Kes tuntutan saman fitnah melibatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.
Menurut peguam mewakili Wiwi Darvinda, Ammar Ghalip, anak guamnya bersetuju segala tuntutan yang dibuat oleh pihak Puteri Sarah.
Ia termasuk memuat naik permohonan maaf di laman sosial dalam tempoh tujuh hari di samping berjanji tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform.
“Kedua-dua pihak setuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah secara baik. Kedua, Wiwi harus membuat permohonan maaf secara ‘open court’.
“Malah, Wiwi juga harus membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram. Ini adalah tiga perkara penting yang harus dibuat oleh Wiwi.
“Persetujuan penghakiman sudah pun dibuat di mahkamah. Jadi, apa yang ditermakan di dalam mahkamah tersebut, itu yang kami akan buat,” katanya kepada MH.
Menurut peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abd. Kadir, anak guamnya berpuas hati selepas pihak defendan akui khilaf dengan kesilapan yang telah dilakukan.
“Pihak mereka sudah menghubungi kami selama beberapa bulan dan kami terima tawaran yang diberikan untuk menyelesaikan kes secara baik sebab dia sudah rasa insaf dan kesal.
“Pihak defenden juga bersetuju memuat naik pemohonan maaf dan menarik balik enam tuduhan dan fitnah dikeluarkan. Apa yang penting dia sedar bahawa apa yang dikatakan itu tidak berlaku,” katanya.
Ketika ditemui media, Wiwie enggan mengulas lanjut mengenai prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini.
Sebelum ini, bekas menantu kepada pelakon senior Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena, didakwa mengeluarkan kenyataan tidak wajar tentang Sarah di Instagam pada 24 Ogos 2023.
Dalam kenyataan tersebut, Wiwie dikatakan menjaja cerita tentang Sarah berhubung keputusan pelakon itu menarik saman terhadap Ira Kazar.
Susulan itu, Sarah menghantar satu penyata tuntutan saman fitnah termasuk injuksi terhadap Wiwie menerusi peguamnya, Datuk Akberdin Abd. Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad mengatakan pihaknya berpuas hati dengan prestasi hos, Elly Mazlein di Gegar Vaganza (GV9) bagi menggantikan Jihan Muse yang berpantang.
Menurut Raqim, Elly memberikan persembahan baik di samping Nabil Ahmad, sepanjang 11 minggu program realiti itu bersiaran.
“Saya rasa Elly telah melakukan ‘a fantastic job’ sebab dia memberikan satu nafas baru kepada Gegar Vaganza. Saya ada berjumpa dengan Elly selepas mendapat tahu Jihan mengandung.
“Terus… Dia (Elly) kena bersedia. Malah setiap kali bertemu, saya ada berbincang dan bertanya apa pembaharuan yang boleh dibawanya ke pentas GV memandangkan sebelum ini dia ada mengacara beberapa program lain juga,” katanya pada sidang media GV9 Akhir, Ahad lalu.
Raqim pada masa sama berterima kasih kepada Elly yang mesra disapa Kak Lina kerana sanggup menggalas cabaran seterusnya cuba berikan yang terbaik di GV9.
“Ternyata Elly sahut cabaran dan apa yang dilakukan di atas pentas GV adalah dia sendiri. Tiada paksaan daripada pihak kami dan saya berterima kasih kepadanya.
“Memang Kak Lina berani ambil cabaran dan kami berjumpa berbulan selepas Jihan hamil. Memang dia betul-betul bidan terjun dan melakukan pengacaraan yang sangat bagus,” katanya lagi.
Sementara itu, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar pula mengakui gandingan Elly dan Nabil menjadi antara penyumbang kepada rating program berkenaan selain barisan bintang dan juri terlibat.
“Jika boleh dikongsikan, rating GV9 kali ini naik yang pertama sekali adalah disebabkan barisan bintang. Daripada awal sudah menarik minat jutaan penonton untuk menyaksikan GV9 setiap minggu.
“Yang kedua tidak dinafikan gandingan Kak Lina dan Nabil, mereka memang bagi all out. Penonton sentiasa terhibur dengan gelagat mereka selain barisan juri.
“Di mana saya lihat juri sama ‘naik’ dengan Kak Lina, saling memberi juga. Hiburan yang ada dalam GV9 itu sendiri buatkan program ini kekal nombor satu di negara ini,” katanya lagi.
Razlin bagaimanapun mendedahkan masih awal untuk mengetahui sama ada Elly akan berada dalam edisi GV yang seterusnya atau tidak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika musim penularan wabak Covid-19 ini, ramai di antara kita yang memilih untuk berbelanja secara atas talian berbanding berurusan terus di kedai mahu pun pusat membeli-belah.
Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan penjualan di atas talian ini ada ketikanya tidak berjalan seperti mana yang diimpikan.
Itulah situasi yang berlaku kepada pelawak, Atu Zero yang dikatakan telah mendapat bungkusan salah ketika membuat pembelian di salah sebuah platform e-dagang terkemuka.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram isterinya, Atu mendedahkan dia hanya menerima beberapa helai kain putih di dalam bungkusan yang sepatutnya mengandungi lampin pakai buang anak.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, berharap agar pihak tersebut mengambil tindakan segera sebelum dia sendiri mengambil tindakan undang-undang.
Atu bercakap mengenai hal tersebut menerusi sebuah video rakaman yang dimuat naik ke Instagram oleh isterinya.
Pada masa sama, Isteri kepada Atu memberitahu, Shafeeqa Johari selepas ini dia tidak mahu lagi membeli belah di platform tersebut dan hanya mahu berurusan terus di kedai.
“Tak larat dah nak membebel, lepas ni belilah mahal sikit kat Aeon tapi terus dapat barang,” luahnya
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu membeli belah secara atas talian.
Foto: Instagram Shafeeqa Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...