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Pujaan Hati itu menerusi sesi Facebook Live miliknya.
Dalam pada itu, Adira turut berharap agar dia diberi ruangan untuk belajar dengan lebih lanjut selok-belok perusahaan bundle.
“Saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang bundle ni. Saya belum lagi lama untuk mengenal barang original dan bukan.
“Saya sedia belajar dan ingin tahu lebih mendalam mengenai baju-baju bundle ini. Saya bukan main-main. Bagi saya peluang dan masa untuk belajar semua perkara ini.
“Biasalah dalam bisnes kadang kala kita ditipu, pembeli tidak serious dan tak dapat barang yang kita nak, itu semua perkara biasa. Sebab itu kita kena bersedia.
“Saya tidak marah atau ambil hati saya cuma harap orang di luar sana faham dan beri saya peluang dan masa. Janganlah salahkan sesiapa dalam kejadian ini.
“Tapi sis nak bagitahu kesemua baju Iron Maiden yang selalu saya tunjuk dalam Facebook Live tu memang original.
“Walaupun kita tahu jenis barang sama ada asli atau tiruan tapi kalau benda nak jadi akan jadi juga. Benda dah jadi kita tak boleh nak elak. Harap saya dimaafkan,” katanya lagi.
Sementara itu, Adira turut menyifatkan banyak cabaran yang harus dilaluinya sepanjang bergelar usahawan pakaian bundle ini.
Antara masalah yang sering dilaluinya adalah apabila terpaksa berhadapan dengan masalah pakaian tiruan dan pembeli yang tidak serius (joy bidder).
“Assalamualaikum sayang sayang ku semua, follow IG adirabundle yaa.
“Tolong la saya ni dah banyak kali kene joy tapi takpe, rezeki dari Allah,” kongsinya lagi.
Sumber: Facebook Live Adira Suhaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesian Anak Mommy,”- Anak Datin Zizie Ezette Tercerdera Gara-Gara…

Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette ada berkongsi beberapa keping foto terkini anaknya menerusi Instagram miliknya.
Kongsi kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu, dia memaklumkan salah seorang anak kembar lelakinya, Aaleph Zeke telah alami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena bucu meja.
Lalu, bintang berusia 41 tahun itu meluahkan rasa bersama pengikutnya di platform media sosial berkenaan.
“Bumped his cheek on the corner of a table in my house yesterday and woke up with a swollen & blue black eye.
“Kesian anak mommy. Tp xpe, Aaleph is a strong boy.
“Walaupun ada berlaku kecuaian pekerja time mommy x ada, mommy akan simpan semua table yg ada kat rumah.
“Kita cuba elakkan lg dari sebarang kemalangan berlaku walaupun kdg2 ada yg kita x dpt nak dielak,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Sekadar informasi, Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Kemudian, Zizie dikurniakan seorang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette, 1 Mac lalu.
Foto: Instagram Zizie Ezette
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Penyingkiran Minggu Ke-5 Dansa Dan Sing, Arja Lee Terselamat

Konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus menyelamatkan Arja Lee.
Penyanyi itu bersama para penarinya, The Pirates menjadi peserta yang mendapat markah terendah dengan jumlah 78.47 peratus.
Shiha Zikir buat pertama kalinya turut menduduki tiga tangga terbawah dan hampir tersingkir apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan jumlah markah 97.87 peratus.
Menurut juri tetap, Datuk Rizalman, momentum Shiha bersama Team Squad menerusi lagu Asereje tiada perkembangan dan statik menyebabkan mereka berada di tangga tiga terbawah.
Chubb-E terus menguasai carta apabila menduduki tangga pertama dengan keseluruhan markah 108.97 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI