
Tular di media sosial apabila seorang Instafamous yang dikenali sebagai Amalina telah dipukul dan dibelasah teman lelakinya sehingga lebam.
Lantas, remaja tersebut telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran.
Difahamkan, remaja berusia 17 tahun itu dibelasah teruk oleh teman lelaki sehingga cedera di bahagian bibir dan bawah mata.
https://www.instagram.com/p/BnTvf0RHf4k/?taken-by=amalin___
“Terima kasih lah kepada yg talam tu, fitnah le lagi okie banyak banyak.. buat kat aq tak apa, aq maafkan. Jgn buat dekat org lain, aq ni bukannya baik sgt tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh ..
Lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul.. u better move on,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memiliki hampir 70,000 pengikut di Instagram, teman lelaki remaja berkenaan seorang yang bersikap panas baran.
Netizen mulai memberi padangan masing-masing dalam ruangan komen gambar tersebut.
Foto : IG Amalina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shawn Lee ‘Payung’ Foto Cacah Tatu Di Bahagian Muka, Ramai Yang…

Satu posting terkini penyanyi dan YouTuber yang sinonim dengan ‘beatbox’, Shawn Lee di Instagram mendapat perhatian peminat.
Semuanya gara-gara paparan foto wajahnya yang seperti sudah dicacah tatu di bahagian kelopak serta bawah matanya.
Lalu, perkongsian dari bintang berkenaan mendapat reaksi pelbagai netizen. Malah ada juga yang meragui keaslian cacahan tatu berkenaan.
Bagaimanapun dari hasil tinjauan menerusi Insta Stories milik Shawn, ia hanyalah aplikasi suntingan wajah.
Shawn sebelum ini turut memiliki beberapa cacahan tatu di kedua-dua bahagian lengannya.
View this post on InstagramA post shared by Shawn Lee (@shawnleebeatbox) on
View this post on InstagramSmiles for err-one! #aroundtheworldwithsevenvault
A post shared by Shawn Lee (@shawnleebeatbox) on
View this post on InstagramMe with make up. Swipe right to see my naked face ➡️ . #allnatural #makeuponpoint #makeupguru
A post shared by Shawn Lee (@shawnleebeatbox) on
Foto: Instagram Shawn Lee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Tolong Semua…,”- Abang Aufahanie Hilang Ketika Jogging, Keluarga Jumpa Dompet & Telefon Bimbit Di Jambatan Sungai Klang

Penyanyi, Aufahanie memohon bantuan orang ramai untuk mencari abangnya Nidza Ahfam yang dipercayai hilang pada malam selasa.
Perkara itu dikongsikan oleh Aufahanie menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut Aufa, dia berharap agar abangnya itu segera ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
“Minta tolong semua orang, tolong doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat. Ya Allah,” tulisnya.
Menerusi hantaran berasingan, penyanyi lagu Geming Jiwa turut berkongsi butiran mengenai abangnya itu bagi memudahkan urusan pencarian.
Sementara itu, dalam beberapa hantaran lain dimuat naik oleh kakak sulung penyanyi ini memaklumkan Afham tidak membalas mesej daripanya selepas keluar beriadah pada sekitar pukul 7.50 malam.
Pihak keluarga juga menemui telefon bimbit serta dompet milik Afham di sekitar kawasan jambatan Sungai
Klang.
“Dia (Afham) keluar jogging dalam pukul 7.58 malam ke Stadium Klang. Kami sudah periksa telefon, tiada unsur pergaduhan atau loan shark.
“Semua dalam keadaan baik. Ahfam tamatkan larian,” tulisnya.
Menerusi krnologi kehilangan yang dikongsi, ahli keluarga pergi mencari Afham di sekitar jambatan berkenaan sekitar pukul 1.50 pagi hari Rabu.
Kali terakhir Afham membalas mesej kepada kakaknya adalah pada pukul 9.04 malam Selasa dan pihak keluarga hanya menjejaki lokasi terkahirnya adalah di jambatan berkenaan.
Afham, 23, juga merupakan seorang penyanyi dan aktif membuat persembahan.
Laporan polis juga telah dibuat oleh pihak keluarga di Balai Polis Klang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Di Usia Perkahwinan Yang Ke-3, Kami Sedang Tunggu Kehadiran Ahli Baru,” – Sari Yanti Umum Hamil 6 Bulan

Tahniah diucapkan buat pelakon Sari Yanti yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil enam bulan.
Perkongsian gembira itu dikongsikannya menerusi satu posting di Instagram yang telah dikemas kini bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ketiga bersama pelawak, Jep Sepah.
Sambil mengharapkan agar perkahwinan yang dibina kekal selamanya, dia turut merakamkan rasa syukur dalam penantian seorang lagi ahli baru yang bakal hadir dalam keluarga.
“Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat, amin.
“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru, insyaallah.
“Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga,” tulisnya.
Malah, bintang drama Cik Serba tahu ini juga mendedahkan, usia kandungannya kini sudah mencecah enam bulan.
“Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama.
“Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary. Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant,” tulisnya lagi.
Lalu menerusi ruangan komen, rakan artis termasuk peminat turut mengucapkan tahniah selain memanjangkan doa agar institusi kekeluargaan pasangan selebriti ini kekal selamanya.
Malah, ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat jawapan balas dari tuan empunya badan.
View this post on InstagramA post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Sekadar mengimbas, Sari Yanti atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep,pada 25 Februari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April 2018.
Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Foto: Instagram Sari Yanti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI