[GAMBAR] “Kurus Sgt Tak Lawa Jugak, Nampak Macam…,” – Penampilan Terkini Amyra Rosli Dikritik Netizen

Share

Perubahan fizikal pelakon Amyra Rosli yang kian kurus nampaknya terus menjadi bualan netizen gara-gara dikatakan terlalu kurus.

Malah, penampilannya sewaktu Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) baru-baru ini dikatakan saling tak tumpah seperti ‘papan’.

Menerusi laman Instagram Amyra Rosli, netzine terus menerus meninggalkan komen menasihati agar heroin Nur2 ini agar kembali menambah berat badan.

Misalnya kembali seperti zaman waktu sebelum berkahwin dahulu.

Bagaimanapun, ada juga yang menyokong perubahan Amyra dan mengatakan tiada apa yang dapat memuaskan hati netizen.

Malah ada di antara mereka yang kagum apabila wanita berusia 27 tahun ini berjaya mengekalkan tubuh badan langsing meski sudah mempunyai anak.

Foto : Instagram Amyra Rosli

Published by
Noraini Abd Wahab