Pernah viral kerana saiz dan dekorasi yang serba mewah dekorasinya, MH sekali lagi berpeluang untuk mengunjungi kediaman indah usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Mahligai indah yang dibina di Sri Damansara mengambil tempoh empat tahun untu disiapkan dan usahawan ini sekeluarga mendiami rumah mewah yang dikenali sebagai ‘Aliff Syukri Palace’ ini pada ulang tahun kelahiran Aliff yang ke-31.
Lebih setahun berlalu, jom tatap dekorasi terkini yang ada di dalamnya.
Sambil berkongsi cerita mengenai perkembangan terkini penyanyi Abang Nak Tegur ini, Aliff sempat tunjuk jam tangan bernilai kira-kira RM100,000, pemberian dari ibu tercintanya, Bonza Rozita.
“Saya rasa dihargai dan jam tangan ini sangat bermakna, sebab ia dihadiahkan dari ibu saya. Tak pernah saya dapat hadiah hari jadi yang sebegini mahal darinya,” kongsi Aliff jujur.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rani Mukerji & Shah Rukh Khan Gondol Anugerah Pelakon Terbaik IIFA 2024
Tahun ini menyaksikan majlis gilang gemilang International Indian Film Academy Awards (IIFA) 2024 dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Dalam edisi ke-24 anugerah itu, Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan mencipta fenomena tersendiri apabila masing-masing sekali lagi menggondol anugerah pelakon terbaik bagi kategori wanita dan lelaki.
Rani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk kali keempat, manakala Shah Rukh Khan pula memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik buat kali kelima.
Rani yang cemerlang membawakan watak Debika Chatterjee menerusi filem Mrs. Chatterjee vs Norway mengalahkan pelakon lain seperti Alia Bhatt, Taapsee Pannu, Kiara Advani dan Deepika Padukone.
Sebelum ini Rani pernah memenangi anugerah yang sama selama tiga tahun berturut-turut pada 2005, 2006 dan 2007.
“Menerima anugerah ini di IIFA terasa lebih istimewa kerana ia mengesahkan fakta bahawa Mrs. Chatterjee vs Norway memberi impak secara global dalam hati orang ramai.
“Kejayaan filem ini mengesahkan kuasa penceritaan yang abadi dan bahasa universal kasih sayang ibu dan ketabahan seorang manusia,” kongsinya.
BACA JUGA: 17 Tahun Bergelar Penyanyi, Miley Cyrus Akhirnya Menang Anugerah Grammy
Bagi Shah Rukh Khan yang digelar Raja Bollywood, kemenangannya kali ini adalah menerusi watak Kapten Vikram Rathore dalam filem Jawan. Bapa kepada tiga cahaya mata ini mengalahkan pelakon hebat lain seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Sunny Deol dan Vicky Kaushal.
Seperti Rani, Shah Rukh Khan pernah menang anugerah yang sama bagi edisi 2003, 2005, 2008 dan 2011.
Ketika memberi ucapan saat menerima anugerah, Shah Rukh Khan banyak berterima kasih kepada isterinya kerana bersama-sama mengharungi momen yang tidak menyenangkan saat penggambaran filem Jawan.
Dipercayai, momen tersebut bersangkut paut dengan kes dadah yang melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.
IIFA 2024 bukan sahaja meraikan kehebatan Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee, tetapi juga memberi penghormatan kepada ramai bakat lain yang menyumbang kepada pencapaian sinema sepanjang tahun ini.
Dari persembahan yang memukau hingga momen emosi di pentas, acara ini merupakan penghargaan gemilang terhadap seni penghasilan filem Bollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dee Mengaku Pernah ‘Lockdown’ Diri 3 Minggu Kerana Jangan Ketawa, Netizen ‘Bongkar’ Balik Kisah Lucu!
Pelawak senior, Dee ada terkenang saat bagaimana dia dan arwah Moon terpaksa berkurung di dalam kediaman sendiri selama tiga minggu kerana bimbang akan penerimaan masyarakat terhadap penampilan mereka dalam Jangan Ketawa.
Namun, selepas tiga minggu bersembunyi, dia tidak menyangka sambutan terhadap sitkom berkenaan cukup menggalakkan.
Sehinggakan bas, sekolah yang membawa kanak-kanak turut berhenti di hadapan kediaman mereka semata-mata untuk menjerit nama ‘Dee dan Moon’.
“#staysafe #stayhome #lockdown2020
Wednesday 4th September 1991.
24 Safar 1412.
“The First Day #janganketawa aired on TV 3 #tv3. #throwback. Just to shared with all of you.
“Arwah Moon n myself we both #lockdown for 3 weeks in our condo Palm Court, Brickfields. Since they aired JK on tv. We were very scared of the people’s perception towards both of us.
“We prayed and prayed. After the 3rd week we gathered our guts and went out for lunch at Kak Rubiah Suparman Cafe, Puteri Restaurant. Along the way we were greeted by the people.
“Name it young old the Malays Chinese Indians they were soo over whelmed with both of us.
“Traffic jam infront of our condo the school bus just stop in the middle of the road the kids were calling our name Dee&Moon the bus driver came down to shake his hand n get our autographed,” katanya.
Atas dedikasi tersebut, Dee atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul berterima kasih kepada semua peminat.
“We were stunned all the cars n vans drivers were calling our names and Salam with us. Good 15 minutes for the jam to subside. We had free lunch at kk Rubiah’s.
“Alhamdulillah Thank You Malaysians for the support. Once the JK picked up. Banyak lahh suara yg not so happy. Well you can’t plz everybody.
“We both just wanna have fun n make people laugh their heart out.. Thats All.
Thank you for the endless support n still loving n remembered all the good times with all of you, JANGAN KETAWA,” tulisnya.
Dee turut berkongsi beberapa keratan artikel yang memaparkan zaman kegemilangan program hiburan tersebut.
View this post on InstagramA post shared by DEE DEE /Syed Muradzi (@deejanganketawa) on
Netizen turut tidak ketinggalan berkongsi memori Jangan Ketawa yang masih terpahat di hati.
Antaranya kisah pil kurus dan kisah Ibu Mertuaku.
Foto : Instagram Dee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ini Hidup Saya Sendu, Kerja Pun Tak Tentu,” – Aniq Suhair
Setelah dinobatkan sebagai Hero Favourite pada malam final Hero Remaja 2020 lalu, Aniq Suhair ada berkongsi rahsia di sebalik kejayaan tersebut.
Menurut Aniq, dia sememangnya amat rapat dengan para peminatnya dan hampir setiap hari dia akan cuba meluangkan masa untuk berinteraksi bersama mereka.
“Alhamdulillah dan terima kasih. Saya sendiri tak jangka pun semua ni dan tak pernah rancang apa-apa pun. Ia datang sendiri. Mungkin ini kelebihan yang saya ada berbanding orang lain.
“Sebenarnya tiadalah rahsia sangat. Saya dengan fans saya sama je macam orang lain cuma saya banyak communicate dengan mereka.
“Tanyakan khabar, macam mana hari mereka, ucap good morning dan good night.
“Bila kita dah jadi public figure dan ada orang yang menyokong, kita tak boleh sombong dan harus humble sentiasa,” jelasnya.
View this post on InstagramMad Blessed. #majalahremaja #heroremaja2020 @aniq.atlanteans <3
A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr) on
Akui kini harus berkongsi sebahagian daripada kehidupannya selepas bergelar selebriti, Aniq menjelaskan bahawa dia tetap akan menjadi dirinya sendiri.
“Dalam dunia ni ada orang yang suka kita dan ada juga yang tidak. Saya tak boleh nak puaskan hati semua pihak sebab saya hanya manusia biasa.
“Saya hanya jadi diri sendiri dan untuk mereka yang tak suka, itu saya tak boleh nak buat apa. Yang suka tu teruskan support saya.
“Mereka sokong saya dari hari pertama dan apa yang saya mampu balas semula adalah saya ingin buktikan yang saya boleh majukan diri dalam industri seni.
“Saya nak satu hari nanti mereka tidak menyesal menyokong saya. Saya mahu buktikan sokongan mereka pada saya tidak salah dan sia-sia,” katanya kepada MH.
View this post on InstagramTwo different moodz, which one do yall prefer? @aniq.atlanteans
A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr) on
Pada masa sama, jejaka asal Kuala Lumpur itu turut mendedahkan bahawa kehidupannya banyak berubah sejak menyertai program Hero Remaja 2020.
“Sebelum sertai Hero Remaja 2020, hidup saya sangat sendu. Fokus saya hanya study dan kerja dekat kilang.
“Lepas join program ni alhamdulilah rezeki semakin luas. Jika sebelum ini hidup saya tidaklah terlampau sibuk siang study malam pula kerja. Kerja pun tak tentu.
“Selepas join program ini, kehidupan saya agak sibuk dengan shooting dan sebagainya. Itu yang saya mahu sebenarnya. Busy itu yang saya enjoy,” kongsinya lagi.
Tambah Aniq lagi, dia tidak kisah jika ada pihak yang ingin mengambil kesemptan terhadap popularitinya asalkan tidak melampaui batas.
“Kalau mereka ingin gunakan saya, asalkan saya dapat exposure saya tak kisah. Itu win-win situation.
“Tapi kalau dah melebihi batas, tidak senonoh atau tidak menyeronokkan, mungkin saya akan pertimbangkan dahulu,” akhirinya.
Terdahulu, Aniq baru sahaja muncul menerusi drama terbaru berjudul Kebaya Kasut Kanvas bersama seorang lagi rakan artis, Nabila Razali.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI