“Hanya nak kongsi rezeki, nak gembirakan anak-anak ini.” Demikian kata pelakon Putra Amaris yang kini kerap menjalankan projek amal bersama golongan remaja dan kanak-kanak hampir dua tahun lalu.
Menurut Amaris, dia mulai tergerak hati untuk melakukan projek sedemikian ketika seluruh negara berdepan cabaran pandemik Covid-19 sekali gus menjejaskan kelangsungan hidup golongan sasaran.
Amaris ditemui pada sesi ramah mesranya bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall, baru-baru ini.
“Bila kelonggaran sudah diberikan dan kes (Covid-19) mulai menunjukkan penurunan, rasanya ini masa terbaik untuk bawa mereka keluar makan-makan.
“Pada masa sama minta doa mereka mudah-mudahan rezeki yang ada ini kita dapat kongsi dengan ramai lagi mereka di luar sana, insyaAllah.
“Hati terdetik untuk gerakkan misi ini apabila negara kita awal-awal terpalit dengan pandemik tak lama dulu. Waktu itu kita sebagai selebriti kerap dipanggil untuk buat riviu makan dan sebagainya. Jadi bila nak jamah makanan tu, ia buat saya terfikir, ‘orang lain dah makan ke belum?’.
“Terutamanya anak-anak yatim dan golongan lain yang memerlukan. Aku dapat nikmat tapi mereka bagaimana? Atas izin Allah SWT, saya ikhtiar untuk jalankan program sedemikian.
“Ada organisasi dan rakan artis turut sama murah hati membantu dan turut serta. Misalnya Ramadan lalu kita ada buat kempen Infaq Sama-Sama Kenyang. Sambutannya cukup baik. Moga dipermudahkan untuk perancangan akan datang, insyaAllah,” katanya.
Amaris yang kini menjadi duta jenama ‘disinfectant’ pelbagai guna, Safelyte juga percaya rezeki yang diterima sebaiknya dikongsi bersama.
“Saya yakin dengan izinNya. Bila kita memberi, rezeki pada kita akan lebih lagi. Cuma apa yang dibuat ini bukanlah untuk dapat nama. Kena sentiasa perbetulkan niat,” katanya yang turut mengusahakan Amaris Satay Goreng di samping Amaris My Tart bersama isteri.
Safelyte produk antiseptik berkuasa yang mampu membasmi kuman, tanpa alkohol, sekali gus dapat melindungi diri daripada bahaya bakteria.
Dikenali sebagai air elektrolisis beroksida atau larutan air berion, ia juga mesra alam, tidak bertoksik selain selamat digunakan oleh kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Putra Amaris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di samping itu, peminat telah bersetuju dengan kata-kata yang telah dibalas pelakon drama bersiri Asalkan Dia Bahagia itu.
Alahai, tidak baik untuk kita bercakap yang benda yang tidak baik dan menyindiri orang lain. Tambahan lagi kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Betul tak ?
Menurut penyanyi berusia 19 tahun ini, hubungan perkenalan bersama Shalma hanya sekadar teman rapat.
“Sebenarnya saya dengan Shalma ni kami memang rapat dan saling kenal mengenali.
Baru-baru ini dia patah kaki jadi saya selagi boleh macam hiburkan dia buat dia rasa okey.
“Kadang-kadang bawa dia keluar pergi makan malam jumpa kawan-kawan saya, pergi Big Stage jadi tak ada lah dia macam rasa sepi sangat.
“Kaki dia patah di bahagian tumit dan mengambil masa yang lama untuk pulih jadi saya harap kita semua doakan yang terbaik buat dia, InsyaAllah.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini berkata hubungan dia bersama gadis tersebut semakin rapat apabila kerap luang masa bersama.
“Bagi saya peminat ni setengah orang cakap benda tu adalah risiko, janganlah buat itu ini dan sebagainya tapi saya percaya dengan peminat dan saya pun sayang mereka macam mana mereka sayangkan saya.
“Tanpa mereka saya tak akan berada dimana saya berada sekarang, Jadi bagi saya untuk kongsi YouTube content ke apa tu tak salah sebab kami hanya berkawan,” kongsi Ismail jujur.
Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini memaklumkan bahawa gadis tersebut telah diterima baik oleh keluarganya meski hanya berkawan rapat.
“Kita boleh berkawan dengan siapa sahaja kita nak berkawan dan Mama pun selesa dengan dia. Jadi bagi saya membuat YouTube content dengan dia bukan satu kesalahan.
“Saya rasa teruja sebab peminat saya pun teruja nak tengok video tu sebab kami jadi diri kami sendiri kat dalam video tu. Tak ada nak control itu ini jadi seronoklah.
“Semua kawan yang saya kenal saya nak restu daripada parents mereka, boleh tak saya nak kenal dengan anak puan atau anak pak cik sebab benda tu kadang-kadang kita tak tahu kalau mereka tak selesa dengan kita.
“Jadi kita pun akan jadi tak sedap hati dan tak nak benda-benda macam tu jadi,” katanya kepada MH.