Pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Puteri itu telah berkongsi gambar ketika dia memakai baju kurung tradisional melayu serba lengkap.
Difahamkan, Nora memakai pakaian sedemikian bagi mengikuti tema mingguan untuk program Muzikal Lawak Superstar.
Lalu, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat memuji kecantikan Nora yang persis wanita melayu terakhir.
Sekadar informasi, Nora merupakan salah seorang juri untuk program Muzikal Lawak Superstar yang ditayangkan di Astro Warna dan Warna HD.
Foto : Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Filem Terakhir… Penerbit Teringat Kata Arwah Abam – “Dia Tahu Takkan Jadi Pelakon Utama, Tapi Tetap Nak Terlibat Sama.”
“Naskhah ini pun sebenarnya adalah dedikasi untuk arwah Abam, kepada yang merindui lakonannya.”
Demikian kata penerbit filem seram komedi, Datuk M Razlan Ismail yang menjelaskan karya berkenaan bakal menampilkan lakonan terakhir pelawak popular itu yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di samping barisan pelakon yang lain.
Tan-Ti-Ana yang bakal menemui penonton di pawagam pada 29 Februari depan dan mengisahkan mengenai perjalanan karyawan yang bikin filem.
Razlan Ismail berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan teruja untuk menantikan peluang membintangi filem tersebut meski tidak menggalas peranan sebagai pelakon utama.
“Naskhah ini pun sebenarnya adalah dedikasi untuk arwah Abam, kepada yang merindui lakonannya. Walau pun babak arwah tidaklah banyak, tapi momen itu yang akan kita ingati.
“Menariknya ketika awal-awal saya bercadang untuk terbitkan filem ini, kata Allahyarham dia tahu tak kan jadi pelakon utama, tapi dia tetap nak terlibat sama. Saya kata okay dan mahu dia jadi diri sendiri.
“Dalam filem ini dia memegang peranan sebagai Belon. Sebak kalau nak bercerita sebab hubungan kami agak rapat. Malah dia juga pernah suarakan hasrat untuk buat rancangan berkaitan dengan hobi memancing” katanya.
Razlan menambah, Tan-Ti-Ana sebenarnya sudah menjalani penggambaran pada 2018, namun baru berpeluang untuk ditayangkan di pawagam tahun ini.
“Pandemik Covid-19 adalah satu tamparan hebat buat industri perfileman tanah air. Selepas membuat sedikit penyelidikan mengenai pasaran dan potensi untuk filem tempatan ditayangkan di pawagam, saya yakin tahun ini adalah waktu yang tepat.
“Lagipun saya mengambil kira juga nasihat dan pandangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang meminta filem ini ditayangkan pada tahun ini melalui skim wajib tayang.
“Walaupun filem ini sudah hampir lima tahun menjalani penggambaran, tapi kami mempunyai masa lama untuk menambah baik jalan ceritanya bagi menarik penonton ke pawagam,” katanya.
Razlan pada masa sama percaya filem seram komedi mempunyai kelompok pengikut yang tersendiri.
Selain Abam, filem terbitan Dream At Work Sdn Bhd itu juga menampilkan pelakon popular lain seperti Joey Daud, Datuk Rahim Razali, Tauke Jambu, Atikah Suhaime, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Kazar dan ramai lagi.
Dream At Work Sdn Bhd juga turut menerbitkan sebuah filem lain berjudul Lantara Dosa selain sebuah telemovie untuk tayangan Astro berjudul 5 Hari lakonan Wan Maimunah dan Bell Ngasri yang bakal memulakan penggambaran hujung bulan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Teringin Nak Rasa Penampar Dengan Chopping Board?,”- Ada Yang Tegur Perubahan Fizikal, Datuk Fazley Yaakob Gesa Hentikan ‘Body Shamming’
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akui berang dengan tindakan seorang individu di Instagram yang mempersoalkan mengenai perubahan fizikalnya ketika ini.
Menurut Fazley, sekiranya tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, lebih baik kita berdiam diri sahaja daripada memberikan kata-kata yang menyakitkan.
“Kalaulah social media ni boleh auto block dan ban orang-orang yang suka #bodyshaming, saya rasa ramai orang hilang account masing-masing tau!
“Orang tua tua cakap, kalau nak tegur gemuk, lebih baik diam, kalau nak tegur cantik, panjang-panjangkan cerita,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Bila April itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Malah, Fazley juga turut mengingatkan orang ramai untuk tidak sesekali menegur perubahan fizikal orang lain sehingga membuatkan mereka kurang selesa dan yakin dengan diri sendiri.
“Tak payahlah tegur kalau peha orang tu besar, tak payah tegur kalau pipi dia tembam, tak payah tegur kalau dada dia tak montok, tak payah tegur kalau lengan dia mengelebeh, tak payah tegur kalau rambut dia nipis, tak payah tegur kalau punggung dia tak ada isi.
“Tak payah tegur kalau muka dia berjerawat, tak payah tegur kalau ketiak dia hitam, tak payah tegur kalau kuku dia tak cantik, tak payah tegur kalau dia ada spare tayar kat tepi pinggang dia, tak payah tegur kalau hidung dia kembang – JUST STOP IT!
“Meh sini kalau ada lagi orang yang teringin nak rasa kena penampar dengan chopping board? Apa lagi yang korang rasa tak patut ditegur sebab akan jadi bodyshaming?,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran Fazley itu mampu memberi kesedaran buat semua pihak.
“ADUH BRO! Aku gelak giler with your reply! Terbaik bro!
“Terasa diri sendiri tu sempurna sangat kot. Tu yang p tegur kekurangan orang lain.
“Orang kita ni semua nak bodyshaming. Kurus pon kena, gemok pon kena, kulit hitam pon kena, putih lebih terlebih lagi la orang kata. Serba tak kena. Diam itu lebih baik.
“Perangai suka cari kelemahan orang lain.
“Manusia ni semua benda salah. Hidung mancung pun kene ejek, hidung kemek kembang lagi lah. Semua benda tak kena,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nurhaliza Masih Unggul, Satu Kategori Bersaing Dengan Anna Jobling & Meerqeen, Lihat Senarai Penuh Top 5 GMWA 2023
Debarannya kian terasa! Daripada 20 finalis yang dicalonkan bagi setiap kategori, akhirnya lima peserta akhir yang bakal berentap di anugerah berprestij, Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 telah pun diumumkan, hari ini.
Paling mencuri tumpuan sudah pastilah bagi kategori Selebriti Tergempak yang menyaksikan saingan daripada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal berentap dengan pelakon meningkat naik seperti Meerqeen, Anna Jobling dan Amir Ahnaf.
Sementara itu, Dolla mengekalkan reputasi mereka sebagai grup popular tanah air apabila dua buah lagu mereka tercalon dalam kategori Video Muzik Tergempak.
Dalam pada itu, penyanyi popular, Aina Abdul pula tercalon bagi kategori bagi kategori Lagu/Audio Tergempak menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Aina bakal bersaing dengan beberapa penyanyi lain seperti Danial Kifli dan Firdaus Rahmat.
Bagi ketegori Drama Popular pula, lima drama yang tercalon adalah Projek: High Council, Hijrah Jannah, From Saga With Love, My Famous Ex-Boyfriend dan Melur Untuk Firdaus 2.
Berikut adalah senarai penuh finalis Top 5 yang akan bersaing di GMWA 2023;
Gamer Tergempak
Video Tergempak
Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak
Digital Content Creator (Motivator) Tergempak
Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak
Pengumuman Top 5 GMWA 2023 telah diadakan menerusi satu majlis sidang media yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
GMWA 2023 bakal diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 25 Februari ini.
Empat pengacara terkenal tanah air iaitu Sean Lee, Amelia Henderson, Sherry Al-Hadad dan Zizan Razak telah dipilih untuk mengemudikan malam anugerah yang memasuki edisi kedua ini.
Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.
Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI