Pelakon yang bakal muncul menerusi single Jika Aku Tahu mendedahkan rakan-rakan baiknya sebelum ini masih ada berhubung.
Cuma buat masa sekarang, dia lebih gemar untuk beri fokus terhadap kerjayanya yang kini ‘baru’ bermula.
“Kawan-kawan baik saya semuanya ada lagi. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah dalam pilih kawan. Cuma pada saat sekarang saya mahu fokus pada kerjaya, lebih daripada segalanya,” katanya kepada MH.
Ditanya siapakah individu yang banyak memberi dorongan untuk terus bangkit dalam dunia seni tempatan, bintang ini mengakui orang sekeliling banyak memberikan pengajaran.
Selebihnya, ia bergantung kepada diri sendiri.
Ads
“Diri saya sendiri. Orang lain hanya memberi pengajaran dan teladan untuk saya lebih berhati-hati. Misalnya pengalaman saya dengan netizen buat saya lebih berjaga-jaga, lebih matang dan mengenali diri.
“Saya kena jaga dan hormati orang lain juga. Kalau dulu mungkin saya tidak ambil serius dalam industri, tapi masih ada yang nampak akan diri saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fathia kini kembali membuka akaun Instagram dan turut berkongsi beberapa foto terkininya.
Pelakon, Eyka Farhana menyifatkan pengalaman yang diraih sepanjang penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 sebagai cabaran bermakna, termasuk ketika melakonkan babak di sebuah tanah perkuburan.
Malah menurut Eyka, dia juga rasa tidak sedap badan sejurus selesai melakonkan babak menggali dan masuk ke dalam kubur dalam keadaan hujan pada waktu malam.
“Babak saya gali kubur memang dilakukan di sekitar kawasan tanah perkuburan. Seperti yang dikongsikan pengarah, Dr. Ahmad Idham, kebanyakan orang demam selepas penggambaran babak berkenaan.
“Saya juga rasa macam tidak sedap badan. Mungkin berpunca daripada keadaan hujan semasa penggambaran di tambah dengan bau tanah yang melekat pada saya.
“Malah sebelum pulang ke rumah, saya juga sudah mandi dan buang semua kotoran pun masih rasa tak sedap badan bila bangun tidur keesokkan harinya.
“Apa pun, saya ambil pengalaman tersebut sebagai cabaran sepanjang di lokasi. Cuma saya bersyukur dan nasib baik, tak ada perkara yang buruk berlaku,” katanya.
Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, berkongsi perkara itu pada Malam Gala Filem Anak Perjanjian Syaitan 2, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda menentang kejadian mistik yang menghantuinya sejak kecil.
Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit ‘anxiety disorder’, namun dia yakin gangguan yang menghantui sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya.
Teruja dan cari keyakinan selepas bersetuju untuk kali pertama terlibat di dalam sebuah naskhah seram, Eyka akui dia sebenarnya seorang penakut.
“Sudah tiba masanya untuk mencabar diri. Bagi menjayakan watak Azlinda, saya rujuk banyak cerita hantu sebagai persediaan sebelum penggambaran.
“Mujurlah sepanjang penggambaran saya tidak nampak apa-apa yang menakutkan atau mengalami kejadian mistik.
“Cuma kadang-kadang kalau pulang ke rumah dan duduk seorang diri, ada juga perasaan tidak sedap hati. Tapi itu semua mungkin hanya dalam fikiran saya sahaja,” katanya lagi.
Anak Perjanjian Syaitan 2 bakal menemui penonton di panggung pada 4 Januari depan dan turut dilakonkan oleh Alif Satar, Fasha Sandha, Azlan Komeng dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Enggan lagi mahu berselindung, personaliti media sosial yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Namie akhirnya mengesahkan telah secara rasmi berhenti berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.
Bagaimanapun, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat bukan kerana penyertaannya di MLS3, sebaliknya ia telah diputuskan sejak bulan tiga yang lalu.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah memasang impian untuk bergelar selebriti sejak usianya masih kecil.
“Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya sebenarnya sudah berhenti sebagai seorang guru sebab ingin mengejar impian di dalam industri seni.
“Saya tolak tepi segala tomahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan. Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak bulan Mac lagi.
“Saya terpaksa sembunyikan perkara ini kerana tidak mahu mental dan privasi saya terganggu. Saya merahsiakannya demi kebaikkan diri dan keluarga.
“Kalau saya beritahu lebih awal, sudah tentu ia akan mengganggu perjalanan saya di MLS3. Terimalah saya seadanya dan terima saya juga di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Pendedahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Namie sewaktu sidang media selepas tamat program MLS3 yang berlangsung di Bukit Jalil pada Jumaat.
Jelas Namie lagi, antara salah satu sebab dia memutuskan untuk berhenti adalah kerana tidak mahu mencalarkan imej profesionalisme seorang guru.
“Perjalanan ini sudah ditentukan tuhan. Proses berhenti langsung tidak menyusahkan saya. Sewaktu putuskan nak berhenti, dua orang pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpa saya.
“Kami bertemu dan mereka bertanyakan keputusan saya ini. Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya mencalarkan imej profesionalisme perguruan, adakah pihak tuan akan suka?
“Jadi mereka hormati keputusan saya. Ketika bergelar guru, saya memang sudah aktif di media sosial. Walaupun konten saya bukannya negatif tapi ada kalanya saya berpewatakkan wanita atau jadi bodoh-bodoh sikit.
“Saya tak mahu perkara tersebut mencalarkan imej perguruan saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Namie mendedahkan pada awalnya memang agak sukar namun, dia telah membuktikan apabila diumumkan selaku juala MLS3.
“Penerimaan keluarga pada mulanya memang agak sukar tapi saya buktikan dengan kejayaan saya. Mereka pun nampak saya ke bidang ini bukan suka-suka.
“Ketika bagitahu kepada isteri pula yang saya nak berhenti, respon dia mudah ‘berhenti jelah’ kerana dia kenal saya. Dia tahu apa yang saya suka dan tak suka. Dia juga sangat positif dan itu yang buat saya lebih bersemangat.
“Saya percaya kepada rezeki. Orang pun tak tahu pekerjaan lain saya. Tak perlulah saya nak dedahkan semuanya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Namie yang menganggotai kumpulan UBI bersama pelawak Fad dan Sharif telah dinobatkan selaku juara MLS3 sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 dan trofi.
Malah, Namie juga menyifatkan kemenangan ini sebagai tuah anaknya yang kini baru berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nora Ariffin muat naik satu lagi video saat dia kini berada di Makkah bagi menunaikan ibadah umrahnya, semalam.
Kali ini, dia yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) itu menjawab pertanyaan ramai pihak mengapa usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menajanya ke Makkah.
“Okay, ramai yang tanya Nora kenapa DSV sponsor Nora ke Makkah, jawapannya inilah hikmah di sebalik kegagalan Nora ke final GV.
“Dengan jasa baik hati budinya yang mulia, dia saja-saja je nak bagi hadiah pada Nora dan saya menerimanya dengan penuh kesyukuran dan sangat-sangat berterima kasih.
“Inilah keistimewaan DSV dna orang tak nampak pada dia, kalau dia nak bagi, bagilah dan berterima kasih. Kalau kita bersyukur dengan yang sedikit, ALLAH SWT akan bagi lebih lagi.
“Salam daripada Masjidil Haram. Assalamualaikum,” tulisnya.
Caliph Buskers terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mengenakan bayaran terlalu rendah untuk menjemput mereka bagi membuat persembahan di luar Kuala Lumpur.